Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal Tahir berduet dengan Taufik Batisah di Jakarta

leave a comment »

Image Hosted by ImageShack.us

Anugerah Planet Muzik 2009 telah berlalu dan Faizal Tahir tidak memenangi sebarang anugerah. Mungkin saingan terlalu hebat. Banyak perkara berlaku kepada dia untuk anugerah kali ini. Tapi itu semua telah berlalu.

Kali ini majlis yang dianjurkan agak bosan. Terlalu banyak persembahan dan mengambil masa yang lama. Lepas tu pula pengacara macam tiada fungsi. Kesian pada mereka terutama Aznil Nawawi.

Saya mencari gambar Faizal Tahir semasa persembahan tetapi tidak jumpa satu pun. Takkan lah tiada gambar langsung. Yang sekeping ni pun dari media tempatan.
Tahun depan harap undian melalui internet dan jika boleh media cetak diadakan semula. Ingat senang ke nak undi SMS ni sudah lah banyak kosnya. Lepas tu tiada laman web rasmi mengenai acara ni. Ini pula Facebook sebagai media rasmi. Tolong lah. Facebook ni sebagai tambahan je.

Persembahan pembukaan memang menarik. Tapi bila persembahan artis rasa macam ada yang tak kena. Perasan juga susunan lagu banyak yang berubah. Lepas tu banyak betul persembahan. Tak boleh ke bergabung atau buat secara medley. Ini semua nak nyanyi lagu penuh. Bosan. Sudahlah ada persembahan yang tak disiarkan kerana tidak cukup masa.

Saya tengok masa untuk APM ini tiga jam iaitu dari pukul 9 malam sehingga 12 pagi. Tapi tamat sebelum 11.45 malam. Tak dapat tengok Dafi. Ingatkan Faizal Tahir akan membuat persembahan di awal atau pertengahan tapi nak dekat hujung. Mula-mula dia menyanyikan lagu Bencinta.

Baju baru, nampak bergaya. Saya rasa ini mesti pereka yang sama mereka baju dia untuk acara sebelum ini. Persembahan dia ringkas sahaja tiada penari latar atau sebagainya. Tapi yang saya nak marah ni, penonton yang berada hampir dengan pentas tiada reaksi. Kalau sayalah memang dah lama menjerit, menari dan sebagainya. Kalau tak faham lirik pun sekurang-kurangnya tepuk tangan atau sebagainya.

Selepas itu dia menyanyikan lagu Isabella bersama dengan Taufik Batisah dari Indonesia. Gandingan yang mantap. Tapi malangnya mereka hanya menyanyikan untuk awal bahagian lagu sahaja. Ini kerana lagu itu dinyanyikan pula oleh ST 12 dari Indonesia yang secara tak langsung merosakkan lagu klasik ini. Rupa-rupanya kumpulan itu menyanyikan lagu ini sebagai promosi kerana mereka membuat lagu ini sebagai single terbaru mereka.

Video ini hanya setakat Faizal Tahir dan Taufik Batisah sahaja.

Hujan dan Siti Nurhaliza turut membuat persembahan dan hanya Siti sahaja yang mendapat reaksi dari penonton. Kesian kat Noh bila mikrofon tidak berfungsi pada awal persembahan.

Dari Hujan twitter:
19 Julai 2009 : wohoo.. Faizal did a good job with an energetic performance and i love this song
After APM most of the malaysian entourage heading for Kemang for late supper. Beside Hujan’s family we had Faizal Tahir, Aizat, Yuna and Family. So much fun.

Written by Langit Biru

Ogos 2, 2009 pada 9:07 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: