Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Siti, Faizal saling mengagumi

leave a comment »

Isnin Ogos 17, 2009 (mStar Online)
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

VOKAL mantap penyanyi Faizal Tahir, 31 bukan sahaja dikagumi oleh ramai pendengar malah turut menarik perhatian penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 30.

Image Hosted by ImageShack.us

'Lentera Aidilfitri Dato' Siti' akan disiarkan pada Hari Raya kedua, pukul 4 petang di Astro Ria. -foto The Star oleh CHAN TAK KONG

Atas kekaguman itu, wanita yang selesa disapa Siti ini menjemput Faizal untuk menjayakan rakaman program ‘Lentera Aidilfitri Dato’ Siti’ sempena Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selain Faizal, Siti turut mengundang pelawak, pelakon, pengarah dan penyanyi Saiful Apek.

Bagi Siti, dia tiada masalah untuk bekerjasama dengan lelaki yang popular dengan panggilan Apek itu memandangkan mereka telah bekerjasama sejak lima tahun lalu. Malahan Siti juga mengakui yang dia juga tiada masalah untuk bekerjasama dengan Faizal pada masa akan datang.

Siti dan Faizal juga dilihat mempunyai ‘chemistry’ yang baik ketika mempersembahkan lagu ‘Lucky’, medley ‘Mahakarya Cinta’ dan ‘Dialah Dihati’ secara duet serta ‘Suratan Atau Kebetulan’ dan ‘Menjelang Hari Raya’ yang dinyanyikan secara trio bersama Apek. Sehinggakan dalam sidang media yang berlangsung itu, Siti dan Faizal bagaikan saling memuji dan mengagumi antara satu sama lain.

“Alhamdulillah, saya terkejut masa diberitahu saya dijemput untuk menyanyikan beberapa buah lagu untuk program dia (Siti).

Image Hosted by ImageShack.us

Siti ketika berduet lagu 'Mahakarya Cinta' dan 'Dialah Di Hati' dengan Faizal Tahir.

“Tetapi selepas saya dapat tahu dapat berduet dengan dia, lagi saya terkejut. “Menjadi Faizal Tahir mesti ada rasa ‘nervous’ dan gementar kerana tak percaya dapat berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza.

“Saya harap Siti tak serik untuk mengambil saya berduet lagi. Syukur alhamdulillah, hati saya lebih kecil. “Saya rasa tak terfikir untuk berduet dengan Siti kerana saya rasa diri saya ‘rendah’ daripadanya,” jawab Faizal.

Faizal tanpa berselindung terlebih dahulu mengakui dia memang meminati vokal dan nyanyian Siti sejak penyanyi ini popular dengan lagu ‘Jerat Percintaan’ lagi. “Sebelum ini, saya kagumi karier Siti dan saya masih ingat lagi waktu itu tahun 1995 saya meminatinya masa dia popular dengan lagu ‘Jerat Percintaan’. Saya memang suka..,” luah penyanyi yang terkenal dengan gelaran ‘Superman’ ini.

Selepas itu, Siti menyambut kenyataan Faizal dengan ucapan ‘terima kasih’. “Memang tinggi sangat pujian dia tu tapi saya hanya buat semampunya. ‘Feel’ datang ikut kemampuan,” jawab Siti mengenai pujian bapa kepada tiga orang anak ini.

Siti pula membalas pujian itu dengan pujian jua dengan melabelkan Faizal seorang penyanyi yang mampu bertahan lama lebih-lebih lagi mendapat lagu yang hebat.

Image Hosted by ImageShack.us

Siti, Faizal dan Apek turut berpadu suara ketika menyanyikan lagu 'Suratan Atau Kebetulan'.

“Saya memang menyukai lagu ‘Mahakarya Cinta’ dan ‘Sampai Syurga’. Tak semua orang boleh menyanyikan lagu yang hebat dengan bakat yang ada. “Itu yang membuatkan seseorang itu boleh bertahan,” kata Siti.

Kemudian, Faizal yang turut mempersembahkan lagu ‘Bencinta’ secara solo kembali mengucapkan terima kasih kepada Siti. Dalam pada itu, Apek pula menganggap penglibatannya dalam persembahan itu sebagai suatu langkah untuk lebih serius dalam bidang nyanyian.

“Saya tak pernah tolak pelawaan Siti untuk bekerjasama dengannya,” ujarnya yang turut mendendangkan lagu ‘Engkau Laksana Bulan’ secara solo.

Setuju konsep glamor

Selain mendendangkan lagu duet dan trio dengan penyanyi jemputan, Siti turut menyanyikan lagu ‘Ku Mahu’, ‘Pastikan’, medley ‘Apa Guna Berjanji & Bosanova’, ‘Cintamu’ dan ‘Di Taman Teman’ secara solo. Dengan konsep glamor dari segi hiasan pentas dan penampilan Siti, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini berkata dia hanya menurut perintah pihak Astro selaku penerbit program itu.

“Konsep glamor ini memang ditentukan oleh pihak Astro di mana mereka memang inginkan saya mengenakan sut dan tali leher.

Image Hosted by ImageShack.us

Selain menyanyi, mereka turut berbual sesama sendiri.

“Kami hanya menurut perintah dan mengikut lagu yang dipilih. Saya tak rasa ia menjadi halangan untuk penonton kerana sebelum ini saya sudah tonjolkan konsep kemelayuan. “Jadi, kali ini Astro inginkan suatu yang berbeza untuk dipertontonkan,” jelas Siti mengenai pemilihan konsep itu.

Selain program ini, Siti juga berkata dia telah menjayakan rakaman program ‘Jangan Lupa Lirik’ khas untuk Raya.

Majlis doa selamat rai ulang tahun perkahwinan ke-3

Mengulas mengenai ulang tahun perkahwinannya yang ke-3 pada 21 Ogos ini, Siti berkata dia dan suami akan membuat majlis doa selamat kerana pada esoknya sudah bulan puasa.  Siti juga menganggap usia perkahwinannya selama tiga tahun ini berjalan begitu pantas.

“Alhamdulillah, masa terlalu sekejap. Kami semakin memahami karektor masing-masing dan rumah tangga berjalan dengan baik,” katanya sambil tersenyum namun dalam masa yang sama berasa sedih kerana akan menyambut Ramadhan tanpa ayahanda tersayang, Tarudin Ismail.  Siti turut memberitahu yang dia dan suami akan menjalani ibadah puasa selama seminggu di Melbourne, Australia kerana menghantar anak ke-3 belajar di sana dan sekali-sekala akan pulang berbuka puasa bersama ibunda tercinta, Siti Salmah Bachik di Kuala Lipis, Pahang.

Komen:
Tak suka tengok Faizal pakai kot macam tu. Kena tanda kat kalendar ni.

Written by Langit Biru

Ogos 18, 2009 pada 4:15 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: