Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Drama masakan ‘Gourmet’ penuh romantis

leave a comment »

Selasa Julai 21, 2009 (mStar Online)

Gourmet akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat bermula 16 Julai 2009 jam 8.30 malam hanya di 8TV!

Image Hosted by ImageShack.us

Drama bersiri ini berkisarkan tentang sebuah tempat memasak di sebuah restoran terkenal di Korea. Sung Chan (Kim Rae Won) dan Bong Joo (Kwon Oh Joong) dibesarkan dan diajar tentang masakan oleh bapa Bong Joo yang juga pemilik restoran terbabit,

Bong Joo merupakan seorang jejaka kacak yang mempunyai impian yang besar dan bercinta-cita untuk mengambil-alih perniagaan milik bapanya.

Namun harapan Bong Joo musnah apabila bapa beliau lebih menyukai dan menyenangi Sung Chan yang begitu ikhlas dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Sung Chan dianggap sebagai satu ancaman besar oleh Bong Joo dan Min Woo dan mereka berdua telah sepakat untuk memasang strategi untuk menjatuhkan Sung Chan.

Di dalam sebuah pertandingan masakan, Min Woo dan Bong Joo bersepakat dan merancang untuk menjatuhkan Sung Chan.

Image Hosted by ImageShack.us

Sung Chan pula melarikan diri tanpa sebarang pesan apabila mendapat tahu dirinya telah dikhianati oleh Bong Joo dan Min Woo.Sung Chan mula merantau dan akhirnya menjadi penjual makanan tradisional korea yang cukup lazat dan digemari ramai.

Kehidupan beliau semakin baik dan beliau akhirnya bertemu dengan Jin Soo seorang wartawan yang banyak menyokong karier beliau. Jin Soo kemudiannya jatuh cinta kepada Sung Chan.

“Gourmet pastinya menjadi pilihan mereka yang gemarkan masakan yang lazat dan yang meminati drama romantik,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.Antara pelakon-pelakon terkenal yang membintangi drama ini ialah Kim Rae Won, Nam Sang Mi, Kown Oh Joong, Choi Bul Am, Kim So Yeon dan Won Ki Joon.

Kepada semua peminat drama bersiri Korea, jangan ketinggalan untuk menonton Gourmet yang akan memulakan siaran pada 16 Julai 2009 jam 8.30 malam hanya di saluran 8TV.Anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon bimbit anda dengan melayari http://www.mobile.8tv.com.my.

Komen:
Dalam bahasa Mandarin tak naklah tengok. Tapi drama ni memang dapat ulasan yang baik.

Written by Langit Biru

Julai 21, 2009 pada 8:36 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: