Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu keempat Julai 2009

leave a comment »

Minggu ini terdapat lagu baru di dalam carta dan ada yang masih kekal di kedudukan seperti minggu lepas. Minggu ini dan seterusnya ramai artis yang mengeluarkan album baru mereka. Memang terdapat persaingat sengit buat masa ini.

Untuk mempromosikan lagu mereka, para penyanyi akan muncul di rancangan muzik tempatan. Sekurang-kurangnya mereka akan membuat tiga persembahan setiap minggu kerana terdapat tiga stesen TV awam. Mereka akan menukar pakaian atau membuat sesuatu yang lain untuk menarik perhatian peminat. Ini akan membuatkan para peminat menantikan persembahan mereka setiap minggu.

Image Hosted by ImageShack.us

8Eight *Baek Chan, Joon Hee, Lee Hyun

Kumpulan trio 8Eight terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita ini sedang popular dengan lagu Goodbye My Love. Muzik mereka berunsurkan hip-hop R&B. Vokal mereka memang bagus sekali. Mula-mula saya ingat Lee Hyun seorang rapper tapi bukan. Dialah penyanyi dan Baek Chan yang rapper.

1. Girl Generation – 소원을 말해 봐 (Tell Me Your Wish, Genie)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini kedua Genie
Lihat: Persembahan
Komen: Seperti yang dijangka lagu ini menjadi juara. Lagu baru ini dari album mini yang kedua. Dicipta oleh komposer terkenal Yoo Young Jin, Yoo Han Jin serta komposer Eropah iaitu ‘Dsign Music’. Lagu yang rancak ini membawa maksud gembira dan sesuai untuk didengar ketika rasa sedih atau pun sibuk.

2. 2PM – 네가 밉다 (I Hate You)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Kim Chang Dae
Album: Trek 3 – Album Single kedua “2:00PM Time For Change”
Lihat: Persembahan
Komen: Walaupun sesi promosi untuk lagu ini telah tamat tetapi Lagu ini telah menjadi naib juara untuk minggu ini dan merupakan lagu kedua yang dipromosikan selepas “Again and Again” dan lagu ini telah terus memasuki carta sebaik sahaja dicalonkan. Lagu yang berentak R&B dan elektronik ini sesuai dengan tarian bertenaga 2PM. Lagu ini mempunyai tempo melodi yang sederhana yang disesuaikan dengan bahagian korus.

3. Outsider – 외톨이 (Loner)
Genre
: Hip-hop
Muzik: Big Boy, MC Sniper / Lirik: Outsider
Album: Trek 5 – Vol. 2 Maestro
Lihat: Persembahan
Komen: Ditulis oleh Big Boy dan MC Sniper. Tidak hairanlah jika gaya MC Sniper dapat dilihat dalam lagu ini. Terkenal sebagai rapper yang paling pantas sekali di Korea, dia membuktikan di dalam lagu ini. Dengan menampilkan 14 ahli orkestra yang memang memberi kelainan kepada lagu hip-hop. Lagu Loner boleh dikatakan lagu popular yang mengejutkan untuk tahun 2009. Rapping yang pantas seperti peluru serta gaya yang teliti dan sensasi mencipta gaya yang unik.

4. 4minute – Hot Issue
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 Single Digital “Hot Issue”
Lihat: Persembahan
Komen: Satu lagi kumpulan wanita yang baru iaitu 4minute yang mempunyai lima ahli dengal lagu Hot Issue. Kumpulan ini menampilkan Kim Hyun Ah sebagai rapper, bersama dengan Nam Ji Hyun, Heo Ga Yoon, Jeon Ji Yoon dan Kwon So Hyun. Mereka berumur lingkungan 14 – 18 tahun. 4minute membawa fesyen unik di pentas dan muzik yang berunsurkan hip hop serta tarian yang rancak.

5. 2NE1 – I Don’t Care
Genre
: Hip-hop / R&B
Muzik + Lirik: Teddy + Kush
Album: Trek 2 – Album Mini pertama 2NE1
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan perempuan baru yang pantas meningkat naik kini kembali dengan lagu I Don’t Care dari album mini pertama mereka. Lagu ini telah dicipta bersama oleh Teddy dan Kush dari Stonyskunk. Lagu ini mempunyai sentuhan melodi reggae, pop dan R&B berbanding dengan lagu sebelumnya yang mempunyai irama yang pantas. Peminat dapat menyaksikan sisi yang lain kumpulan 2NE1.

6. 8Eight – 잘가요 내 사랑 (Goodbye My Love)
Genre
: R&B Balada
Muzik: Bang Shi Hyuk / Lirik: Bang Shi Hyuk, Baek Chan
Album: Trek 1 – Vol. 3 The Golden Age Versi Pek Semula
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan 8Eight kembali dengan album ketiga yang telah ditambah dengan lagu hit terbaru iaitu “Goodbye My Love”. Lagu ini ditulis oleh Hitman Bang Shi Hyuk, yang juga bertanggungjawab terhadap semua lagu popular kumpulan ini. Lagu ini ialah gabungan irama gitar dan juga hip hop.

7. SHINee – 줄리엣 (Juliette)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Remee, Jay, Sean / Lirik: Kim Jong Hyun
Album: Trek 2 – Album-mini kedua ‘Romeo’
Lihat: Persembahan
Komen: SHINee ialah kumpulan baru popular pada tahun lepas kini kembali dengan album mini kedua. Single terbaru mereka “Juliette” mula popular. Lirik ditulis oleh Jong Hyun salah seorang ahli kumpulan SHINee. Ia menampilkan irama yang sofitiskated dan bunyi dram akustik yang diharmonikan dengan vokal kumpulan SHINee.

8. Wax – 결국 너야 (In The End, It’s You)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 3 – Album ke-8 “Always You”
Lihat: Persembahan
Komen: Wax kini kembali dengan lagu yang sesuai untuk musim panas ini. Lagu terbaru yang bertajuk “In The End, It’s You” sedang meningkat popular di Korea. Wax sudah lama tidak mempunyai lagu yang berentak rancak sejak album kedua. Lagu ini yang rancak mempunyai melodi balada yang disesuaikan dengan irama ‘house’ yang kuat. Lagu ini menarik dengan lirik yang ringkas dan memang sesuai menjadi lagu popular untuk musim panas ini.

9. Lee Seung Gi (feat. Bizniz) – 결혼해줄래 (Will You Marry Me)
Genre
: Pop Ballad
Album: Trek 1 – Single Digital “Will You Marry Me”
Lihat: Video Muzik
Komen: Lee Seung Gi kembali dengan lagu “Will You Marry Me”. Lagu balada ini dicipta oleh komposer Kim Do Hoon, dengan lirik yang mengisahkan seseorang yang ingin hidup bahagia dengan insan tersayang dan juga anak. Video muzik ini diambil dari sedutan drama Lee Seung Gi iaitu “Brilliant Legacy”. Setakat ini dia belum lagi membuat persembahan untuk lagu ini.

10. MC The Max – 뒤차가 경적을 (The Following Car Is Honking)
Genre
: Rock Ballad
Muzik + Lirik: Jun Hae Sung
Album: Trek 3 – Special Album “Rewind & Remind”
Lihat: Persembahan
Komen: Ini ialah album terakhir dari kumpulan MC The Max yang dianggotai oleh tiga orang. Ini kerana mereka akan menyertai khidmat negara selama dua tahun yang akan bermula pada musim panas ini. MC The Max mengucapkan selamat tinggal kepada peminat dengan mengeluarkan album istimewa yang berjudul “Rewind & Remind”. Album ini adalah bukti kumpulan ini telah bersama selama sepuluh tahun dan merupakan salah satu kumpulan yang popular dan mempunyai suara yang konsisten dalam K-Pop. Lagu yang ditulis oleh Jun Hae Sung bertajuk “The Following Car Is Honking”. Ia mengandungi melodi yang kuat dan berulang rancak yang sentiasa diingati pendengar. yanb

Written by Langit Biru

Julai 27, 2009 pada 9:01 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: