Langit Biru

Semua orang sudah tahu

AirAsia Berhad Taja Raihan Ke London

leave a comment »

25-Aug-2009 | Oleh: Haswari Ali
murai.com.my

KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2009: Keputusan syarikat penerbangan tambah murah ternama AirAsia Berhad menaja kos pembiayaan Raihan untuk mengadakan konsert di London penghujung September depan, berjaya menutup segala gosip bahawa kumpulan itu akan dibubarkan.

Image Hosted by ImageShack.us

Pengumuman tajaan itu dibuat sendiri oleh pihak AirAsia ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Emas & Media di Hotel Le Meridien, di sini semalam.

Salah seorang anggota Raihan, Abu Bakar Mat Yatim, berkata pihaknya amat berbesar hati dengan tajaan pihak AirAsia itu sebagai menunjukkan sokongan yang tidak berbelah kepada kumpulan muzik nasyid tempatan seperti mereka.

Abu Bakar berkata, dengan adanya sokongan daripada pihak AirAsia itu, mereka berharap semoga ada lebih ramai pihak penaja di luar sana yang tidak keberatan menghulurkan bantuan ikhlas kepada Raihan mahupun kumpulan nasyid lain.

“Sebenarnya Raihan belum berpecah. Malah kami masih menerima jemputan mengadakan persembahan di dalam dan luar negara. Kami sangat terharu kerana penganjur di luar negara lebih menghargai lagu nasyid kita sebagai satu cabang seni antarabangsa.

“Namun yang sering terjadi, undangan membuat persembahan di luar negara kadangkala terpaksa dilepaskan kerana kami ketiadaan penaja. Sedangkan di luar negara, kumpulan nasyid mereka mendapat sokongan padu daripada pihak kerajaan masing-masing.

“Keadaan ini mungkin kerana semua pihak lebih memberikan tumpuan kepada muzik pop dan menyangka Raihan sudah dibubarkan. Kami masih wujud, cuma keterbatasan menyebabkan Raihan makin tenggelam,” katanya kepada murai.com.my.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes, berkata pihaknya sangat berbesar hati menerbangkan Raihan ke London tidak lama lagi kerana kebetulan AirAsia X juga sudah beroperasi secara terus antara sektor KL-London.

Beliau berkata, beliau mengambil keputusan untuk memberikan sokongan kepada Raihan selepas mendapat emel daripada kumpulan itu selain sedar Raihan bukan satu nama yang kecil dalam dunia nasyid.

“Ini bukanlah kali pertama AirAsia menyokong kerjaya seni Raihan dan kami melihat potensi yang besar ada pada Raihan. Dunia kita telah menjadi semakin kecil malah dengan adanya teknologi internet, segala-galanya semakin mudah. Begitu juga dengan muzik kerana kami tahu muzik tidak akan mati.

“Dengan kerjasama bersama Raihan dan beberapa orang artis tempatan sebelum ini, AirAsia bercadang pada 2010 nanti kami akan menjejalah ke dunia muzik pula yang sudah menjadi latar belakang saya sebelum ini,” katanya yang bertanggungjawab membantu Raihan sejak awal lagi iaitu ketika menjawat jawatan penting dalam Warner Music Malaysia.

Tony menambah, selain Raihan, pihaknya pernah bekerjasama bersama-sama Noryn Aziz dan Joe Flizzow dengan menerbangkan mereka ke United Kingdom (UK) tidak lama dulu yang nyata memperlihatkan sambutan hebat daripada peminat muzik di sana.

Beliau juga berkata, menerusi label AirAsia Records yang akan dilancarkan, pihaknya sudah mempunyai perancangan tersendiri termasuk melebarkan empayar muzik tempatan ke Indonesia, Hong Kong serta Thailand, selain kerjasama bersepadu bersama beberapa syarikat rakaman seperti Warner Music Malaysia.

“Kami perlu bersikap selektif dengan barisan artis yang akan bekerjasama dengan kami kerana apa yang kami pentingkan ialah kualiti bukannya kuantiti,” katanya.

Raihan duet lagu raya dengan Hujan!

Satu perkembangan yang menarik telah berlaku kepada Raihan apabila mereka akan berkolaborasi dengan band indie popular iaitu Hujan dalam menghasilkan sebuah lagu hari raya Aidilfitri. Lagu itu berjudul Salam Aidilfitri Ayah Dan Bonda.

Kata Che’ Am pula, kolaborasi itu sungguh menarik kerana mereka percaya ada muzik nasyid boleh diteroka tanpa batasan, asalkan ia mampu memberikan hasil yang kreatif dan memuaskan.

Hakikatnya, walaupun bekas vokalis utama Raihan, Nazrey, telah membawa haluan solo, mereka tetap akan bersemangat meneruskan perjuangan Raihan kerana sudah bersetuju memberikan komitmen sejak 13 tahun lalu.

“Kami harap peminat akan terus menyokong Raihan dan kami amat menghargai sokongan itu,” kata Che’ Am.

Pada majlis itu mereka juga menghiburkan tetamu dengan lagu bertemakan puasa dan ketuhanan termasuk secara acapella. Turut hadir rakan artis seperti Tam Suhaimi, Fizo Omar, Kamal Adli, Zulfazli Suhadi, Fara Fauzana dan Intan Ladyana.

Pada majlis itu juga pihak pengurusan AirAsia telah berbesar hati menghulurkan duit raya kepada warga emas serta tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi. Hadir sama, pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar serta Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Kamarudin Meranun, serta PA mereka yang cukup dikenali pihak media, Edd Razhe.


Komen:
Saya suka muzik Raihan. Tak sabar nak dengar lagu duet dengan Hujan. Teringat bila Raihan datang ke Hot FM. Gembira betul Fara Fauzana.

Written by Langit Biru

Ogos 26, 2009 pada 9:26 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: