Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal Tahir dalam Nona dan Remaja TV3

leave a comment »

Rancangan ni dah lama tapi baru saya teringat nak buat entri. Faizal Tahir muncul dalam segmen di dalam rancangan terbitan TV3 iaitu Nona (07 Jun 2009) dan Remaja pada 18 Julai 2009.

Saya dapat melihat segmen Faizal di Nona itupun secara kebetulan. Kalau ibu saya tak tengok memang saya tak perasan langsung. Dalam Remaja pula, memang saya terlepas sebab tak menonton pun rancangan tersebut.

Sepatutnya, TV3 buatlah sedikit sedutan atau ‘teaser’ beberapa hari sebelum disiarkan. Antara lain agar peminat Faizal Tahir dapat menonton dan juga dapat meningkatkan lagi rating rancangan tersebut. Kalau beritahu awal-awal mestilah ramai yang nak tengok kan. Takkan nak tengok kat laman web kot. Memang tak sesuai.

Nona 07 Jun 2009
Lihat : Nona
Komen : Segmen ini menceritakan lelaki yang minat mengumpul barang sebagai hobi. Faizal Tahir menunjukkan koleksi gitar, permainan, patung aksi dan sebagainya. Memang kagum lah tengok koleksi Faizal ni. Siap ada bilik khas lagi untuk simpan. Siapalah yang mekapkan muka dia ni. Tebal.

Remaja 18 Julai 2009
Lihat :
Komen : Segmen mengenai gajet. Kira Faizal ni tahap ‘geek’ habis lah ni. Boleh pula selit koleksi permainan dia. Perasan tak t-shirt ‘Smurf’ dia tu. Dah la hampir semua alatan elektronik dari Sony. Telefon bimbit, TV dan lain-lain. Boleh lah lepas ni buat permohonan jadi duta Sony Electronics.

Written by Langit Biru

Ogos 8, 2009 pada 10:02 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: