Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Gosip Faizal Tahir Bercerai Keterlaluan

leave a comment »

7-Jul-2009 | Oleh: Murai Batu (murai.com.my)

Image Hosted by ImageShack.us

KL, 7 JULAI 2009: Gosip perceraian memang menakutkan bagi mereka yang bergelar artis. Maklum sajalah, artis juga manusia biasa yang selalu mengimpikan kehidupan bahagia sama seperti pasangan lain yang berumahtangga.

Cuma apabila bergelar artis, gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan dan perkara yang sedikit selalunya digembar-gemburkan seolah-olah artis ini hanya suka kahwin dan tidak lama kemudian, bercerai.

Inilah juga dilema yang dihadapi oleh Faizal Tahir yang sekarang semakin terkenal dengan lagu Bencinta. Baru-baru nii kecoh mengatakan Faizal bergaduh besar dengan isterinya sehingga menuntut cerai. Faizal bermati-matian menafikan gosip itu kerana ia adalah sesuatu yang keterlaluan.

Nak mengukuhkan lagi kata-kata Faizal itu, Murai Batu akhirnya ternampak sendiri Faizal di sebuah pusat beli-belah terkemuka di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur.

Mulanya Murai Batu hanya ternampak Faizal bersama seorang lagi rakan lelakinya sambil mendukung seorang bayi. Tidak lama kemudian, barulah nampak kelibat seorang wanita bertudung merah yang ada dengan Faizal dan anak mereka.

Mereka begitu akrab, berjalan berpimpinan tangan sambil melayan keletah anak kecil mereka itu yang berada dalam kereta sorong bayi.

Melihat semua itu, Murai Batu sedih dan kesian dengan Faizal apabila orang membuat fitnah tentang rumah tangganya. Memang puaka betul mulut si polan itu yang menyebarkan cerita melalut.

Dalam pada itu Murai Batu hendak ucapkan selamat berjaya kepada Faizal yang akan bertanding dalam Anugerah Planet Muzik 2009 yang akan diadakan di Jakarta pada 18 Julai ini. Khabarnya Faizal juga akan menyanyikan lagu paling hangatnya ketika ini, apa lagi kalau Bencinta.

Murai Batu: Nak tengok siapa menang kategori artis Malaysia dalam APM2009.

Komen:
Suratkhabar yang mulakan gosip ni taknak tulis apa-apa ke, sebab semua media laing keluarkan kenyataan Faizal Tahir. Waktu kerja dia lain, hujung minggu pergi kerja.
Gambar ni diambil pada awal dia potong rambut. Takde ke gambar dari sesi ini.

Written by Langit Biru

Julai 9, 2009 pada 9:28 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: