Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Saya menonton Memorial Michael Jackson

with one comment

Pada hari Rabu yang lepas 1 pagi waktu Malaysia, saya dan berjuta lagi manusia mengikuti majlis mengingati lagenda muzik Michael Jackson. Mula mula tak rasa mengantuk sangat. Memang pagi tu mata saya lebam je.

Image Hosted by ImageShack.us

Saluran 8TV menyiarkan rancangan ini secara langsung. Di ASTRO pula melalui saluran CNN, E! dan StarWorld juga menyiarkan acara ini. MTV dan Channel V pula menyiarkan koleksi video muzik Michael Jackson.

Saya menonton di rumah boleh terasa sedih dan terharu melihat acara itu. Terdapat para artis menyanyi dan ucapan diberikan oleh ahli keluarga dan sahabat. Antara yang menarik bagi saya ialah ucapan Brooke Shields kerana hanya dia seorang sahaja yang berkulit putih memberi ucapan.

Persembahan Mariah Carey di awal pembukaan memang menarik. Boleh terasa kesedihan dia. Begitu juga dengan Usher. Tapi bila abang Michael iaitu Jermaine menyanyikan Smile lagu kegemaran adiknya itu memang sedih sangat.


Saya tertidur semasa anak perempuan Michael Jackson memberi ucapan. Bila menonton di Youtube, memang saya menangis mendengar ucapannya. Dia seorang yang cantik. Menjelang malam pula, banyak saluran menyiarkan ulangan acara ini. Walaupun ada saluran yang meng-edit sikit seperti ucapan tetapi mereka menyiarkan ucapan anak Michael Jackson itu.

Saya rasa anak-anak Michael Jackson patut memakai penutup muka seperti sebelum ini. Selepas muka mereka didedahkan macam-macam perkara boleh berlaku. Michael Jackson telah pergi dan dia kini menjadi seorang lagenda. Semoga rohnya tenang kini.

Written by Langit Biru

Julai 10, 2009 pada 1:41 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , , ,

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. sy amat menyaygkn MJ…knp jika sy merasai sy lebih menyaygkn MJ lebih dri FAMILY sy…..ketika sy mendengar dya meninggal dunia,sy menangis tanpa henti….

    iffah

    November 3, 2009 at 4:10 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: