Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu kedua Ogos 2009

leave a comment »

Minggu ini carta lagu banyak lagu baru yang menjadi kegemaran saya. Jika dilihat banyak persembahan yang menarik juga. Kali ini mari kita lihat persembahan mereka pada minggu-minggu yang lepas.

Korea mempunyai beberapa saluran TV yang mempunyai rancangan muzik pada setiap minggu. Oleh sebab itu, para penyanyi cuba menonjolkan kelainan pada setiap persembahan. Bayangkan jika mereka mempunyai tiga persembahan pada hujung minggu, mereka harus menukar baju dan sebagainya.

Kumpulan yang popular buat masa ini ialah FT Island. Mereka bermain alat muzik dan memang berbakat. Walaupun kumpulan ini dibentuk oleh syarikat rakaman tetapi mereka mendapat tempat di hati peminat. Untuk album terbaru mereka tampil dengan imej retro.

Kedudukan carta K-Pop untuk minggu kedua Ogos 2009.

1. 2NE1 – I Don’t Care
Genre
: Hip-hop / R&B
Muzik + Lirik: Teddy + Kush
Album: Trek 2 – Album Mini pertama 2NE1
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan perempuan baru yang pantas meningkat naik kini kembali dengan lagu I Don’t Care dari album mini pertama mereka. Laug ini telah menjadi juara mingguan untuk beberapa carta muzik di Korea pada minggu ini serta mencatatkan jualan album yang tinggi. Lagu yang dicipta bersama oleh Teddy dan Kush dari Stonyskunk. Lagu ini mempunyai sentuhan melodi reggae, pop dan R&B berbanding dengan lagu sebelumnya yang mempunyai irama yang pantas. Peminat dapat menyaksikan sisi yang lain kumpulan 2NE1.

2. Girls’ Generation – 소원을 말해 봐 (Tell Me Your Wish, Genie)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini kedua Genie
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu ini telah jatuh ke tempat kedua. Lagu ini dari album mini yang kedua. Dicipta oleh komposer terkenal Yoo Young Jin, Yoo Han Jin serta komposer Eropah iaitu ‘Dsign Music’. Lagu yang rancak ini membawa maksud gembira dan sesuai untuk didengar ketika rasa sedih atau pun sibuk.

3. FT Island – 바래 (I Hope)
Genre
: Rock
Muzik: Kim Do Hoon, Kim Se Jin / Lirik: Kim Do Hoon, Han Sung Ho
Album: Trek 2 – FT Island Vol. 3  Cross & Change
Lihat: Persembahan
Komen: Pencabar baru untuk minggu ini, mereka kembali dengan album baru dan dengan lagu I Hope berada di kedudukan ketiga. Seperti judul album baru mereka, FT Island telah mengalami perubahan. Jika album sebelum ini mempunyai lagu yang berunsurkan balada rock, kali ini lebih kepada yang berunsurkan lagu yang ceria. Lagu I Hope ialah gabungan rock eletronik dan mempunyai melodi yang kuat serta rapping. Ditulis oleh penulis lagu terkenal Kim Do Hoon.

4. 4minute – Hot Issue
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 Single Digital “Hot Issue”
Lihat: Persembahan
Komen: Masih kekal di tangga keempat ialah 4minute yang mempunyai lima ahli dengal lagu Hot Issue. Kumpulan ini menampilkan Kim Hyun Ah sebagai rapper, bersama dengan Nam Ji Hyun, Heo Ga Yoon, Jeon Ji Yoon dan Kwon So Hyun. Mereka berumur lingkungan 14 – 18 tahun. 4minute membawa fesyen unik di pentas dan muzik yang berunsurkan hip hop serta tarian yang rancak.

5. Outsider – 외톨이 (Loner)
Genre
: Hip-hop
Muzik: Big Boy, MC Sniper / Lirik: Outsider
Album: Trek 5 – Vol. 2 Maestro
Lihat: Persembahan
Komen: Ditulis oleh Big Boy dan MC Sniper. Tidak hairanlah jika gaya MC Sniper dapat dilihat dalam lagu ini. Terkenal sebagai rapper yang paling pantas sekali di Korea, dia membuktikan di dalam lagu ini. Dengan menampilkan 14 ahli orkestra yang memang memberi kelainan kepada lagu hip-hop. Lagu Loner boleh dikatakan lagu popular yang mengejutkan untuk tahun 2009. Rapping yang pantas seperti peluru serta gaya yang teliti dan sensasi mencipta gaya yang unik.

6. Brown Eyed Girls – Abracadabra
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Hitchhiker, Lee Min Soo / Lirik: Kim Lee Na, Miryo
Album: Trek 2 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G
Lihat: Persembahan
Komen:Selepas pencapaian yang membanggakan pada tahun 2008 yang menyaksikan mereka menjadi salah satu kumpulan wanita utama di Korea, Brown Eyed Girls kini kembali dengan album baru berjudul “Sound G”. Mereka mempersembahkan lagu lagu yang yang berentak rancak dengan penuh perasaan dan tenaga.”Sound G” yang bertema sekitar imej dan emosi wanita yang tinggal di bandar. Tajuk lagu yang berjudul “Abracadabra” dicipta oleh Jinu dari kumpulan Rollercoaster dan Lee Min Soo. Lagu ini yang berentak pop elektronik beserta dengan persembahan bertenaga ahli kumpulan dan juga tarian yang kini menjadi sebutan ramai.

7. 2PM – 네가 밉다 (I Hate You)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Kim Chang Dae
Album: Trek 3 – Album Single kedua “2:00PM Time For Change”
Lihat: Persembahan
Komen: Walaupun sesi promosi untuk lagu ini telah tamat tetapi lagu ini masih berada di dalam carta dan merupakan lagu kedua yang dipromosikan selepas “Again and Again” dan lagu ini telah terus memasuki carta sebaik sahaja dicalonkan. Lagu yang berentak R&B dan elektronik ini sesuai dengan tarian bertenaga 2PM. Lagu ini mempunyai tempo melodi yang sederhana yang disesuaikan dengan bahagian korus.

8. 8Eight – 잘가요 내 사랑 (Goodbye My Love)
Genre
: R&B Balada
Muzik: Bang Shi Hyuk / Lirik: Bang Shi Hyuk, Baek Chan
Album: Trek 1 – Vol. 3 The Golden Age Versi Pek Semula
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan 8Eight kembali dengan album ketiga yang telah ditambah dengan lagu hit terbaru iaitu “Goodbye My Love”. Lagu ini ditulis oleh Hitman Bang Shi Hyuk, yang juga bertanggungjawab terhadap semua lagu popular kumpulan ini. Lagu ini ialah gabungan irama gitar dan juga hip hop.

9. MC Mong (feat. Jang Geun Ee, B.I) – 인디언 보이 (Indian Boy)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: MC Mong
Album: Trek 2 – MC Mong Vol. 5 “Humanimal”
Lihat: Persembahan
Komen: Raja hip hop arus perdana MC Mong kembali dengan album kelima berjudul “Humanimal”. Dengan lagu yang bertajuk “Indian Boy” telah menempatkan di dalam carta minggu ini. Lagu ini yang ditulis sendiri oleh MC Mong dan menampilkan kawan baiknya Jang Geun Ee serta also B.I.

10. Clazziquai – Love Again
Genre
: Electronika
Album: Trek 3 – Clazziquai Vol. 4 “Mucho Punk”
Lihat: Persembahan Komen: Setelah dua tahun menumpukan kepada aktiviti solo dan kumpulan projek masing-masing, Alex dan Horan telah kembali dengan album keempat Mucho Punk. Sentiasa di hadapan dengan muzik, Clazziquai kembali dengan melebarkan muzik mereka dan bereksprementasi dengan muzik dari pelbagai genre dan gaya. Kali ini mereka menggabungkan New Wave dan punk dengan muzik yang menjadi jenama mereka iaitu house, pop, dan electronic. Album ini yang dihasilkan oleh DJ Clazzi dan banyak dipengaruhi oleh filem Nacho Libre. Lagu-lagu yang lebih berunsur punk, dengan itu album ini mendapat namanya. Dengan banyak nama besar yang kembali pada musim panas ini, Clazziquai memberi bunyi yang berbeza dan akan lebih menonjol di antara lagu-lagu pop.

Written by Langit Biru

Ogos 12, 2009 pada 10:22 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: