Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal Dah Langsai Hutang PTPTN

leave a comment »

Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 24 JULAI 2009: Sekitar jam 3 pagi pada 18 Julai lalu, penyanyi kontroversi Faizal Tahir telah selamat sampai di Jakarta bagi menjayakan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang berlangsung pada sebelah malamnya.
Image Hosted by ImageShack.us
Kemunculannya pada majlis anugerah yang membabitkan karyawan muzik dari 3 negara itu sekaligus membawa maksud Faizal tidak lagi berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bercakap kepada portal murai.com.my, Faizal berkata dia memang sudah pun membayar semua hutang PTPTN yang dipinjamnya bagi membiayai pengajiannya di peringkat diploma dan ijazah tidak lama dulu.

Faizal berkata, dia sedar akan kesilapannya kerana telah melengahkan bayaran pinjaman PTPTN berkenaan sehingga menyebabkan dia dihalang daripada menaiki pesawat di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk ke Jakarta pada 16 Julai lalu.

“Ya ,saya sudah bayar semua hutang itu. Saya telah pergi ke pejabat PTPTN keesokannya dan berada di sana dari jam 7 pagi hingga 5 petang untuk menyelesaikannya.

“Saya akui kalau perkara ini tidak berlaku (halangan menaiki pesawat) saya sendiri tentunya tidak ingat. Saya anggap ia sebagai hikmah dan peringatan paling baik buat saya. Mana tahu mungkin selepas ini PTPTN akan jadikan saya sebagai duta mereka pula,” katanya yang masih sempat berjenaka dalam nada lega.

Faizal menambah, kerana jadual kerjanya yang terlalu padat menyebabkan dia terlupa untuk membayar pinjaman berkenaan. Dia memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Faizal berkata, isu disenarai hitamkan oleh PTPTN merupakan insiden yang cukup peribadi buatnya dan tidak mahu perkara ini digemar gemburkan lagi memandangkan pembayaran sudah pun dibuat dengan segera.

Katanya, nasibnya kurang baik apabila perkara ini terjadi ketika dia ingin terbang ke Jakarta bagi menghadiri APM2009 yang mengakibatkan perkara ini menjadi perhatian pihak media.

“Bukanlah bermakna saya bernasib malang. Tapi ia sebagai pengajaran yang akan saya ingat sampai bila-bila. Lagipun bukan saya sorang saja yang tidak membayar, ada ramai lagi. Tapi malang sekali dalam situasi nama saya naik sebab saya artis. Tak mengapa, saya akur dan faham,” katanya.

Faizal menjelaskan, tiada istilah layanan istimewa yang diterimanya ketika dia membuat pembayaran di pejabat PTPTN. Sebaliknya kata penyanyi Coba dan Sampai Syurga itu, sebagai warganegara Malaysia yang lain, dia juga turut melalui proses yang telah ditetapkan bagi melangsaikan pembayaran hutang berkenaan.

“Tidak susah sebenarnya, bagaimanapun bukan semua mahu member kerjasama lebih-lebih lagi dalam keadaan terdesak seperti itu. Bukan bermaksud saya artis atau penyanyi maka saya akan menerima layanan istimewa. Semuanya sama saja saja dan kalau kita sedia membayar, pihak kerajaan lebih daripada suka untuk memudahkan hasrat kita itu.

“Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, saya hanya dapat tidur 2 jam saja untuk menyelesaikan kes ini sehingga saya diterbangkan ke Jakarta,” ceritanya lagi.

Ditanya adakah dia suka dipanggil sebagai Raja Kontroversi?, Faizal bagaimanapun kurang bersetuju dengan gelaran itu kerana segala kontrovesi yang terjadi kepadanya selama ini tidak pernah dipinta, malah kalau boleh mahu dijauhkan.

Written by Langit Biru

Julai 27, 2009 pada 2:40 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: