Langit Biru

Semua orang sudah tahu

KBS Music Bank pada 7 Ogos 2009

leave a comment »

Music Bank pada minggu lepas memang menarik. Kali ini twitter mereka telah dikemaskini dengan banyak gambar penyanyi di belakang pentas. Rancangan muzik ini mewajibkan para penyanyi menyanyi secara langsung dan rancangan ini juga disiarkan secara langsung pada setiap hari Jumaat.

Image Hosted by ImageShack.us

MC Seo Hyo-Rim dan Song Joong-Ki

Mereka ialah pengacara baru untuk Music Bank bermula pada minggu ini. Kedua-duanya juga ialah pelakon. Pengacara lelaki telah membuat penampilan istimewa dengan menjadi penari latar untuk persembahan kumpulan 4minute.

Mari kita lihat antara penyanyi yang membuat persembahan pada minggu lepas.

Image Hosted by ImageShack.us

2NE1

Kasut-kasut 2NE1 yang menarik!

Tahniah kepada kumpulan 2NE1 yang telah menjadi juara untuk kali keempat dalam rancangan ini. Saya suka tengok pakaian mereka. Mereka mempunyai gaya yang menarik.
Lihat : Persembahan 2NE1 – I Don’t Care

Image Hosted by ImageShack.us

DNT

Mereka ini baru lagi tapi persembahan mereka bagus. Tarian menarik dan seragam cuma masa menyanyi je macam penat sikit.
Lihat : DNT – Crazily Pretty

Image Hosted by ImageShack.us

Drunken Tiger

Image Hosted by ImageShack.us

Tiger JK dan Tasha

Apa lah yang Tiger JK cuba lakukan. Oh, dia ingin menggosok seluar. Comelnya, Tiger JK dan isterinya Tasha yang turut muncul dalam persembahan suaminya. Mereka berdua ialah pasangan hip hop terkenal di Korea.
Lihat : Drunken Tiger – True Romance

Image Hosted by ImageShack.us

Seung-yeon dan Ji-young dari KARA

Image Hosted by ImageShack.us

Gyu-Ri dari KARA

Kumpulan KARA yang comel. Mereka sedang membuat promosi untuk lagu terbaru mereka dan minggu ini mereka mengadakan persembahan dengan Brown Eyed Girls. Untuk persembahan kedua, ia telah dirakamkan awal terlebih dahulu. Cuba tengok baju mereka.
Lihat : Brown Eyed Girls & KARA – How & Honey dan KARA – Wanna

Image Hosted by ImageShack.us

Hongki dari FT Island

Vokalis utama untuk kumpulan FT Island. Rambut oren yang menarik perhatian. Suara dia pun memang sedap.
Lihat : FT Island – I Hope

Image Hosted by ImageShack.us

MC Mong dan Lee Su Geun

MC Mong dan Lee Su Geun bergurau di belakang pentas. Mereka berdua juga terlibat dalam rancangan KBS ‘1 Night 2 Days’. Mereka menyanyikan lagu dari album masing-masing.
Lihat : MC Mong – Indian Boy

Lihat : Lee Su Geun – Happy Song

Lee Min Woo (M)

MinWoo yang comel. Lagu ini juga sesuai untuk musim panas dan tarian yang ceria sekali. Kedengaran peminat menjerit nama Lee Min Woo.

Lihat : Lee Min Woo – Summer Time

Written by Langit Biru

Ogos 13, 2009 pada 9:03 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: