Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal Tahir mengenai APM 2009 dan album baru

leave a comment »

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ (mStar Online)
6 Julai 2009

Image Hosted by ImageShack.us Faizal tidak sangka berada di tangga ketiga dalam keputusan tidak rasmi bagi kategori Artis Serantau Paling Popular yang diumumkan baru-baru ini.

SETIAP kali Anugerah Planet Muzik (APM) diadakan, penyanyi dan pemuzik tempatan pastinya mahukan suatu magis berlaku melibatkan muzik tempatan, Indonesia dan Singapura.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan gelaran ‘Superman’ iaitu Faizal Tahir turut tidak menaruh harapan tinggi untuk memenangi sebarang anugerah mahupun tercalon dalam APM2009.

“Secara realistik, kini sudah tiga tahun saya dalam industri tetapi saya masih rasakan yang saya mungkin tidak dikenali di Indonesia berbanding dengan band indie lain seperti Hujan dan Bunkface yang pernah ke sana.

“Saya belum diberi peluang dan album saya pun belum sampai ke sana. Jadi, saya tidak hairan dan tidak terkejut kalau nama Faizal Tahir terasing dalam kategori Artis Serantau Paling popular,” jawab Faizal yang terkejut juga apabila namanya tersenarai dalam calon top 4 yang mendapat undian tertinggi setakat ini bagi kategori tersebut.

Keputusan undian tidak rasmi baru-baru ini menunjukkan Faizal menduduki tempat ketiga selepas ST12 dan Siti Nurhaliza.

Kata Faizal, “Saya terkejut juga apabila mendapat top 4 tetapi saya tahu yang saya akan duduk di situ. Kalau dapat kekal nombor dua pun, saya tetap mengucapkan syukur, Alhamdulillah.

“Saya tengok peminat Siti pun sangat besar. Dia sangat lama dalam industri ini dan berhak untuk mendapat anugerah itu.”

Selain itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut dicalonkan dalam kategori Artis Malaysia Paling Popular menerusi SMS.

Tambah Faizal, memang niat utamanya dalam perancangannya untuk membawa muziknya menembusi pasaran luar.

“Tetapi selagi belum ada kepuasan muzik saya bertapak di Malaysia ni, mungkin belum ada lagi.

“Setakat ini, album saya pun baru sampai di Singapura sahaja,” katanya yang turut terkejut dengan sambutan luar biasa tentang lagu single terbarunya, ‘Bencinta’.

Menurut Faizal, lagu itu dirakamkan dalam masa dua minggu sahaja sebelum dia membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular 2008 sebelum ini.

“Saya buat lagu Bencinta dengan Audi Mok dalam masa sekejap sahaja kerana kami perlu kejar masa disebabkan saya hendak membuat persembahan dengan lagu baru.

“Saya rasa orang lain baru lagi menonton persembahan saya menerusi lagu ‘Coba’ dan ‘Sampai Syurga’ di Anugerah Juara Lagu ke-23 sebelum ini.

“Jadi, saya memang tidak sangka yang lagu ‘tangkap muat’ itu sudah mampu menduduki carta teratas di stesen-stesen radio tempatan,” luah Faizal yang dijangka akan mengeluarkan album terbarunya dalam bulan September nanti.

Akhiri Faizal, “Album ini agak ‘slow and steady’ kerana saya jadi cerewet apabila orang lain menaruh harapan yang tinggi.

“Jadi, saya akan pastikan jika album ini tidak terbaik, ia mungkin lebih baik dari album sebelum ini.”

Komen:
Dia ni rendah diri lah pula. Kenapalah seksi Faizal Tahir ni. Yeay, album baru.

Written by Langit Biru

Julai 6, 2009 pada 10:24 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: