Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Terkini dari Twitter JYP #2

leave a comment »

Minggu ini JYP banyak mengemas kini Twitter je. Dia seorang yang sibuk sepanjang masa. Menjadi seorang pengurus, CEO, kareografer dan sebagainya dalam masa yang sama.

Minggu ini JYP berada di beberapa negeri di Amerika Syarikat bersama Wonder Girls untuk konsert jelajah Jonas Brothers. Apakah yang dilakukan sepanjang dia di perjalanan. Setiap hari mengikuti perkembangan mereka membuatkan saya rasa kagum dan bangga terhadap pencapaian JYP dan mereka.

Beberapa aktiviti yang dilakukan oleh JYP sepanjang minggu. Semua gambar dan ayat dalam bahasa Inggeris ialah dari JYP Twitter sendiri. Disebabkan saya tidak mahir mengenai geografi Amerika Syarikat, saya tak tahu jarak di antara negeri-negeri yang mereka lawati.

3 Ogos 2009

Image Hosted by ImageShack.us

Wonder girls didn't have a show today so did da choreography for 2pm. Back to dancer mode with my friend Tucker.

Image Hosted by ImageShack.us

Just finished. Love it when I'm dancing. Hope u guys like da new 2pm dance. Here's da 2nd picture.

* JYP bersama Tucker. Tucker ialah seorang penari muda yang berbakat besar, berumur 20-an dan telah terlibat di dalam banyak video muzik artis dan juga filem. Mungkin mereka mengadakan sesi latihan di ibupejabat JYP di New York. JYP juga seorang pereka tarian yang mereka tarian untuk artisnya seperti Wonder Girls dan 2PM. Mungkin tak lama lagi kita dapat melihat video klip ini.

4 Ogos 2009

Image Hosted by ImageShack.us

Thanks Jon for our 1st bay area interview. We had a great time. Hope to be back soon!

Ini semasa temuramah Wonder Girls di radio tempatan. JYP membalas twit dari pengacara radio tersebut. Bahasa Inggeris mereka telah meningkat dan mudah untuk berkomunikasi. Setakat ini hanya audio sahaja tiada dalam bentuk video.

4 Ogos 2009

Image Hosted by ImageShack.us

Beautiful fans of Sacramento. U guys r 10 out of 10!

JYP memang kelakar. Terdapat peminat yang datang untuk berjumpa dengan JYP berbanding dengan Wonder Girls sendiri. 10/10 ialah tajuk lagu 2PM yang dihasilkan oleh JYP.

5 Ogos 2009

Image Hosted by ImageShack.us

Thank u 4 waiting 4 us in this crazy hot weather. We luv u Fresno. U guys made our dressing room sweeter. Look!

Peminat memberi banner dan poster memberi sokongan kepada Wonder Girls dan ini diletakkan dalam bilik persediaan Wonder Girls.

8 Ogos 2009

Image Hosted by ImageShack.us

It was a handmade notebook with beautiful letters in each page. Luv u guys. U r da reason that I keep pushin!

Ini mungkin semasa sesi Wonder Girls bertemu dengan peminat selepas konsert. JYP dan Wonder Girls memang menghargai peminat mereka di mana sahaja mereka berada. Semasa mereka di Mexico minggu lepas, peminat memberikan sambutan yang mengejutkan.

Written by Langit Biru

Ogos 9, 2009 pada 10:02 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: