Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu ketiga Julai 2009

leave a comment »

Minggu baru, kedudukan carta pun baru. Ada juga lagu baru di dalam carta dan juara masih lagi kekal milik Outsider. Gaya rapping dia memang hebat betul. Memang betul bukan dia menipu.

Ini 2PM. Saya suka kumpulan ini. Tarian akrobatik mereka memang bertenaga. Kalau lah mereka boleh datang ke Malaysia untuk buat persembahan. Sayalah orang pertama yang akan tiba di KLIA.

Carta K-Pop untuk minggu ketiga Julai 2009

1. Outsider – 외톨이 (Loner)
Genre
: Hip-hop
Muzik: Big Boy, MC Sniper / Lirik: Outsider
Album: Trek 5 – Vol. 2 Maestro
Lihat: Video Muzik
Komen: Menjadi juara carta untuk minggu yang kedua. Memang lagu ini popular sekarang. Ditulis oleh Big Boy dan MC Sniper. Tidak hairanlah jika gaya MC Sniper dapat dilihat dalam lagu ini. Terkenal sebagai rapper yang paling pantas sekali di Korea, dia membuktikan di dalam lagu ini. Dengan menampilkan 14 ahli orkestra yang memang memberi kelainan kepada lagu hip-hop. Lagu Loner boleh dikatakan lagu popular yang mengejutkan untuk tahun 2009, kerana telah berada di kedudukan yang tinggi dalam banyak carta muzik di Korea dan juga mencatatkan jualan album tempat pertama dalam carta jualan album Hanteo.

2. Girl Generation – 소원을 말해 봐 (Tell Me Your Wish, Genie)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini kedua
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu baru ini dari album mini yang kedua. Dicipta oleh komposer terkenal Yoo Young Jin, Yoo Han Jin serta komposer Eropah iaitu ‘Dsign Music’. Lagu yang rancak ini membawa maksud gembira dan sesuai untuk didengar ketika rasa sedih atau pun sibuk.

3. 2PM – 네가 밉다 (I Hate You)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Kim Chang Dae
Album: Trek 3 – Album Single kedua “2:00PM Time For Change”
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini merupakan lagu kedua yang dipromosikan selepas “Again and Again” dan lagu ini telah terus memasuki carta sebaik sahaja dicalonkan. Lagu yang berentak R&B dan elektronik ini sesuai dengan tarian bertenaga 2PM. Lagu ini mempunyai tempo melodi yang sederhana yang disesuaikan dengan bahagian korus.

4. 4minute – Hot Issue
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 Single Digital “Hot Issue”
Lihat: Video Muzik
Komen: Satu lagi kumpulan wanita yang baru iaitu 4minute yang mempunyai lima ahli dengal lagu Hot Issue. Kumpulan ini menampilkan Kim Hyun Ah sebagai rapper, bersama dengan Nam Ji Hyun, Heo Ga Yoon, Jeon Ji Yoon dan Kwon So Hyun. Mereka berumur lingkungan 14 – 18 tahun. 4minute membawa fesyen unik di pentas dan muzik yang berunsurkan hip hop serta tarian yang rancak.

5.V.O.S – 큰일이다 (Big Trouble)
Genre
: R&B Balada
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Kang Eun Kyung
Album: Trek 1 – Vol. 3.5 Routine Free
Lihat: Video Muzik
Komen: Kumpulan trio ini kembali dengan album 3.5 mereka Routine Free. Lagu ini dicipta oleh pencipta lagu-lagu popular Korea, Cho Young Soo, dan ditulis oleh Kang Eun Kyung. Lirik lagu ini akan membuatkan para pendengar menangis. Lagu ini menceritakan cinta di satu pihak dan kesedihan dan kegelisahan yang dialami apabila seseorang itu tidak dapat meluahkan isi hatinya.

6. 8Eight – 잘가요 내 사랑 (Goodbye My Love)
Genre
: R&B Balada
Muzik: Bang Shi Hyuk / Lirik: Bang Shi Hyuk, Baek Chan
Album: Trek 1 – Vol. 3 The Golden Age Versi Repackaged
Lihat: Video Muzik
Komen: Kumpulan 8Eight kembali dengan album ketiga yang telah ditambah dengan lagu hit terbaru iaitu “Goodbye My Love”. Lagu ini ditulis oleh Hitman Bang Shi Hyuk, yang juga bertanggungjawab terhadap semua lagu popular kumpulan ini. Lagu ini ialah gabungan irama gitar dan juga hip hop.

7. SHINee – 줄리엣 (Juliette)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Remee, Jay, Sean / Lirik: Kim Jong Hyun
Album: Trek 2 – Album-mini kedua ‘Romeo’
Lihat: Video Muzik
Komen: SHINee ialah kumpulan baru popular pada tahun lepas kini kembali dengan album mini kedua. Single terbaru mereka “Juliette” mula popular. Lirik ditulis oleh Jong Hyun salah seorang ahli kumpulan SHINee. Ia menampilkan irama yang sofitiskated dan bunyi dram akustik yang diharmonikan dengan vokal kumpulan SHINee.

8. Lee Seung Gi (feat. Bizniz) – 결혼해줄래 (Will You Marry Me)
Genre
: Pop Ballad
Album: Trek 1 – Single Digital “Will You Marry Me”
Lihat: Video Muzik
Komen: Lee Seung Gi kembali dengan lagu “Will You Marry Me”. Lagu balada ini dicipta oleh komposer Kim Do Hoon, dengan lirik yang mengisahkan seseorang yang ingin hidup bahagia dengan insan tersayang dan juga anak. Video muzik ini diambil dari sedutan drama Lee Seung Gi iaitu “Brilliant Legacy”.

9. See Ya, Davichi dan Ji-Yeon (T-Ara) – 여성시대 (Women’s Generation)
Genre: Pop / Dance
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: K. Smith
Album: Trek 1 – See Ya, Davichi & T-ara Single digital “Women’s Generation”
Lihat: Video Muzik
Komen: Ahli kumpulan dari tiga kumpulan perempuan MNet Entertainment bergabung dalam single projek ini. Lagu yang bertajuk “Women’s Generation” ini berunsurkan pop/dance dengan sedikit pengaruh muzik trot. Ahli kumpulan baru T-Ara, Ji-Yeon menyertai See Ya dan Davichi dalam kolaborasi ini.

10. MC The Max – 뒤차가 경적을 (The Following Car Is Honking)
Genre
: Rock Ballad
Muzik + Lirik: Jun Hae Sung
Album: Trek 3 – Special Album “Rewind & Remind”
Lihat: Video Muzik
Komen: Ini ialah album terakhir dari kumpulan MC The Max yang dianggotai oleh tiga orang. Ini kerana mereka akan menyertai khidmat negara selama dua tahun yang akan bermula pada musim panas ini. MC The Max mengucapkan selamat tinggal kepada peminat dengan mengeluarkan album istimewa yang berjudul “Rewind & Remind”. Album ini adalah bukti kumpulan ini telah bersama selama sepuluh tahun dan merupakan salah satu kumpulan yang popular dan mempunyai suara yang konsisten dalam K-Pop. Lagu yang ditulis oleh Jun Hae Sung bertajuk “The Following Car Is Honking”. Ia mengandungi melodi yang kuat dan berulang rancak yang sentiasa diingati pendengar.

Written by Langit Biru

Julai 20, 2009 pada 11:09 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: