Langit Biru

Semua orang sudah tahu

KRU Studios perjelas isu kontroversi ‘Enigmatic Malaysia’

with 2 comments

Jumaat Ogos 28, 2009 (mStar Online)

SIRI dokumentari ‘Enigmatic Malaysia’ terbitan KRU Studios dan diberikan hak penyiarannya kepada Discovery Channel di 21 buah negara telah menimbul kontroversi di kalangan media Indonesia baru-baru ini.

Salah faham itu tercetus kerana ‘promo’ yang disunting oleh pihak Discovery Networks Asia-Pacific untuk mempromosikan siri dokumentari tersebut yang turut menonjolkan gambar tarian Pendet (dari Bali, Indonesia) dan telah disalahertikan sebagai iklan mempromosi industri pelancongan Malaysia diperingkat antarabangsa.

Gambar tarian Pendet ini telah diperolehi oleh Discovery daripada pihak ketiga dan bukannya dari pihak KRU Studios sendiri.

“Pihak kami telah memaparkan sejenis tarian Jawa (bukan tarian Pendet) didalam salah satu siri dokumentari tersebut yang berjudul “Batik”.

“Segmen ini menceritakan asal-usul Batik yang dikatakan berasal dari kalangan keluarga Diraja Jawa beratus-ratus tahun dahulu sebelum melalui proses evolusi dan berubah menjadi Batik yang beridentitikan Malaysia.

“Sebagai ilustrasi kreatif, segmen ini telah dilakonkan semula dan turut menyelitkan tarian tersebut. Walaubagaimanapun, visual yang dipaparkan didalam ‘promo’ terbitan Discovery itu bukan dari visual arkib kami.

“Malah skop penceritaan juga adalah terjurus kepada pembuatan Batik dan bukannya berkenaan sebarang tarian,” kata Norman Abdul Halim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios.

Difahamkan, pihak Discovery telah menamatkan penyiaran ‘promo’ tersebut dan akan menggantikannya dengan ‘promo’ yang baru serta mengeluarkan gambar penari tarian Pendet yang telah mencetuskan kontroversi ini.

Pihak Discovery juga telah menggeluarkan kenyataan akhbar dan kekesalan mereka berkenaan isu ini.

Pihak KRU Studios juga telah membuat penjelasan berhubung perkara ini melalui satu temuramah siaran langsung di TV One, Indonesia pada 24 Ogos lalu bersama Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Indonesia, Bapak Jero Wacik dan kepada Duta Besar Republik Indonesia di Malaysia pada 25 Ogos.

KRU Studios berasa kesal kerana niat ikhlas mereka untuk menyatakan asal-usul Batik telah disalahertikan dan diekploitasikan menjadi isu sensitif didalam hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Indonesia.

Namun begitu, salah satu episod dokumentari “Enigmatic Malaysia” berjudul “Melakan Portuguese” telah memenangi salah satu anugerah di Bali International Film Festival tahun lalu.

Siri dokumentari “Enigmatic Malaysia” kini disiarkan secara eksklusif di Discovery Channel dan turut memaparkan judul-judul lain termasuk “Keris”, “Bajau Laut”, “Kellie’s Castle”, “Wau” dan “Melakan Portuguese”.

Written by Langit Biru

Ogos 28, 2009 pada 6:59 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. Saya sendiri orang dari Indonesia, permasalahannya sekarang mengapa beberapa media iklan malaya, menampilkan sisi dari Indonesia ?, saya sendiri tak menyalahkan kebudayaan dari malaya sendiri akan tetapi. Kita saling menghargai apakah budaya itu milik siapa.

    Rizal

    Ogos 28, 2009 at 10:14 pm

  2. Jangan cuba baling batu sembunyi tangan.
    Sekarang dah jadi isu nasional . Apa peranan KRU sekarang? Nak tukar kereta baru Ferari, Hammer, BMW lagi? Bangunan baru Kerajaan dah buatkan di Cyberjaya. Nama company dah berkali-kali tukar.
    Peminpin2 sibuk ulang alik ke Jakarta untuk memulihkan keaadaan. Itu semua duit rakyat! Cuba le fikir sikit!

    ilham

    Oktober 13, 2009 at 12:18 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: