Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Berita ringkas Faizal Tahir #1

leave a comment »

Kadang-kadang nama Faizal Tahir disebut dalam artikel surat khabar, website dan sebagainya tapi takkan nak buat entri baru kalau hanya satu baris je mengenai Faizal Tahir kan. Oleh sebab itu, saya akan kumpulkan dan letak dalam satu entri. Senang nak baca.

Setiap minggu saya akan buat sebegini jika mempunyai maklumat yang berkaitan.

* 26 Jun 2009 – Menurut Jay Jay, Faizal Tahir ialah penyanyi lelaki yang betul-betul berbakat. (Saya suka dengan suara Faizal Tahir dahulu baru imej dia)

* 6 Julai 2009 – Menghadiri sesi bergambar bersama Sazzy Falak. (Nak juga ambil gambar macam ni dengan Faizal Tahir)

Image Hosted by ImageShack.us

Shootin' with ma boy Faizal Tahir

* 6 Julai 2009 – Menghadiri sesi bergambar bersama Marion Caunter dan Zahiril Adzim untuk Shout! Awards. (Tak pasti pula adakah dua sesi bergambar ini sama).

* 7 Julai 2009 – Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir antara senarai artis Malaysia yang mendahului bagi kategori Artis Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik 2009.

* 10 Julai 2009 – Elliza (AF3) ingin berduet dengan Faizal Tahir. (Layan ke…)

* 10 Julai 2009 – Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir akan membuat persembahan untuk Anugerah Planet Muzik 2009 minggu depan dan diharap mengambil langkah berjaga-jaga dengan ancaman wabak Influenza A (H1N1). (Harap penyanyi Malaysia yang ke sana selamat pergi dan pulang. Risau pula.)

* 10 Julai 2009 – Faizal Tahir menghadiri majlis Songket Ball yang diadakan untuk menghargai warisan songket negara. Dia juga membuat persembahan dengan menyanyikan lagu dari single terbaru Bencinta. (Kalau ada jumpa gambar dan video akan saya buat entri lain).

* 11 Julai 2009 – Faizal Tahir berkata mengenai APM 2009. Keputusan tidak rasmi pada Khamis minggu lalu menunjukkan Faizal berada di tangga ketiga selepas Siti.

“Saya tidak fikir untuk menang besar pada APM kali ini. Secara realistik, semua orang tahu pengalaman saya selama tiga tahun sebagai artis masih belum cukup kuat.

“Secara jujur, saya juga tidak fikir saya popular di Indonesia cuma saya pernah berduet bersama Bunga Citra Lestari pada APM tahun lalu.

“Buat masa ini, saya belum berpeluang untuk mencuba pasaran muzik Indonesia apatah lagi album saya tidak sampai di sana.

“Pada saya, selagi belum puas di sini, saya tidak mahu buat perancangan ke sana,” katanya.

Kata Faizal, dia terkejut apabila tercalon untuk dua kategori pilihan peminat itu.

Namun, dia tetap akur dengan kehebatan Siti dalam mengekalkan kemenangan yang pernah disandang selama lapan tahun berturut-turut.

“Berada di tempat kedua sudah memadai untuk saya. Tidak dinafikan Siti mempunyai bilangan peminat yang ramai dan atas sebab itu, saya fikir Siti layak untuk berada di tangga teratas dan menang,” katanya.

(Betul juga, apa yang Faizal katakan. Tapi tak salah untuk cuba tempat baru. Dengan bakat yang ada, sebaik sahaja album baru dikeluarkan baik dia buat promosi di Indonesia dan Singapura)

Written by Langit Biru

Julai 12, 2009 pada 9:07 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: