Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu ketiga Ogos 2009

leave a comment »

Minggu ini saingan hebat sekali antara kumpulan wanita. Tetapi, kumpulan 2NE1 tetap unggul menjuarai untuk minggu yang ketiga. Banyak saingan daripada kumpulan wanita yang memberi persembahan berbeza tetapi tetap menarik. Tetapi untuk penyanyi lelaki juga tidak kurang hebatnya.

Musim panas di Korea menyebabkan banyak konsert dan acara dilakukan. Oleh itu para penyanyi berusaha untuk menghiburkan para peminat.

Image Hosted by ImageShack.us

Minggu ini saya akan memperkenalkan kumpulan Brown Eyed Girls. Kumpulan ini terkenal kerana vokal dan rapping mereka. Untuk album mereka terbaru mereka kembali dengan imej yang lebih matang dan seksi. Lihat sahaja dalam video muzik mereka.

Kedudukan carta K-Pop untuk minggu ketiga Ogos 2009.

1. 2NE1 – I Don’t Care
Genre
: Hip-hop / R&B
Muzik + Lirik: Teddy + Kush
Album: Trek 2 – Album Mini pertama 2NE1
Lihat: Video Muzik
Komen: Kumpulan perempuan baru yang pantas meningkat naik kini kembali dengan lagu I Don’t Care dari album mini pertama mereka. Lagu ug ini telah menjadi juara mingguan untuk beberapa carta muzik di Korea pada minggu ini serta mencatatkan jualan album yang tinggi. Lagu yang dicipta bersama oleh Teddy dan Kush dari Stonyskunk. Lagu ini mempunyai sentuhan melodi reggae, pop dan R&B berbanding dengan lagu sebelumnya yang mempunyai irama yang pantas. Peminat dapat menyaksikan sisi yang lain kumpulan 2NE1.

2. FT Island – 바래 (I Hope)
Genre
: Rock
Muzik: Kim Do Hoon, Kim Se Jin / Lirik: Kim Do Hoon, Han Sung Ho
Album: Trek 2 – FT Island Vol. 3 Cross & Change
Lihat: Video Muzik
Komen: Pencabar baru untuk minggu ini, mereka kembali dengan album baru dan dengan lagu I Hope berada di kedudukan ketiga. Seperti judul album baru mereka, FT Island telah mengalami perubahan. Jika album sebelum ini mempunyai lagu yang berunsurkan balada rock, kali ini lebih kepada yang berunsurkan lagu yang ceria. Lagu I Hope ialah gabungan rock eletronik dan mempunyai melodi yang kuat serta rapping. Ditulis oleh penulis lagu terkenal Kim Do Hoon.

3. Brown Eyed Girls – Abracadabra
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Hitchhiker, Lee Min Soo / Lirik: Kim Lee Na, Miryo
Album: Trek 2 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G
Lihat: Video Muzik
Komen:Selepas pencapaian yang membanggakan pada tahun 2008 yang menyaksikan mereka menjadi salah satu kumpulan wanita utama di Korea, Brown Eyed Girls kini kembali dengan album baru berjudul “Sound G”. Mereka mempersembahkan lagu lagu yang yang berentak rancak dengan penuh perasaan dan tenaga.”Sound G” yang bertema sekitar imej dan emosi wanita yang tinggal di bandar. Tajuk lagu yang berjudul “Abracadabra” dicipta oleh Jinu dari kumpulan Rollercoaster dan Lee Min Soo. Lagu ini yang berentak pop elektronik beserta dengan persembahan bertenaga ahli kumpulan dan juga tarian yang kini menjadi sebutan ramai.

4. MC Mong (feat. Jang Geun Ee, B.I) – 인디언 보이 (Indian Boy)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: MC Mong
Album: Trek 2 – MC Mong Vol. 5 “Humanimal”
Lihat: Video Muzik
Komen: Raja hip hop arus perdana MC Mong kembali dengan album kelima berjudul “Humanimal”. Dengan lagu yang bertajuk “Indian Boy” telah menempatkan di dalam carta minggu ini. Lagu ini yang ditulis sendiri oleh MC Mong dan menampilkan kawan baiknya Jang Geun Ee serta B.I.

5. Girls’ Generation – 소원을 말해 봐 (Tell Me Your Wish, Genie)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini kedua Genie
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini telah jatuh ke tempat kedua. Lagu ini dari album mini yang kedua. Dicipta oleh komposer terkenal Yoo Young Jin, Yoo Han Jin serta komposer Eropah iaitu ‘Dsign Music’. Lagu yang rancak ini membawa maksud gembira dan sesuai untuk didengar ketika rasa sedih atau pun sibuk.

6. 4minute – Hot Issue
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 Single Digital “Hot Issue”
Lihat: Video Muzik
Komen: Kumpulan ini menampilkan Kim Hyun Ah sebagai rapper, bersama dengan Nam Ji Hyun, Heo Ga Yoon, Jeon Ji Yoon dan Kwon So Hyun. Mereka berumur lingkungan 14 – 18 tahun. 4minute membawa fesyen unik di pentas dan muzik yang berunsurkan hip hop serta tarian yang rancak.

7. Outsider – 외톨이 (Loner)
Genre
: Hip-hop
Muzik: Big Boy, MC Sniper / Lirik: Outsider
Album: Trek 5 – Vol. 2 Maestro
Lihat: Video Muzik
Komen: Ditulis oleh Big Boy dan MC Sniper. Tidak hairanlah jika gaya MC Sniper dapat dilihat dalam lagu ini. Terkenal sebagai rapper yang paling pantas sekali di Korea, dia membuktikan di dalam lagu ini. Dengan menampilkan 14 ahli orkestra yang memang memberi kelainan kepada lagu hip-hop. Lagu Loner boleh dikatakan lagu popular yang mengejutkan untuk tahun 2009. Rapping yang pantas seperti peluru serta gaya yang teliti dan sensasi mencipta gaya yang unik.

8. Cool – 보고 보고 (To Look To Look)
Genre
: Pop
Muzik: Yoon Il Sang / Lirik: Lee Seung Ho
Album: Trek 1 – Cool Vol. 11
Lihat: Video Muzik
Komen: Setelah sekian lama, musim panas dalam dunia K-Pop tidak akan dikira lengkap jika tiada lagu popular dari COOL. Tahun ini 2009, tiada pengecualian untuk kumpulan yang tidak dimamah usia untuk kembali dengan album kesebelas mereka. Tajuk lagu yang berjudul “To Look To Look” menjadi lagu mereka yang terbaru untuk menduduki carta pada minggu ini. “To Look To Look” ialah lagu yang sesuai untuk musim panas yang mempunyai lirik yang comel dapat memikat hati pendengar. Gabungan Yoon Il Sang dan Lee Seung Ho yang juga mencipta lagu kumpulan ini yang lepas mengambil bahagian untuk kali ini.

9. Kara – Wanna
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Han Jae Ho + Kim Seung Soo / Lirik: Song Soo Yoon
Album: Trek 2 – Vol. 2 Revolution
Lihat: Video Muzik
Komen: Setelah mempunyai dua lagu popular pada awal tahun ini, mereka kembali dengan album kedua mereka. Tajuk lagu yang berjudul “Wanna” terus menjadi hit dalam carta. Lagu ini yang dihasilkan bersama oleh Han Jae Ho dan Kim Seung Soom merupakan trek dance pop dengan irama dan bunyi yang bertenaga. Ia juga mempunyai korus yang menarik. Kara tampil dengan imej yang lebih matang pada kali ini.

10. Lee Seung Gi (feat. Bizniz) – 결혼해줄래 (Will You Marry Me)
Genre
: Pop Ballad
Album: Trek 1 – Single Digital “Will You Marry Me”
Lihat: Video Muzik
Komen: Kembali ke dalam carta, Lee Seung Gi kembali dengan lagu “Will You Marry Me”. Lagu balada ini dicipta oleh komposer Kim Do Hoon, dengan lirik yang mengisahkan seseorang yang ingin hidup bahagia dengan insan tersayang dan juga anak. Video muzik ini diambil dari sedutan drama Lee Seung Gi iaitu “Brilliant Legacy”. Setakat ini dia belum lagi membuat persembahan untuk lagu ini.

Written by Langit Biru

Ogos 18, 2009 pada 10:21 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: