Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Persembahan menarik di Shout! Awards

leave a comment »

Seminggu lagi, Shout! Awards akan tiba dan senarai artis yang akan membuat persembahan telah ada. Sayang, Faizal Tahir tiada kerana dia akan berada di Indonesia untuk menghadiri acara yang lain pada waktu itu.

Image Hosted by ImageShack.us

Mereka yang akan membuat persembahan ialah Pop Shuvit, One Buck Short, Jin Hackman, Reza Salleh, Komplot, Caprice, Estranged, Shila OIAM, Bunkface, Mia Palencia, Pesawat, Paolo Delfino, Nikki, Joe Flizzow dan Rahim Maarof. Tak lupa juga Sean Kingston.

Jaclyn Victor akan membuat persembahan istimewa sebagai penghormatan kepada Raja Pop Michael Jackson. Dia akan menyanyikan secara medley lagu-lagu popular Michael Jackson dengan diiringi kumpulan koir dan penyanyi rap Reefa.

Bila saya lihat balik senarai artis yang akan membuat persembahan, ada juga yang saya tidak pernah lihat sebelum ini di TV. Ini memang peluang untuk mereka menunjukkan bakat di umum. Mungkin sebelum ini mereka hanya membuat persembahan di tempat tertutup dan tidak dikenali ramai.

Jangan lupa untuk mengundi di laman web rasmi. Sempat lagi ni. Penat dah jari ni asyik klik aje. Laman web rasmi memang penuh maklumat tapi saya rasa ada yang kurang. Apa ye… ruangan berita atau pengumuman, dan galeri untuk gambar dan video. Lebih baik kalau sebarang maklumat tambahan diletakkan di laman web, tak susahkan saya dan pembaca lain nak cari di tempat lain.

Di 8TV, ada menunjukkan, artis yang dicalonkan membuat sedikit jeritan tapi takde pun di Youtube atau mana-mana. Letak lah video persiapan atau latihan artis yang akan membuat persembahan.

Gambar juga penting untuk dikongsikan bersama. Nak cari gambar yang menarik pun takde seperti gambar Faizal Tahir dan lain-lain. Sesi soal jawab juga mestilah ada… ataupun kotak sembang. Nak tunggu setiap Selasa macam lambat je.

OK-lah, saya nak teruskan mengundi ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: