Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal Tahir kandas ke APM kerana hutang PTPTN

leave a comment »

Kosmo! Online 17.07.2009

Image Hosted by ImageShack.usKUALA LUMPUR – Artis dan komposer terkenal, Faizal Tahir (gambar) gagal menaiki pesawat untuk menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 di Jakarta semalam dipercayai akibat tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kosmo! difahamkan, Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada pukul 3.55 petang menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam.

Namun, Faizal satu-satunya artis yang gagal melepasi saringan Imigresen kerana PTPTN sebelum ini telah mengenakan perintah sekatan keluar negara kepada hampir 78,000 peminjam yang tidak menjelaskan hutang.

Usaha mendapatkan komen Faizal, lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.

Gua.com.my

Sebelum ini gara-gara kes buka bajunya semasa konsert ulangtahun 8TV tahun lepas, Faizal Tahir terlepas peluang untuk beraksi di Anugerah Juara Lagu ke-22.

Kali ini, sebab tak bayar hutang PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), Faizal, menurut laporan Kosmo! hari ini, tidak dibenarkan berlepas ke Jakarta, Indonesia petang semalam untuk turut serta dalam majlis gemilang Anugerah Planet Muzik yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Faizal tercalon untuk Artis Paling Popular (Malaysia) dan Artis Serantau Paling Popular.

Bagi para artis yang sudah berada di Jakarta, GUA doakan semuanya selamat. Diharapkan tiada lagi peristiwa pengeboman seperti mana yang telah berlaku pagi tadi di hotel Ritz Carlton dan JW Marriott, yang menurut laporan Reuters telah meragut enam nyawa dan mencederakan ramai orang.

Komen:
Saya pun nak periksa lah akaun PTPTN saya. Bila sesi bergambar ni, tak penah pun nampak pakai t-shirt ni.

Written by Langit Biru

Julai 17, 2009 pada 2:03 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: