Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu kedua Julai

leave a comment »

Minggu ni lambat sikit nak kemaskini. Sibuk sikit.Minggu lepas banyak lagu baru memasuki carta. Tapi kalau peminat macam saya terus mengundi lagu tersebut masih kekal di carta. Bukan susah nak mengundi pun, sekali sehari pun dah cukup. Kalau semua peminat buat macam tu lagi elok dari undi di saat akhir dengan kuantiti yang banyak.

Setiap kali ada lagu baru keluar, saya akan mencari video muzik untuk dilihat, tetapi tiada video muzik untuk lagu baru. Kenapa ya? Mungkin saya sudah biasa dengan muzik Korea di mana mereka akan mengeluarkan video muzik serentak dengan lagu baru.

Saya suka lagu ini.

* Carta Suria 30 – 11 Julai 2009
Masih kekal di tangga ke lima. Tiada perubahan, tapi takkan lah info di carta pun tak dibetulkan.  Minggu ini sepatutnya minggu ke-11 dalam carta bukan kesepuluh dan minggu lalu di tempat ke lima. Teruskan mengundi. Saya rasa carta ini paling sukar sekali setakat ini.

Untuk mengundi SMS: Taip SURIA S30 5 hantar 33511

* Muzik Muzik – 11 Julai 2009
Kedudukan lagu ini naik satu anak tangga ke tempat kedua. Harap-harap minggu ini menjadi juara. Tapi saingan setakat ini sengit lah.

Untuk mengundi SMS: MM B413 hantar ke 33399

* Hot FM 30 – 12 Julai 2009
Minggu ke lima menjadi juara. Tahniah! Inilah carta yang paling saya suka sebab tak payah mengeluarkan duit. Walaupun hanya sekali sehari. Undian melalui Internet. Bila lah Faizal Tahir akan dijemput menjadi artis undangan. Mesti kecoh.

Untuk mengundi: KLIK SINI

* KL FM – 12 Julai 2009
Juara carta untuk minggu yang ketiga. Tahniah. Kedudukan untuk lagu yang lain pun tidak banyak berubah. Kira saingan sengit lah ni. Saya tak suka melihat carta ini di internet. Tengoklah di bawah. Macam amatur sahaja rekaannya. Itu belum lagi tengok laman web.

Cara untuk mengundi melalui SMS:
KLFM<jarak>HITS<KOD LAGU>hantar ke 32728
Untuk Bencinta: KLFM HITS M04 hantar ke 32728

Semua undian SMS bernilai RM0.50.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: