Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal Akhirnya Dibenar Ke Jakarta

leave a comment »

17-Jul-2009 | Oleh: Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 17JULAI 2009: Selepas dihalang menaiki pesawat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, semalam gara-gara masih berhutang dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Faizal Tahir akhirnya mendapat pelepasan untuk terbang ke Jakarta hari ini bagi menjayakan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009).

Image Hosted by ImageShack.us

Difahamkan, Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada jam 3.55 petang semalam selepas saringan dibuat oleh pihak Imigresen.

Kelulusan terbaru itu dimaklumkan sendiri oleh Faizal menerusi SMS kepada murai.com.my yang berbunyi:

“Selesai, semuanya telah selesai dan saya akan ke sana (Jakarta). Saya kini sedang dalam perjalanan ke KLIA untuk membeli tiket bagi penerbangan ke Jakarta yang seterusnya.

“Alhamdulillah…. Pada saat ini perasaan saya sangat bercampur baur, gembira tetapi dalam waktu yang sama saya berasa cukup terharu. Hanya kerana Malaysia, saya terpaksa melalui semua kepayahan ini. Harapan saya perkara ini akan diingati.”

Jelas Faizal lagi, sebaik saja ditahan, dia telah berusaha sedaya yang mungkin untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik supaya dapat menghadiri malam kemuncak dan membuat persembahan.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk Malaysia,” katanya yang turut dicalonkan menerusi 2 kategori iaitu Artis Malaysia Paling Popular serta Artis Rantau Paling Popular.

Mengulas tentang kejadian yang menimpa Faizal semalam, Timbalan Pengurus Besar Beyond DBB, Aloysius Wee, berkata, selaku penganjur APM09, pihaknya turut berusaha untuk membantu Faizal bagi membolehkan dia berada di Indonesia bagi menjayakan malam kemuncak bagi 3 negara serantau itu.

“Sebagai wakil Malaysia, memang ramai yang meletakkan harapan yang tinggi supaya Faizal dapat beraksi di sana dengan cemerlang. Selaku penganjur, kita juga mempunyai harapan yang sama. Sebab dia salah seorang penyanyi tanah air hebat yang kita ada selain Dato’ Siti Nurhaliza.

“Tentu ia akan menjadi sesuatu yang cukup membanggakan seandainya Faizal dapat beraksi di sana serta dapat memperlihatkan bakat dan kemampuan vokalnya dikagumi ramai itu,” katanya.

Komen:
Baju tu macam pernah nampak je. Tapi ini waktu bila ye?!

Written by Langit Biru

Julai 18, 2009 pada 9:07 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: