Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Drama Worlds Within di 8TV

leave a comment »

Drama ini sedang disiarkan di 8TV. Saya tak sedar pula ada drama Korea  baru. Tapi saya bukanlah minat sangat para pelakonnya. Tambahan pula jika drama yang disiarkan dalam bahasa Mandarin.

Drama Jepun boleh pula disiarkan sepenuhnya dalam bahasa Jepun. Tapi takpe nanti kalau saya sempat tengok nak tau dalam bahasa Mandarin atau bahasa asal Korea.

Image Hosted by ImageShack.us

Maklumat:
SLOT TEATER HITO IDOL: ‘Worlds Within’
Saluran: 8TV (708 untuk Astro)
Tarikh Siaran: 4 Julai 2009 – 17 Oktober 2009
Masa Siaran: Setiap Sabtu , 6.30pm – 8pm
Pelakon : Hyun Bin, Song Hye Kyo

Jangan teruskan jika taknak tau penamat drama ini.

Image Hosted by ImageShack.us

Sinopsis:
Drama bersiri hebat yang menyayat hati ini berkisarkan tentang kejadian di sebuah stesen penyiaran yang banyak menerbitkan drama-drama televisyen. Teras kejayaan pekerja-pekerja syarikat penerbitan stesen televisyen ini dikenali dengan sifat kuat bekerja, berkeinginan melampau, tegas dan materialisme.

Drama Worlds Within dilihat sebagai sebuah drama yang sangat menarik kerana berani menampilkan tema yang berlainan dari drama popular dan biasa diterbitkan di Korea. Antara pelakon – pelakonnya yang memegang watak-watak utama adalah Hyun Bin dan Song Hye-Kyo.

Hyun Bin memainkan watak Jeong Ji-oh, seorang penerbit yang beperikemanusian, jujur serta bersemanggat dalam kerjayanya dan selalu dicemburi oleh orang lain kerana dia rancangan drama terbitan beliau sering mendapat jumlah penonton yang tinggi. Manakala Song Hye-kyo memainkan watak Joo Joon-yeong seorang yang bersemangat dan tegas. Hye-kyo baru menamatkan kerjaya sebagai penolong penerbit enam bulan yang lalu.

Sebagai orang baru, Joon-yeong percaya bahawa untuk mempercayai seseorang itu perlu mengambil masa namun semua itu tidak menajdi halangan kepada beliau untuk jatuh hati kepada Ji-oh. Perjalanan drama ini menjadi lebih menarik apabila kedua-dua individu ini bersaing untuk menerbitkan drama-drama terbaik dan berlumba-lumba untuk mengejar gelaran penerbit yang boleh menarik jumlah penonton yang tinggi.

Drama bersiri ini boleh dikatakan unik serta berbeza kerana cerita – ceritanya bertumpukan kepada suasana tempat kerja manakala drama Korea yang lain biasanya mengisahkan tentang masalah rumah-tangga, persahabatan dan kekasih.

Saya dah tengok drama ni di KBS World beberapa bulan yang lepas. Tapi memang tak ikut langsung. Entah lah tak menarik minat pun padahal, pelakon utama dia memang konon boleh menarik perhatian ramai lah.

Poster menarik juga. Tema drama memang menarik tapi jalan cerita perlahan menurut ulasan yang saya baca. Walaupun ada pelakon yang popular pun tidak akan menjamin drama ini mendapat perhatian umum.

Written by Langit Biru

Julai 30, 2009 pada 9:01 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: