Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Langit Biru di Shout! Awards 2009

leave a comment »

Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 17 Julai 2009 saya telah pergi ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menyaksikan anugerah yang julung kali diadakan iaitu Shout! Awards 2009.

Image Hosted by ImageShack.us

Terima kasih kepada The Star untuk dua tiket ini. Saya dan seorang rakan menaiki LRT ke Bukit Jalil. Stesen Masjid Jamek sesak pada pukul 5.30 petang. Mungkin sebab waktu itu ramai sudah pulang. Saya pun beli lah tiket pergi dan balik untuk menyenangkan hidup.

Tiba di Bukit Jalil, saya terasa kemeriahannya ingatkan untuk Shout! Awards. Rupa-rupanya Manchester United akan memgadakan perlawanan pada esok hari dan pada hari Jumaat mereka mengadakan sesi latihan yang dihadiri oleh 40 000 penonton. Kami pun menuju ke Stadium Putra. Pintu belum dibuka lagi tapi telah ada lah yang telah menunggu. Ada satu khemah Hotlink, pengacara cuba untuk memeriahkan suasana tapi mana dapat lawan sorakan dari stadium yang satu lagi tu. Waktu itu saya macam nak pergi ke sana sahaja bila mendengar sorakan Owen…

Memandangkan majlis dah lama berlalu dan pemenang pun dah diketahui. Sekarang ni sesi mengomel pula. Ini apa yang tak nampak di kaca TV.

Saya memberi kawan saya tiket ini bila dia memberitahu yang kami akan berdiri dan bukannya duduk. Baru saya perasan rupanya. Kami rasa yang tempat kami ialah di tengah stadium.

Permaidani Merah

Acara dimulakan dengan kedatangan para artis. Datang menaiki limousine dan akan melalui permaidani merah. Rupanya pintu kami berhampiran dengan tempat yang akan mereka lalui. Kami pun ke belakang sikit. Ye, lah nak tengok siapa pun. Faizal Tahir pun takde. Adalah peminat Caprice membawa sepanduk dan sebagainya berada di depan. Saya perasan sepanduk je. Lepas tu Joe Flizzow datang. Tau pun sebab nampak kepala dia. Saya dan kawan saya bukan lah tinggi orangnya. Entah macam mana saya berada di depan. Nampak ada beberapa lelaki yang memakai kot di permaidani. OK. Lepas tu ada limousine datang. Ingatkan mereka lah yang akan buka pintu tu tapi staf yang memakai t-shirt majlis ini dan memegang peralatan yang membuka pintu. Itupun nasib baik ada orang bukakan saya nampak orang yang kat dalam tu dah teragak-agak nak buka. Terkejut saya tengok. Kesian staf yang kena buka pintu kereta tu. Dia pegang kamera, entah-entah jurugambar bertugas tapi buka pintu limosine. Kalau susah sangat pun kenapa bukan pemandu kereta yang buka.

Masa ni tak ramai lagi tapi dah mula pasang muzik. OK. Takpe tapi takde ke muzik buatan Malaysia. Saya yang bukan kaki pergi kelab malam pun tau lagu remix yang dipasang itu bukan buatan Malaysia. Ada juga lah lagu selingan tu bukan lagu tempatan. Kan ramai penyanyi kita yang mempunyai lagu rancak dalam bahasa Inggeris kalau betul lah.

Ini pula tempat duduk para artis dan tetamu mereka. Dekat juga lah tempat saya berdiri tu. Sila lah kilk gambar kalau nak tengok lagi jelas.

Afdlin Shauki dan isteri antara yang awal hadir atau sampai tempat duduk.

Estranged pula. Mereka nampak ringkas je. Sesi percubaan tak jadi. Ye lah, kamera saya bukan canggih mana pun. Kawan saya cakap abang yang main drum tu comel.

Masa ni para artis dah mula masuk. Tapi yelah, saya tak kenal semua. Yang duduk barisan depan tu saya cam lah.

Ini sewaktu pembukaan, memang gelap betul. Lepas tu Pop Shuvit membuat persembahan, memang menarik. Pasukan sorak mana lah yang diangkut tu.

Ini pula masa nak umumkan untuk drama. Nabil dan Saiful buat lawak. Lepas tu drama Cheryl menang. Cantik dia.

Pemenang untuk kategori radio. Fara Fauzana nampak ringkas je. Tapi takde pula gambar dia.

Comel tak budak-budak ini. Mula-mula ingat siapa lah mereka rupanya mereka berada di atas pentas sekali dengan Bunkface.

Walaupun sedih Faizal Tahir tak menang untuk Stylo Award dan pemenang ialah Dynas Mokhtar tapi bangga juga lah sebab dia seorang je wakil lelaki untuk kategori itu.

Siapa boleh lupakan, ucapan Paul Moss mengenai kemenangan Upin dan Ipin. Cemburu lah tu. Tapi ye lah, saya mengundi bagai nak rak mereka ni. Persembahan Jaclyn Victor memang bagus sekali. Semua orang menyanyikan lagu Michael Jackson bersama-sama. Tapi sayang lah pula bila Reefa rapping macam tak kena je senang cakap macam tak masuk je. Saya tak ingat pula bila Joe Fizzlow buat persembahan ataupun saya terlepas menyaksikannya.

Mana boleh lupa pula bila Faizal Tahir diumumkan pemenang untuk The Hot Guy Award. Memang gembira betul. Ni yang nak marah ni. Dah tau Faizal Tahir tiada di Malaysia kenapa tak nak beritahu penyampai anugerah atau pun buat lah video sikit ke. Tak pasal-pasal Faizal Tahir kena kutuk sebab tak datang majlis. Lepas tu menang pula. Ye lah, kenapa tak undi pillihan masing-masing.

Sebaik sahaja Jaclyn Victor selesai nyanyi saya dan kawan saya bergegas keluar untuk mengejar LRT. Masa tu dah nak dekat pukul sebelas. Terlepas lah nak menyaksikan Sean Kingston. Tapi tak kisah pun sebab Youtube kan ada. Sebelum terlupa, lebih baik skrin putih di hujung pentas berbanding skrin TV di tengah stadium. Memang tak nampak sangat lah.

Secara keseluruhan, tahniah diucapkan kepada 8TV di atas penganjuran Shout! Awards ini. Tapi tahun depan tukar lah lokasi di Stadium Negara atau Merdeka. Buat lah hari Sabtu supaya ramai lagi yang boleh hadir. Jumaat kan susah sikit sebab ramai yang masih di sekolah atau pun di universiti lagi. Hari Sabtu boleh mula pukul 4 petang tamat pukul 7 malam. Memudahkan juga untuk pengangkutan. Takdelah yang tertinggal di stesen LRT atau kena caj teksi mahal.

Bila saya baca ulasan blog mengenai Sean Kingston dan melihat persembahan memang mengecewakan lah. Nasib baik saya dah keluar dari situ. Tahun depan baik 8TV buat sesi undian untuk artis luar negara yang hendak dijemput. Buatlah pilihan dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Korea dan Jepun.

Saya hendak mencadangkan 8TV agar menjemput penyanyi berikut untuk tahun hadapan:

Amerika Syarikat: Jonas Brothers, Soulja Boy Tell’Em.
Korea: Wonder Girls, 2PM, Outsider, MC Mong
Jepun: Arashi, Kinki Kids, KATTUN, Namie Amuro

Tak lupa juga agar cara undian dikekalkan iaitu melalui internet dan SMS. Agar mereka yang mempunyai kekangan ekonomi juga dapat mengundi seperti saya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: