Terkini dari Twitter JYP #4
Jika pada minggu lepas, JYP jarang mengemaskinikan Twitternya, minggu ini banyak kemas kini daripada dia.
Dia amat sibuk. Pulang sebentar ke Korea untuk menyiapkan album 2PM dan terbang kembali ke Amerika Syarikat untuk bersama Wonder Girls. Gambar-gambar berikut dari twitter-nya.
Nak tau apa lagi yang dia buat.
24 Ogos 2009
Di Korea, bersama dengan Nick Khun. Hanya dengan memberi makanan, maka semua kerja akan selesai. Nick Khun nampak comel.
26 Ogos 2009
Pada pukul 3 pagi sebenarnya, dia padam twit dia, kemudian memberi yang baru. JYP dan Rain bersama. Tapi ye lah merokok tidak baik untuk kesihatan. Mungkin mereka ingin berehat selepas penat bekerja.
27 Ogos 2009
Penerbangan dari Korea ke Amerika mengambil masa selama 14 jam. JYP memang bijak menghabiskan masa. Bilakah masa dia berehat pun saya tak tau. Lihatlah sambutan yang diberikan kepada JYP oleh Wonder Girls sebaik tiba sahaja di US. Saya pasti mereka berada di belakang pentas di stadium sebelum membuat persembahan.
30 Ogos 2009
Akhir sekali, mereka berada di Montreal, Canada. Sebab itu terdapat t-shirt yang diberikan kepada peminat dalam bahasa Perancis. Dia memakai t-shirt pemberian dari peminat. I-Pod JYP berwarna putih. Jarang saya nampak orang memakai model tersebut.
Tinggalkan Jawapan