Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kedudukan 10 lagu K-Pop untuk separuh pertama 2009

leave a comment »

Separuh pertama tahun 2009 telah berlalu dan saya akan menyenaraikan sepuluh lagu yang popular di Korea pada masa tersebut. Senarai lagu ini berdasarkan jumlah muat turun lagu, persembahan di televisyen, jualan album dan kedudukan di carta muzik di Korea.

Image Hosted by ImageShack.us

Tapi ingat tak semestinya lagu yang saya minat merupakan lagu yang popular di carta Korea. Berdasarkan kulit album di atas, cuba teka para penyanyi di kedudukan mana.

Kedudukan 10 lagu K-Pop untuk separuh pertama 2009

1. Girls’ Generation – Gee
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: E-Tribe
Album: Trek 1 – Gee Album mini pertama Girls’ Generation
Lihat: [Video Muzik] [Persembahan]
Komen: Lagu Gee dari trek 1 album mini pertama Gir’s Genreation ini merupakan lagu K-Pop yang paling popular untuk separuh pertama 2009. Lagu yang berentak rancak ini menampilkan keistimewaan sembilan ahli kumpulan, lagu ini ditulis oleh E-Tribe, generasi baru penulis lirik yang juga menghasilkan “U-Go-Girl” yang dinyanyikan oleh Lee Hyo Ri. Lirik yang comel meluahkan perasaan gadis yang sedang dilamun cinta dan Lee Min Ho dari kumpulan SHINee juga turut membuat penampilan istimewa.

2. Super Junior – Sorry Sorry
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Yoo Young Jin
Album: Trek 1 – Sorry Sorry Super Junior Vol. 3
Lihat: [Video Muzik] [Persembahan]
Komen: Lagu ini merupakan lagu utama dari album ketiga Super Junior yang turut menggunakan judul yang sama. Ini ialah lagu tarian rancak yang berentak urban dicipta oleh penulis lagu Yoo Young Jin. Ia turut menampilkan rentak yang rancak dan penggunaan korus “Shawty”. Lagu rancak ini berbeza dengan lagu Super Junior yang terdahulu.

3. Son Dam Bi – 토요일밤에 (Saturday Night)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Brave Brothers
Album: Trek 1 – Vol. 1 Type B
Lihat: [Video Muzik] [Persembahan]
Komen: Lagu ini merupakan lagu utama untuk album pertama Son Dam Bi iaitu “Type B”. Lagu yang berunsurkan pop dance menampilkan bunyi retro 80-an dan ditulis oleh Yonggamhan Hyeongje yang turut menghasilkan “Crazy”. Mereka mencipta suasana retro 80-an dengan menggunakan sinitizer elektronik dan sumber dram.

4. 2PM – Again & Again
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Park Jin Young
Album: Trek 2 – Album Single “2:00PM Time For Change”
Lihat: [Video Muzik] [Persembahan]
Komen: Lagu ini dari album single 2PM iaitu “2:00PM Time For Change”. Ia mempunyai melodi yang indah dan juga rentak yang sesuai dengan gerakan tarian padat 2PM. Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin kembali ke pangkuan bekas teman wanitannya kerana masih sayang. Video muzik mereka juga menunjukkan persembahan dan perubahan yang menakjubkan dari setiap ahli kumpulan.

5. SG Wannabe (feat. Yurisangja Baek Seung Hwa) – 사랑해 (I Love You)
Genre:
Folk Ballad
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Ahn Young Min
Album: Trek 1 – Album keenam “Gift From SG WANNABE”
Lihat: [Video Muzik] [Persembahan]
Komen: Lagu yang pertama diperkenalkan oleh mereka untuk album keenam iaitu “Gift From SG WANNABE”. Komposer Cho Young-soo, yang telah lama menghasilkan lagu mereka, mencipta lagu yang berunsurkan Simon & Garfunkel yang menunjukkan harmoni yang indah. Video muzik ini mengisahkan tentang kisah cinta yang sedih di antara pelakon Baek Jong Min dan Jiyeon. Video muzik ini gabungan dari dua lagu iaitu “My Cry Baby” untuk lagu yang pertama dan lagu ini untuk bahagian yang kedua.

6. Bobby Kim – 사랑..그 놈 (Love…This Person)
Genre
: R&B Ballad
Muzik + Lirik: Park Sun Zoo
Album: Trek 3 – Special Album “Love Chapter 1”
Lihat: [Video Muzik] [Persembahan]
Komen: Lagu ini ialah lagu utama dari album khas Bobby Kim “Love Chapter 1”, yang mengandungi lagu-lagu dari drama TV “Fashion 70s” dan “Great White Tower”, termasuk enam lagu baru. Lagu ini menampilkan melodi sedih berunsurkan rentak soul yang sesuai dengan suara penyanyi. Lirik yang mengisahkan tentang perasaan kasih dan penderitaan yang kuat.

7. 8Eight – 심장이 없어 (Don’t Have A Heart)
Genre
: R&B Ballad
Muzik: Bang Shi Hyuk / Lirik: Bang Shi Hyuk, Baek Chan
Album: Trek 4 – Album ketiga “The Golden Age”
Lihat: [Video Muzik] [Persembahan]
Komen: Lagu ini dari album ketiga iaitu “The Golden Age” kumpulan 8Eight. Ia menampilkan irama yang unik dan segar dan menunjukkan kesedihan akibat perpisahan. Dihasilkan oleh produser yang mempunyai banyak lagi popular iaitu Bang Shi Hyuk. yang juga telah menulis lagu “Like I’ve Been Shot” oleh Baek Ji-young. Video muzik yang mengisahkan cinta terlarang antara dua dunia yang dilakonkan oleh So Hee dari kumpulan Wonder Girls dan manusia.

8. K.Will – 눈물이 뚝뚝 (Dropping The Tears)
Genre
: R&B Ballad
Muzik: Kim Do Hoon / Lirik: Park Chan Hyun
Album: Trek 3 – Album Mini “Dropping The Tears”
Lihat: [Video Muzik] [http://www.youtube.com/watch?v=EhP3sVF1Xs4]
Komen: Lagu ini ialah dari album mini pertama K.Will. Lagu ini dimulakan dengan melodi piano yang ringkas dan menggabungkan muzik orkestra yang mengagumkan dan rentak dram. Suara K.Will yang kian matang dan menyentuh perasaan menyanyikan tentang perpisahan yang menyakitkan. Yuri dari Girls’ Generation berlakon dalam video muzik ini sebagai wanita yang mengalirkan air mata.

9. Seung Ri (Big Bang) – Strong Baby
Genre
: R&B / Dance
Muzik + Lirik: G-Dragon, Bae Jin Ryul
Album: Trek 5 – Album kedua Big Bang “Remember”
Lihat: [Video Muzik] [http://www.youtube.com/watch?v=CIsTyZCCKCY]
Komen: Ini ialah lagu solo nyanyian Seung Ri dari kumpulan Big Bang yang terdapat dalam album kedua Big Bang. Lagu yang mempunyai retak moden, pop dan dengan irama yang rancak. Seung Ri telah bertukar dari imej comel kepada yang lebih seksi dan maskulin.

10. Kara – Honey
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Han Jae Ho, Kim Seung Soo / Lirik: Han Jae Ho, Song Soo Yoon
Album: Trek 2 – Album mini kedua Edisi Khas “Pretty Girl”
Lihat: [Video Muzik] [Persembahan]
Komen: Lagu ini yang terdapat dalam “Pretty Girl” album edisi khas. Lagu yang dibuat semula yang berada dalam album mini kedua Kara. Ia mempunyai lirik yang sedih dan bunyi elektronik yang mengasyikkan.

Written by Langit Biru

Julai 19, 2009 pada 8:42 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: