Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu pertama Julai

leave a comment »

Minggu pertama untuk bulan Julai 2009 dan banyak perubahan di carta berlaku. Tak sangka yang lagu Faizal Tahir ni lagu tangkap muat je. Tapi mungkin sebab pilih kasih punya pasal pun takpe lah. Kalau lagu macam ni tangkap muat, macam mana pula kalau lagu yang di buat dengan teliti. Mesti lagi hebat kan.

Bilalah Faizal nak jadi artis undangan di Hot FM. Banyak acara dalam bulan Julai ini yang memerlukan undian, boleh nampak yang kedudukan lagu Bencinta turun naik dan kekal.

* Carta Suria 30 – 4 Julai 2009 [Suria FM]
Lagu ini telah turun satu anak tangga ke kedudukan ke-lima. Kali ini carta tiada sebarang masalah cuma lambat dikemaskini. Apa guna ruangan ‘MUAT TURUN’ lebih baik tiadakan atau letak sesuatu yang lebih baik untuk pemahaman carta.

Untuk mengundi SMS: Taip SURIA S30 5 hantar 33511

* Muzik Muzik – 4 Julai 2009 [TV3]
Memang memeranjatkan sebab saya mengundi setiap hari untuk Muzik Muzik. Lagu ini turun hingga tempat ketiga dan tidak dapat mengekalkan rekod bersih untuk menjadi juara. Selagi lagu ini berada dalam carta selagi itu saya akan undi. Tak boleh pandang ringan terhadap pesaing.
Image Hosted by ImageShack.us
Untuk mengundi SMS: MM B413 hantar ke 33399

* Carta Hot FM 30 – 5 Julai 2009 [Hot FM]
Sudah empat minggu menjadi juara. Tapi saingan memang kuat lah. Mari teruskan mengundi. Yang ini tak payah keluarkan duit.
Image Hosted by ImageShack.us
Untuk mengundi: KLIK SINI

* Carta KL FM – 5 Julai 2009
Lagu ini menjadi juara sekali lagi untuk minggu yang kedua. Waktu siaran sudah berubah ke hari Ahad. Patutlah saya tak dengar pun carta ni pada hari Jumaat lepas. Tapi rajah di bawah bukan saya yang buat. Warna yang digunakan tidak menarik langsung. Saya lebih suka bentuk carta yang lepas. Nampak ringkas dan mudah difahami.
Image Hosted by ImageShack.us
Cara untuk mengundi melalui SMS:
KLFM<jarak>HITS<KOD LAGU>hantar ke 32728
Untuk Bencinta: KLFM HITS M04 hantar ke 32728

Semua undian SMS bernilai RM0.50.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: