Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu pertama Ogos 2009

leave a comment »

Minggu baru dan kini bulan yang baru. Selamat menyambut Ogos. Mari kita melihat video muzik pada kali ini. Di Korea, video muzik akan disiarkan awal berbanding dengan jualan album atau digital single. Ini adalah untuk menarik perhatian peminat dan pendengar.

Kadang kala, sedutan video akan disiarkan sebelum video muzik disiarkan. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian seperti tarikh dan siaran video muzik akan diumumkan. Pernah berlaku di mana laman web yang akan menyiarkan video muzik penyanyi ini mengalami kesesakan server kerana ramai yang ingin menonton.

Image Hosted by ImageShack.us
Kumpulan 2NE1 terdiri daripada 4 orang gadis berumur dari 15 hingga 25 tahun dari YG Entertainment. Mereka telah menjalani latihan selama beberapa tahun sebelum dapat menjadi artis. Kalau kita anggap latihan atau kelas yang dijalani oleh pelajar Akademi Fantasia itu susah, menjadi pelatih dalam industri hiburan Korea 100 kali ganda sengsara. Mereka baru sahaja mengeluarkan mini album pertama pada beberapa bulan yang lalu dan sekarang mendapat tempat di hati peminat.

Kedudukan carta K-Pop untuk minggu pertama Ogos 2009

1. 2NE1 – I Don’t Care
Genre
: Hip-hop / R&B
Muzik + Lirik: Teddy + Kush
Album: Trek 2 – Album Mini pertama 2NE1
Lihat: Video Muzik
Komen: Kumpulan perempuan baru yang pantas meningkat naik kini kembali dengan lagu I Don’t Care dari album mini pertama mereka. Laug ini telah menjadi juara mingguan untuk beberapa carta muzik di Korea pada minggu ini serta mencatatkan jualan album yang tinggi. Lagu yang dicipta bersama oleh Teddy dan Kush dari Stonyskunk. Lagu ini mempunyai sentuhan melodi reggae, pop dan R&B berbanding dengan lagu sebelumnya yang mempunyai irama yang pantas. Peminat dapat menyaksikan sisi yang lain kumpulan 2NE1.

2. Girls’ Generation – 소원을 말해 봐 (Tell Me Your Wish, Genie)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini kedua Genie
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini telah jatuh ke tempat kedua. Lagu ini dari album mini yang kedua. Dicipta oleh komposer terkenal Yoo Young Jin, Yoo Han Jin serta komposer Eropah iaitu ‘Dsign Music’. Lagu yang rancak ini membawa maksud gembira dan sesuai untuk didengar ketika rasa sedih atau pun sibuk.

3. Outsider – 외톨이 (Loner)
Genre
: Hip-hop
Muzik: Big Boy, MC Sniper / Lirik: Outsider
Album: Trek 5 – Vol. 2 Maestro
Lihat: Video Muzik
Komen: Ditulis oleh Big Boy dan MC Sniper. Tidak hairanlah jika gaya MC Sniper dapat dilihat dalam lagu ini. Terkenal sebagai rapper yang paling pantas sekali di Korea, dia membuktikan di dalam lagu ini. Dengan menampilkan 14 ahli orkestra yang memang memberi kelainan kepada lagu hip-hop. Lagu Loner boleh dikatakan lagu popular yang mengejutkan untuk tahun 2009. Rapping yang pantas seperti peluru serta gaya yang teliti dan sensasi mencipta gaya yang unik.

4. 4minute – Hot Issue
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 Single Digital “Hot Issue”
Lihat: Video Muzik
Komen: Masih kekal di tangga keempat ialah 4minute yang mempunyai lima ahli dengal lagu Hot Issue. Kumpulan ini menampilkan Kim Hyun Ah sebagai rapper, bersama dengan Nam Ji Hyun, Heo Ga Yoon, Jeon Ji Yoon dan Kwon So Hyun. Mereka berumur lingkungan 14 – 18 tahun. 4minute membawa fesyen unik di pentas dan muzik yang berunsurkan hip hop serta tarian yang rancak.

5. 8Eight – 잘가요 내 사랑 (Goodbye My Love)
Genre
: R&B Balada
Muzik: Bang Shi Hyuk / Lirik: Bang Shi Hyuk, Baek Chan
Album: Trek 1 – Vol. 3 The Golden Age Versi Pek Semula
Lihat: Video Muzik
Komen: Kumpulan 8Eight kembali dengan album ketiga yang telah ditambah dengan lagu hit terbaru iaitu “Goodbye My Love”. Lagu ini ditulis oleh Hitman Bang Shi Hyuk, yang juga bertanggungjawab terhadap semua lagu popular kumpulan ini. Lagu ini ialah gabungan irama gitar dan juga hip hop.

6. SHINee – 줄리엣 (Juliette)
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Remee, Jay, Sean / Lirik: Kim Jong Hyun
Album: Trek 2 – Album-mini kedua ‘Romeo’
Lihat: Video Muzik
Komen: SHINee ialah kumpulan baru popular pada tahun lepas kini kembali dengan album mini kedua. Single terbaru mereka “Juliette” mula popular. Lirik ditulis oleh Jong Hyun salah seorang ahli kumpulan SHINee. Ia menampilkan irama yang sofitiskated dan bunyi dram akustik yang diharmonikan dengan vokal kumpulan SHINee.

7. Wax – 결국 너야 (In The End, It’s You)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 3 – Album ke-8 “Always You”
Lihat: Video Muzik
Komen: Wax kini kembali dengan lagu yang sesuai untuk musim panas ini. Lagu terbaru yang bertajuk “In The End, It’s You” sedang meningkat popular di Korea. Wax sudah lama tidak mempunyai lagu yang berentak rancak sejak album kedua. Lagu ini yang rancak mempunyai melodi balada yang disesuaikan dengan irama ‘house’ yang kuat. Lagu ini menarik dengan lirik yang ringkas dan memang sesuai menjadi lagu popular untuk musim panas ini.

8. 2PM – 네가 밉다 (I Hate You)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Kim Chang Dae
Album: Trek 3 – Album Single kedua “2:00PM Time For Change”
Lihat: Video Muzik
Komen: Walaupun sesi promosi untuk lagu ini telah tamat tetapi Lagu ini telah menjadi naib juara untuk minggu ini dan merupakan lagu kedua yang dipromosikan selepas “Again and Again” dan lagu ini telah terus memasuki carta sebaik sahaja dicalonkan. Lagu yang berentak R&B dan elektronik ini sesuai dengan tarian bertenaga 2PM. Lagu ini mempunyai tempo melodi yang sederhana yang disesuaikan dengan bahagian korus.

9. Lee Seung Gi (feat. Bizniz) – 결혼해줄래 (Will You Marry Me)
Genre
: Pop Ballad
Album: Trek 1 – Single Digital “Will You Marry Me”
Lihat: Video Muzik
Komen: Masih kekal di tangga kesembilan, Lee Seung Gi kembali dengan lagu “Will You Marry Me”. Lagu balada ini dicipta oleh komposer Kim Do Hoon, dengan lirik yang mengisahkan seseorang yang ingin hidup bahagia dengan insan tersayang dan juga anak. Video muzik ini diambil dari sedutan drama Lee Seung Gi iaitu “Brilliant Legacy”. Setakat ini dia belum lagi membuat persembahan untuk lagu ini.

10. One Two – 별이 빛나는 밤에 (Starry Night)
Genre
: Hip-hop
Album: Trek 1 – Single Digital “Starry Night”
Lihat: Video Muzik
Komen: One Two berjaya memasuki carta di tempat ke sepuluh. Park Ga Hee dari kumpulan baru popular After School membuat penampilan di dalam lagu. Lagu ini sesuai untuk menari dan muzik ‘club’. Jika lagu hip hop arus perdana pilihan anda, ini sesuai untuk mendengar.

Written by Langit Biru

Ogos 3, 2009 pada 9:06 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: