Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Tae Woo di konsert Stars On Stage

leave a comment »

Pada 26 Mei sehingga 31 Mei 2009 yang lalu, Kim Tae Woo telah mengadakan konsert siri ‘Stars on Stage’. Konsert ini disertai oleh beberapa orang penyanyi di mana mereka akan membuat persembahan bermula pertengahan Mei yang lalu dan berakhir pada bulan lepas.

Image Hosted by ImageShack.us

Dewan konsert yang boleh memuatkan 350 orang sahaja pada setiap malam dan peminat dapat menyaksikan dengan dekat nyanyian Kim Tae Woo.

Pada setiap malam juga, terdapat penyanyi undangan yang diundang untuk memeriahkan lagi konsert. Tidak lengkap rasanya jika dia tidak menjemput ahli kumpulan god iaitu Danny Ahn dan Son Ho Young. MC Mong, Suho serta Rain juga turut serta pada malam yang berlainan.

Semua gambar dan video diambil oleh peminat yang pergi ke konsert itu. Memang impian saya untuk menyaksikan konsert solo atau pun god secara langsung. Entah bila impian saya ini akan tercapai.

Untuk persembahan solo dia menyanyikan lagu dari album single dan juga lagu yang lain.
Dari kamera peminat, klik untuk lihat persembahan.
* Confession, Englishman in New York, Medley Gee & D.I.S.C.O, duet dengan SuHo – Spring, Summer, Autumn, Winter

MC Mong juga turut hadir untuk memberi sokongan dan membuat persembahan. Mereka berduet untuk dua lagu.

Persembahan : I Love U Oh Thank You dan So Fresh (pertama kali dinyanyikan kerana lagu ini dikeluarkan semasa Kim Tae Woo dalam khidmat negara)

Pada malam berikutnya 30.05.2009, Danny Ahn dan Son Ho Young datang pula untuk membuat persembahan. Memang ini yang ditunggu-tunggu oleh peminat. Walaupun tanpa Park Joon Hyung, persembahan yang diberikan memang membanggakan.

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Mereka menyanyikan bersama lagu dari digital single Kim Tae Woo “Memory & Remembrance”

Persembahan berkumpulan dari album mereka yang terdahulu.
* Loving You, Why

Lagi gambar Kim Tae Woo, Son Ho Young dan Danny Ahn. Walaupun Park Joon Hyung tiada tapi mereka tidak melupakan dia.

Written by Langit Biru

Julai 31, 2009 pada 3:16 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: