Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Makan-makan #2

with one comment

Macam lama je saya tak makan makanan Korea. Pada hari minggu yang lepas saya pergi ke restoran Korea untuk makan. Saya telah memesan makanan kegemaran saya.

Bukan telur tapi ada banyak lagi bahan lain di bawah itu. Nama makanan ini ialah DolSot BiBim Bap. Iaitu nasi putih dengan sayur campuran (tauge, lobak merah, rumpai laut dll), telur goreng dan juga sos cili Korea. Boleh juga letak daging ayam atau lembu. Semua ini akan diletakkan di dalam periuk kecil seperti di atas. Memang panas macam makan nasi claypot.


Cara nak makan ialah campurkan cili sos tu ke dalam periuk. Suka hati lah nak letak banyak mana bergantung tahap pedas masing-masing. Lepas tu kacau mesra semua bahan dalam periuk tu. Sampai telur pun dah hancur, cili tu pun dah mesra dengan nasi lepas tu makan. Tapi kena gaulkan cepat supaya nasi tak berkerak di bawah nanti.

Image Hosted by ImageShack.us

Setiap hidangan akan disertakan dengan teh barli sejuk, sup rumpai laut, kimchi dan makanan sampingan harian. Untuk hari itu, makanan sampingan ialah kentang yang direbus bersama dengan kacang panjang. Kimchi memang wajib ada. Tapi pedas sikit, entah-entah saya tergigit biji cili.

Memang licin lah saya makan. Gambar lepas makan terlupa pula nak ambil.

Written by Langit Biru

Julai 20, 2009 pada 8:23 am

Dikirim dalam Uncategorized

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. isk, mmg sedap gile la bibimbap ni.
    my fave gak. every time g mkn korean cuisine, kompem order yg nih. mukan tanak try yg lain, asek nk makan yg ni gak. isk, dh tgk gmba nih… ngidam lak rase. huhu

    ciknad

    Julai 23, 2009 at 3:31 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: