Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Video muzik Mawi terbaru Sujud

leave a comment »

Akhirnya setelah lagu ‘Sujud’ dan album baru Mawi berada di pasaran untuk beberapa ketika. Video muzik ini telah menyusul. Lamanya juga tunggu. Saya ingat semasa lagu ini telah ada, saya mencari video muzik lagu ini tapi tiada.

Kenapa tak buat sekali terus. Tapi ini memang saya perasan budaya industri tempatan. Lagu dah lama di radio baru nak buat atau keluarkan video muzik. Sepatutnya benda ini berlaku serentak.

Video muzik ini kali pertama disiarkan pada 14 Ogos 2009 melalui Tayangan Perdana Video Muzik Astro di Astro Ria. Pada pendapat saya, ia juga patut disiarkan di laman web rasmi Astro atau murai.com.my sebagai langkah pemasaran. Sekurang-kurangnya mereka yang tidak mempunyai Astro akan dapat menonton melalui laman web. Tapi nasib baik ada Youtube.

Lagu ini yang dicipta oleh Edry KRU berunsurkan nasyid moden ini dan video muzik diterbitkan secara usaha sama di antara AESB dan KRU.

“Bersesuaian dengan lirik berkonsepkan ketuhanan, Sujud banyak memberi fokus kepada keindahan alam, keluasan langit bagai tanpa garisan penghujung dan menggambarkan kerendahan hati manusia kepada Allah yang Maha Esa”.

Lokasi penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Litar Sepang. Teknik penggambaran menarik. Kira satu pembaharuan tapi mungkin telah ada dalam video muzik tempatan yang lain.

Saksikan video muzik ini.

Sukanya saya melihat adik beradik KRU di dalam video muzik. Mungkin sebab saya terlalu taksub mengikuti perkembangan muzik di Korea di mana saya ingin melihat ia diaplikasikan di Malaysia.

Written by Langit Biru

Ogos 27, 2009 pada 9:09 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: