Langit Biru

Semua orang sudah tahu

MC Mong kembali dengan ‘Humanimal’

leave a comment »

MC Mong kembali dengan album kelima berjudul Humanimal. Gambar di atas ialah untuk jaket album. MC Mong ialah penyanyi hip hop yang popular dan berbakat. Setiap albumnya pasti menjadi siulan ramai. Persembahannya yang bertenaga juga menjadikan peminat tak sabar menyaksikannya.

Album ini yang telah dikeluarkan pada 23 Julai 2009 yang lalu dijual secara digital dan CD dan terus berada dalam carta muzik Korea.

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us

Album ini menceritakan evolusi muzik MC Mong. Dia membuat album ini dari menulis lirik, menghasilkan muzik dan mengeluarkan album ini. Dia juga telah memilih konsep untuk album tersebut.

Image Hosted by ImageShack.usMenurut MC Mong dalam menjelaskan konsep album ini ialah, “Apa manusia dan binatang tahu ialah naluri dan nilai yang paling penting ialah kasih sayang, tetapi kasih sayang tidak boleh ditafsirkan. Saya mahu melahirkan perasaan yang sebenar saya setiap hari kerana perasaan yang sebenar dapat menyentuh emosi semua dalam masyarakat. Oleh sebab itu saya menceritakan cerita yang benar dan biasa yang berlaku disekeliling saya.

Konsep album ini ialah ‘Amerika India’. Persembahan dia memang menarik. Penuhlah satu pentas dengan segala manusia dan peralatan. Tinggal tak bawa zoo je.

Image Hosted by ImageShack.us

Dalam setiap album, dia akan menampilkan penyanyi undangan dan untuk kali ini dia menampilkan penyanyi lelaki yang berbakat dan terkenal seperti Jo Sung Mo, SG Wannabe, Jung In, MAC dan Navi.

Terdapat satu lagu iaitu 진실은 천국에서라도 (JinShil even in the heavens) yang ditujukan khas buat mendiang pelakon Choi Jin Sil yang mati akibat bunuh diri tahun lepas. Mereka berdua memang berkawan baik dan mereka telah berjanji jika MC Mong membuatkan lagu khas untuk dia. Choi Jin Sil akan berlakon dalam video muzik tersebut. Tetapi perkara ini tidak akan berlaku.

Saksikan video muzik terbaru MC Mong iaitu ”Indian Boy’.

Written by Langit Biru

Julai 28, 2009 pada 11:16 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: