Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu kedua Julai

leave a comment »

Selain menonton video muzik para penyanyi Korea, saya juga suka melihat persembahan mereka di rancangan muzik. Secara purata mereka akan membuat tiga persembahan di stesen TV tempatan, kerana terdapat tiga stesen TV yang mempunyai rancangan muzik. Ini tidak termasuk di stesen kabel atau rangkaian yang lain.

Persembahan mingguan di television berbeza untuk setiap stesen TV, walaupun mereka menyanyikan lagu yang sama. Perbezaan dapat dilihat dari segi hiasan pentas, pakaian dan lain-lain lagi.

Inilah Outsider, juara carta untuk minggu ini. Siapa kata, penyanyi rapper mesti berpakaian sukan atau besar sahaja. Tengoklah dia yang segak dan bergaya.

Carta 10 K-Pop untuk minggu kedua Julai 2009

1. Outsider – 외톨이 (Loner)
Genre
: Hip-hop
Muzik: Big Boy, MC Sniper / Lirik: Outsider
Album: Trek 5 – Vol. 2 Maestro
Lihat:
Komen: Lagu hip-hop sensasi ini telah mula memasuki carta di tangga ke-6. Ditulis oleh Big Boy dan MC Sniper. Tidak hairanlah jika gaya MC Sniper dapat dilihat dalam lagu ini. Terkenal sebagai rapper yang paling pantas sekali di Korea, dia membuktikan di dalam lagu ini. Dengan menampilkan 14 ahli orkestra yang memang memberi kelainan kepada lagu hip-hop. Lagu Loner boleh dikatakan lagu popular yang mengejutkan untuk tahun 2009, kerana telah berada di kedudukan yang tinggi dalam banyak carta muzik di Korea dan juga mencatatkan jualan album tempat pertama dalam carta jualan album Hanteo.

2. V.O.S – 큰일이다 (Big Trouble)
Genre
: R&B Balada
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Kang Eun Kyung
Album: Trek 1 – Vol. 3.5 Routine Free
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan trio ini kembali dengan album 3.5 mereka Routine Free. Lagu ini dicipta oleh pencipta lagu-lagu popular Korea, Cho Young Soo, dan ditulis oleh Kang Eun Kyung. Lirik lagu ini akan membuatkan para pendengar menangis. Lagu ini menceritakan cinta di satu pihak dan kesedihan dan kegelisahan yang dialami apabila seseorang itu tidak dapat meluahkan isi hatinya.

3. 4minute – Hot Issue
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 Single Digital “Hot Issue”
Lihat: Persembahan
Komen: Satu lagi kumpulan wanita yang baru iaitu 4minute yang mempunyai lima ahli dengal lagu Hot Issue. Kumpulan ini menampilkan Kim Hyun Ah sebagai rapper, bersama dengan Nam Ji Hyun, Heo Ga Yoon, Jeon Ji Yoon dan Kwon So Hyun. Mereka berumur lingkungan 14 – 18 tahun. 4minute membawa fesyen unik di pentas dan muzik yang berunsurkan hip hop serta tarian yang rancak.

4. 8Eight – 잘가요 내 사랑 (Goodbye My Love)
Genre
: R&B Balada
Muzik: Bang Shi Hyuk / Lirik: Bang Shi Hyuk, Baek Chan
Album: Trek 1 – Vol. 3 The Golden Age Versi Repackaged
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan 8Eight kembali dengan album ketiga yang telah ditambah dengan lagu hit terbaru iaitu “Goodbye My Love”. Lagu ini ditulis oleh Hitman Bang Shi Hyuk, yang juga bertanggungjawab terhadap semua lagu popular kumpulan ini. Lagu ini ialah gabungan irama gitar dan juga hip hop.

5. SHINee – 줄리엣 (Juliette)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Remee, Jay, Sean / Lirik: Kim Jong Hyun
Album: Trek 2 – Album-mini kedua ‘Romeo’
Lihat: Persembahan
Komen: SHINee ialah kumpulan baru popular pada tahun lepas kini kembali dengan album mini kedua. Single terbaru mereka “Juliette” mula popular. Lirik ditulis oleh Jong Hyun salah seorang ahli kumpulan SHINee. Ia menampilkan irama yang sofitiskated dan bunyi dram akustik yang diharmonikan dengan vokal kumpulan SHINee.

6. 2PM – 네가 밉다 (I Hate You)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Kim Chang Dae
Album: Trek 3 – Album Single kedua “2:00PM Time For Change”
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu ini merupakan lagu kedua yang dipromosikan selepas “Again and Again” dan lagu ini telah terus memasuki carta sebaik sahaja dicalonkan. Lagu yang berentak R&B dan elektronik ini sesuai dengan tarian bertenaga 2PM. Lagu ini mempunyai tempo melodi yang sederhana yang disesuaikan dengan bahagian korus.

7. Girl Generation – 소원을 말해 봐 (Tell Me Your Wish, Genie)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 SNSD mini-album Vol. 2
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu baru ini dari album mini yang kedua. Dicipt oleh komposer terkenal Yoo Young Jin, Yoo Han Jin serta komposer Eropah iaitu ‘Dsign Music’. Lagu yang rancak ini membawa maksud gembira dan sesuai untuk didengar ketika rasa sedih atau pun sibuk.

8. See Ya, Davichi dan Ji-Yeon (T-Ara) – 여성시대 (Women’s Generation)
Genre: Pop / Dance
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: K. Smith
Album: Trek 1 – See Ya, Davichi & T-ara Single digital “Women’s Generation”
Lihat: Persembahan
Komen: Ahli kumpulan dari tiga kumpulan perempuan MNet Entertainment bergabung dalam single projek ini. Lagu yang bertajuk “Women’s Generation” ini berunsurkan pop/dance dengan sedikit pengaruh muzik trot. Ahli kumpulan baru T-Ara, Ji-Yeon menyertai See Ya dan Davichi dalam kolaborasi ini.

9. Koyote – 넌센스 (Nonsense)
Genre: Pop / Dance
Muzik: Kim Do Hoon / Lirik: Kim Se Jin
Album: Trek 3 Koyote Vol. 10
Lihat: Persembahan
Komen: Koyote, salah satu kumpulan yang terkenal dengan tema pop dance kini kembali dengan album kesepuluh mereka tanpa Kim Jong Min yang tidak dapat serta kerana dalam program khidmat negara. Telah tiga tahun berlalu selepas album mereka yang terakhir. Trek utama ‘Nonsense’ dicipta ialah Kim Do Hoon dan Kim Se Jin. Trek ‘dance’ ini menggabungkan irama ‘house’ gaya 80-an dan menggabungkan muzik terkini sintisizer.

10. 2NE1 – Fire
Genre: Hip-hop / R&B / Dance
Muzik + Lirik: Teddy
Album: Trek 1 – ‘Fire’ Single digital
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu hip hop ini menjadi trek pertama untuk abum single debut 2NE1. Dicipta oleh Teddy bekas ahli 1TYM yang menampilkan muzik reggae Afrika menerusi alat perkusi. Kumpulan perempuan ini menampilkan muzik yang menjadi identiti berbeza dengan kumpulan yang lain dan menunjukkan kebolehan vokal setiap ahli.

Written by Langit Biru

Julai 14, 2009 pada 9:02 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: