Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu keempat Ogos 2009

leave a comment »

Minggu ini saya lambat sikit nak buat kemaskini carta K-Pop atau lagu Korea yang sedang popular buat masa ini.

Minggu lepas carta dikuasai oleh kumpulan perempuan dan kali ini mempunyai juara baru. Semua lagu rancak yang berada di dalam carta dan mereka mempunyai keistimewaan tersendiri. Lihat sahajalah persembahan mereka yang dilakukan hampir setiap minggu untuk mempromosikan album mereka.

Ini ialah penyanyi MC Mong telah mengeluarkan lima album setakat ini dan merupakan antara mereka yang popular di sana. Dia bukan sahaja boleh menyanyi hip hop, malahan menulis  lirik dan mencipta lagu.

1. Brown Eyed Girls – Abracadabra
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Hitchhiker, Lee Min Soo / Lirik: Kim Lee Na, Miryo
Album: Trek 2 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G
Lihat: Persembahan
Komen: Brown Eyed Girls menjadi juara carta dengan lagu ini, kembali mengekalkan kedudukan mereka sebagai salah satu kumpulan wanita yang berjaya walaupun mengalami saingan yang hebat. Mereka mempersembahkan lagu lagu yang yang berentak rancak dengan penuh perasaan dan tenaga.Tajuk lagu yang berjudul “Abracadabra” dicipta oleh Jinu dari kumpulan Rollercoaster dan Lee Min Soo. Lagu ini yang berentak pop elektronik beserta dengan persembahan bertenaga ahli kumpulan dan juga tarian yang kini menjadi sebutan ramai.

2. MC Mong (feat. Jang Geun Ee, B.I) – 인디언 보이 (Indian Boy)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: MC Mong
Album: Trek 2 – MC Mong Vol. 5 “Humanimal”
Lihat: Persembahan
Komen: Raja hip hop arus perdana MC Mong kembali dengan album kelima berjudul “Humanimal”. Dengan lagu yang bertajuk “Indian Boy” telah menempatkan di dalam carta minggu ini. Lagu ini yang ditulis sendiri oleh MC Mong dan menampilkan kawan baiknya Jang Geun Ee serta B.I.

3. FT Island – 바래 (I Hope)
Genre
: Rock
Muzik: Kim Do Hoon, Kim Se Jin / Lirik: Kim Do Hoon, Han Sung Ho
Album: Trek 2 – FT Island Vol. 3 Cross & Change
Lihat: Persembahan
Komen: Disebabkan persaingan yang hebat lagu ini telah jatuh ke tempat ketiga. Seperti judul album baru mereka, FT Island telah mengalami perubahan. Jika album sebelum ini mempunyai lagu yang berunsurkan balada rock, kali ini lebih kepada yang berunsurkan lagu yang ceria. Lagu I Hope ialah gabungan rock eletronik dan mempunyai melodi yang kuat serta rapping. Ditulis oleh penulis lagu terkenal Kim Do Hoon.

4. Kara – Wanna
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Han Jae Ho + Kim Seung Soo / Lirik: Song Soo Yoon
Album: Trek 2 – Vol. 2 Revolution
Lihat: Persembahan
Komen: Setelah mempunyai dua lagu popular pada awal tahun ini, mereka kembali dengan album kedua mereka. Tajuk lagu yang berjudul “Wanna” terus menjadi hit dalam carta. Lagu ini yang dihasilkan bersama oleh Han Jae Ho dan Kim Seung Soom merupakan trek dance pop dengan irama dan bunyi yang bertenaga. Ia juga mempunyai korus yang menarik. Kara tampil dengan imej yang lebih matang pada kali ini.

4. 2NE1 – I Don’t Care
Genre
: Hip-hop / R&B
Muzik + Lirik: Teddy + Kush
Album: Trek 2 – Album Mini pertama 2NE1
Lihat: Persembahan
Komen: Ini ialah lagu utama dari album mini pertama 2NE1. Lagu yang dicipta bersama oleh Teddy dan Kush dari Stonyskunk. Lagu ini mempunyai sentuhan melodi reggae, pop dan R&B berbanding dengan lagu sebelumnya yang mempunyai irama yang pantas. Peminat dapat menyaksikan sisi yang lain kumpulan 2NE1.

6. T-Ara – 거짓말 (Lie)
Genre
: Pop
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Ahn Young Min
Album: Trek 1 – Single Digital “Lie”
Lihat: Persembahan
Komen: Tahun ini dalam K-Pop kita dapat menyaksikan persaingan paling hebat bagi kumpulan perempuan yang membuat penampilan pertama. 2NE1, 4 minute, After School telah memberi impak utama kepada pendengar, sekarang kumpulan keempat yang akan memberi saingan. Mereka ialah kumpulan T-Ara terdiri daripada enam ahli. Lagu debut mereka “Lies” telah melonjak ke tangga ke enam. “Lies” dicipta oleh Cho Young Soo iaitu komposer terkenal Korea, di mana lagu ini yang membuatkan para pendengar mahukan lagi. Terdapat dua versi lagu ini iaitu berentak balada dan rancak. Versi rancak mempunyai perasaan ‘bokgo’ dan bunyi elektronik bereza dengan versi balada yang mempunyai lebih bunyi akustik.

7. Girls’ Generation – 소원을 말해 봐 (Tell Me Your Wish, Genie)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini kedua Genie
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu ini dari album mini yang kedua. Dicipta oleh komposer terkenal Yoo Young Jin, Yoo Han Jin serta komposer Eropah iaitu ‘Dsign Music’. Lagu yang rancak ini membawa maksud gembira dan sesuai untuk didengar ketika rasa sedih atau pun sibuk.

8. 4minute – Hot Issue
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 Single Digital “Hot Issue”
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu ini dari single utama kumpulan 4minute. Kumpulan ini menampilkan Kim Hyun Ah sebagai rapper, bersama dengan Nam Ji Hyun, Heo Ga Yoon, Jeon Ji Yoon dan Kwon So Hyun. Mereka berumur lingkungan 14 – 18 tahun. 4minute membawa fesyen unik di pentas dan muzik yang berunsurkan hip hop serta tarian yang rancak.

9. Cool – 보고 보고 (To Look To Look)
Genre
: Pop
Muzik: Yoon Il Sang / Lirik: Lee Seung Ho
Album: Trek 1 – Cool Vol. 11
Lihat: Persembahan
Komen: Setelah sekian lama, musim panas dalam dunia K-Pop tidak akan dikira lengkap jika tiada lagu popular dari COOL. Tahun ini 2009, tiada pengecualian untuk kumpulan yang tidak dimamah usia untuk kembali dengan album kesebelas mereka. Tajuk lagu yang berjudul “To Look To Look” menjadi lagu mereka yang terbaru untuk menduduki carta pada minggu ini. “To Look To Look” ialah lagu yang sesuai untuk musim panas yang mempunyai lirik yang comel dapat memikat hati pendengar. Gabungan Yoon Il Sang dan Lee Seung Ho yang juga mencipta lagu kumpulan ini yang lepas mengambil bahagian untuk kali ini.

10. 2PM – 네가 밉다 (I Hate You)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Kim Chang Dae
Album: Trek 3 – Album Single kedua “2:00PM Time For Change”
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu ini terdapat dalam album single 2:00PM Time For Change” 2PM. Ia menggabungkan soul groove dan trend terkini dari U.S iaitu autotune. Lirik yang jujur mengenai perasaan lelaki terhadap wanita yang dicintai. Lagu ini menunjukkan penampilan yang lebih matang dari 2PM.

Written by Langit Biru

Ogos 28, 2009 pada 1:08 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: