Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal tubuh ‘band’ baru bersama Aizat, Noh Hujan & Lan

leave a comment »

Khamis Ogos 13, 2009
Oleh WAHIDA ASRANI (mStar Online)

Image Hosted by ImageShack.us

Gandingan mantap...Faizal, Lan, Aizat dan Noh bergabung di dalam Akustika Raya

MEREKA mempunyai bakat tersendiri. Sama ada Faizal Tahir, Aizat, Noh Hujan dan bekas vokalis kumpulan Meet Uncle Hussein, Lan, masing-masing mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri dari segi bakat.

Bukan saja mampu menyanyi dengan baik, malah keempat-empat penyanyi ini juga berkebolehan dalam bermain gitar. Persamaan yang ada pada mereka mampu mencetuskan persembahan yang hebat jika keempat-empatnya digabungkan bersama.

Itulah yang bakal disaksikan menerusi program sempena Hari Raya kelak, Akustika Raya, terbitan TV3.

Namun, bukan sebagai sebuah ‘band’ baru, tetapi program yang menampilkan Faizal Tahir sebagai artis utamanya akan menyaksikan penyanyi itu bergandingan dengan tiga penyanyi hebat ini menerusi persembahan istimewa berkonsepkan ‘unplugged’.

“Ini adalah harapan saya yang terpendam selama ini. Apabila pihak TV3 hubungi saya dan bertanyakan sama ada saya bersetuju untuk bekerjasama dengan Aizat, Noh dan Lan, memang saya cukup gembira.

“Bukan mudah untuk kami dapat buat persembahan bersama-sama. Masing-masing sibuk dengan urusan dan jadual sendiri, jadi kesempatan seperti ini memang saya tidak mahu lepaskan.

Image Hosted by ImageShack.us

Keempat-empat artis ini turut mempersembahkan lagu raya 'Cahaya Aidilfitri'

“Sebab itu saya tidak menganggap program ini adalah ‘show’ saya sendiri, walaupun pada awalnya program ini ingin menggunakan tajuk ‘Faizal Tahir and Friends’.

“Mungkin selepas ini bila program ini ditayangkan kelak, ada pihak yang terfikir untuk menggandingkan kami sekali lagi untuk mana-mana persembahan. Kalau boleh, saya tidak mahu gandingan kami ini berakhir di sini saja,” kata Faizal yang ditemui pada rakaman program tersebut di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, baru-baru ini.

Faizal membuka tirai Akustika Raya dengan mendendangkan lagu medley Cuba dan Sampai Syurga diikuti persembahan duetnya bersama Aizat menerusi lagu Arjuna.

Faizal kemudiannya meneruskan persembahan dengan lagu Bencinta sebelum menyampaikan lagu Warisan Wanita Terakhir bersama Noh dan Lan. Keempat-empat penyanyi ini kemudiannya mempersembahkan lagu Hey Jude.

Faizal sekali lagi tampil secara solo dengan membawakan lagu Raikan Cinta dan With Or Without You, sebelum melabuhkan tirai dengan sebuah lagu raya berjudul Cahaya Aidilfitri bersama Noh, Aizat dan Lan.

Menurut penerbit program, Khalijah Mohamed atau Kelly, idea untuk menggandingkan empat artis ini di dalam sebuah program tercetus setelah melihat sambutan ramai terhadap persembahan Faizal dan Aizat ketika mereka berduet di Konsert Inspirasi TV3 tidak lama dulu.

Image Hosted by ImageShack.us

Faizal akui teruja dapat bergandingan dengan Aizat, Noh dan Lan di dalam sebuah program sama

Namun, kali ini, Noh dan Lan turut diundang sama.

“Pada awalnya, memang kami ingin namakan program ini ‘Faizal Tahir and Friends’. Tetapi kami rasa ingin berikan kelainan sedikit dan sebab itu kami tampil dengan Akustika Raya dan dibuat dalam versi ‘unplugged’.

“Bagi saya, walaupun kita tonjolkan Faizal sebagai artis utama, tetapi kami tidak nafikan bahawa Aizat, Noh dan Lan juga ketika ini adalah artis-artis yang sedang ‘in’ dan sebab itu juga kami memilih mereka.

“Dan menariknya lagi, keempat-empat penyanyi ini boleh bermain gitar dengan baik dan dalam program ini, mereka akan menyanyi dan bermain gitar bersama.

“Rasanya, ini adalah satu-satunya program yang dapat menggabungkan keempat-empat artis ini dalam persembahan yang sama,” ujar Kelly.

Dalam perkembangan lain, Faizal sempat berbicara tentang jadual seninya yang cukup padat memenuhi undangan persembahan termasuklah program raya sejak tiga bulan lepas.

“Sejak jadi artis, saya tidak pernah sesibuk macam ni. Tapi saya bersyukur jadual saya sibuk sebelum Ramadan kerana kalau boleh, bulan puasa nanti saya hanya ingin fokus kepada kerja-kerja di studio dan bersama keluarga.

“Bagus juga sibuk di waktu sekarang untuk tambahkan pendapatan sebelum Ramadan. Sekurang-kurangnya, bulan puasa tu saya boleh berehat sedikit dan lakukan perkara-perkara lain,” katanya yang masih di dalam proses pembikinan album keduanya.

Akustika Raya akan menemui penonton selama satu jam pada Hari Raya Pertama, jam 6.00 petang, di TV3.

Komen:
Macam pernah nampak jer baju biru tu tapi di mana yek. Kali kedua nampak ni.

Written by Langit Biru

Ogos 13, 2009 pada 12:41 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: