Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Absolute Boyfriend Episod 5

leave a comment »

Image Hosted by ImageShack.us

Hari Ahad memang hari yang sibuk kerana semua program di TV amat menarik. Sehingga kan TV tu tidak dapat berehat sebentar dari pagi hingga ke malam. Saya masih lagi mengikuti drama ini setiap minggu di 8TV.

Tadi ada masalah teknikal sikit pada lima minit pertama iaitu tiada sarikata bahasa Melayu. Hanya ada sarikata Mandarin. Panas je hati, ingat nak tukar stesen TV je tapi nasib baiklah sari kata muncul. Tapi kan dah terlepas dialog di awal drama.

Episod 5 :

Sambungan dari minggu lepas, Gaku dan pembantunya mendapati Night telah hilang memori mengenai Mika selepas kebakaran itu. Tetapi dia masih dapat mengingati Rika. Kemudian tiba di rumah Riko membayar ansuran bulanan kepada Gaku.

Keeseokan harinya di pejabat, Riko meminta maaf kepada Soushi kerana tidak hadir seperti yang dijanjikan kerana dia ada urusan. Kemudian, Night tiba di sebelah Riko dan Shoushi menyangka yang mereka berdua telah berbaik semula. Di pejabat, Mika cuba mengambil kesempatan terhadap Night tetapi dia ditolak secara lembut oleh Night. Kemudian Riko mendapat tahu yang paf dia akan dipamerkan di pameran antarabangsa dan dia rasa bimbang. Tetapi Shoushi berkata yang dia akan membantu Riko. Shoushi sedang mencari buku resepi yang lama dengan dibantu oleh Riko. Night mendengar perbualan ini dan rasa cemburu.

Selepas itu, Riko dan Night ke kedai buku untuk mencari buku itu, dan telah dijumpai oleh Night menggunakan kemahiran dia. Riko tidak jadi membeli buku tersebut apabila melihat harga buku yang mahal. Tiba di rumah, Night menutup suis lampu kerana mereka perlu menjimatkan elektrik dan menggunakan lilin yang tidak digunakan lagi dari pejabat. Mereka hanya memakan ikan kecil untuk makan malam. Gaku datang untuk membuat penyelenggaraan terhadap Night.

Keesokannya di pejabat, penglihatan Night menjadi kabur akibat perisian komputernya. Dia melihat kemesraan antara Riko dan Shoushi dan rasa cemburu. Dia berkata yang dia akan menolong Riko untuk membuat paf tersebut. Night sedang mengangkat piring ketika Riko membantu Shoushi untuk mengangkat kotak kek yang belum dilipat selepas terjatuh. Kemudian Night menjatuhkan piring itu dengan sengaja setelah penglihatannya menjadi kabur. Beberapa ketika kemudian, dia kembali seperti asal dan disuruh pulang oleh Riko. Setelah itu Riko menelefon Gaku untuk memberitahu perkembangan Night. Gaku rasa terkejut mendengar perkara itu dan beranggapan yang itu mungkin hanya untuk sementara sahaja.

Pameran bermula dan jualan mereka tidak memberangsangkan. Masashi mendapat tahu dan menyuruh agar paf itu dibuang. Riko rasa sedih tetapi dihiburkan oleh Shoushi. Semenatara itu, Night bertanya kepada Fujiko apa yang boleh dilakukan agar dia dapat membuat Riko rasa gembira. Fujiko memberitahu apa yang penting ialah apa yang terbaik untuk Riko. Tiba di rumah, dia makan paf yang dibawa oleh Riko dan menyelimutkan Riko yang tertidur. Riko tersedar dan berkata yang Night tidak dapat merasai makanan itu dan Night menjawab bahawa Riko adalah segalanya untuk dia.

Keesokan harinya, Shoushi rasa terkejut apabila mendapat tahu terdapat berita buruk mengenai pafnya yang disebarkan di laman web tetapi ia dapat dihalang buat sementara waktu. Masashi ingin mengambil tindakan terhadap Riko tetapi dihalang oleh Shoushi. Riko rasa bersalah sepanjang hari. Night ingin memberi sesuatu kepada dia tetapi tidak diendahkan oleh Riko. Rupa-rupanya, ia adalah buku yang dicari oleh Riko. Kemudian, Night mendengar perbualan Mika dengan seseorang. Sebenarnya Mikalah yang menyebarkan khabar angin mengenai paf itu di Internet. Ketika Mika ingin menulis, sempat dihalang oleh Night. Mika memberi penjelasan yang dia melakukan semua itu demi Night dan mencintai Night tetapi Night tidak mengingati dia.

Kemudian, Mika pergi meninggalkan tempat itu apabila papan billboard terjatuh dan sempat diselamatkan oleh Night menggunakan tangannya. Mika bertanya kenapa Night menyelamatkan dia, dan Night menjawab yang Riko akan rasa sedih jika sesuatu berlaku kepada Mika. Disebabkan ini juga dia memberitahu agar Mika tidak akan membuat Riko sedih lagi. Ketua pejabat Riko yang baru telah membawa mereka untuk minum. Kemudian dia telah mabuk dan memberitahu perkara sebenar mengenai apa yang telah berlaku kepada Shoushi. Shoushi telah diturunkan pangkat supaya syarikat tidak memecat Riko.

Pada masa yang sama, Gaku cuba membaiki tangan Night tetapi gagal walaupun setelah diberitahu bahawa dia ialah pencipta Night. Kemudian, Night cuba memberi buku itu kepada Riko tetapi masih tidak diendahkan oleh Riko kerana dia ingin mencari Soushi. Dia bertanyakan kepada Shoushi kenapa dia yang menanggung kesalahan itu. Lalu Soushi menjawab kerana dia sukakan… paf Riko. Di luar, Gaku dan pembantunya menghampiri Night yang sedang duduk keseorangan. Dengan sedihnya Night memberitahu bahawa Riko mempunyai seseorang yang lagi penting berbanding dia. Gaku telah menyedari bahawa Night kini telah mampu berfikir sendiri.

Komen:
* Jalan cerita ini telah banyak berubah berbanding dengan manga. Kalau ikutkan Riko sekarang ini sudah jatuh cinta kepada Night dan bukan sebaliknya. Ataupun Riko sekarang sudah berubah kepada Shoushi.
* Night masih lagi menjadi idaman saya.
:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: