Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Danny Ahn bertepuk sebelah tangan

leave a comment »

Image Hosted by ImageShack.us

Ahli kumpulan god, Danny Ahn membuat pengakuan bahawa dia pernah jatuh hati terhadap Eugene dari kumpulan S.E.S.

Memang saya tak sangka betul lah, pengakuan dari Danny. Pengakuan dari Danny Ahn ini berlaku sewaktu sesi rakaman untuk program bual bicara MBC Come To Play edisi khas untuk kumpulan god.

Salah seorang ahli iaitu Kim Tae Woo juga memberitahu, “Pada masa itu, Danny hyung akan berkata, ‘Saya pasti akan keluar dengan Eugene! Saya akan dapatkan dia!”, yang mana menimbulkan suasana gelak ketawa di dalam studio. Saya dapat bayangkan bagaimana gaya dan nada Kim Tae Woo berkata.

Tambahan lagi, Kim Tae Woo yang baik dengan Eugene berkongsi lagi yang Eugene tidak menyangka bahawa Danny pernah menyukai dia. Sewaktu rakaman berlangsung, seseorang menyebut yang “Eugene tidak mempunyai teman lelaki buat masa ini,” dan ini menarik perhatian Danny dan air mukanya berubah gembira.

Saya tak sabar untuk melihat rancangan ini di Youtube. Harap-harap adalah insan yang baik hati untuk membuat terjemahan penuh. Edisi khas god di mana tiga orang ahli god iaitu Danny Ahn, Son Ho Young dan Kim Tae Woo bersama di dalam satu rancangan. Memang saya suka lah.

Sebelum itu mari lihat, sedutan rancangan ini dimana mereka bertiga ada.

Written by Langit Biru

September 1, 2009 pada 9:02 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: