Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu kelima Ogos 2009

leave a comment »

Minggu terakhir untuk bulan Ogos. Kumpulan perempuan masih unggul di dalam carta. Bila lah penyanyi lelaki akan menguasai pula. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Tapi takpe, mari kita lihat video muzik pada minggu ini.


Minggu ini saya menampilkan kumpulan KARA. Dengan imej dan lagu yang ceria mereka telah mendapat tempat di hati peminat. Saya suka dengan kumpulan ini sebab lagu mereka rancak dan sesuai untuk didengari.

Carta K-Pop untuk minggu kelima Ogos 2009

1. Brown Eyed Girls – Abracadabra
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Hitchhiker, Lee Min Soo / Lirik: Kim Lee Na, Miryo
Album: Trek 2 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G
Lihat: Video Muzik
Komen: Brown Eyed Girls kekal di tempat pertama untuk minggu kedua. Mereka berempat telah mencapai kejayaan setelah beralih kepada lagu yang lebih rancak. “Abracadabra” dicipta oleh Jinu dari kumpulan Rollercoaster dan Lee Min Soo. Lagu ini yang berentak pop elektronik beserta dengan persembahan bertenaga ahli kumpulan dan juga tarian yang kini menjadi sebutan ramai.

2. MC Mong (feat. Jang Geun Ee, B.I) – 인디언 보이 (Indian Boy)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: MC Mong
Album: Trek 2 – MC Mong Vol. 5 “Humanimal”
Lihat: Video Muzik
Komen: Raja hip hop arus perdana MC Mong kembali dengan album kelima berjudul “Humanimal”. Dengan lagu yang bertajuk “Indian Boy” telah menempatkan di dalam carta minggu ini. Lagu ini yang ditulis sendiri oleh MC Mong dan menampilkan kawan baiknya Jang Geun Ee serta B.I.

3. Kara – Wanna
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Han Jae Ho + Kim Seung Soo / Lirik: Song Soo Yoon
Album: Trek 2 – Vol. 2 Revolution
Lihat: Video Muzik
Komen: Setelah mempunyai dua lagu popular pada awal tahun ini, mereka kembali dengan album kedua mereka. Tajuk lagu yang berjudul “Wanna” terus menjadi hit dalam carta. Lagu ini yang dihasilkan bersama oleh Han Jae Ho dan Kim Seung Soom merupakan trek dance pop dengan irama dan bunyi yang bertenaga. Ia juga mempunyai korus yang menarik. Kara tampil dengan imej yang lebih matang pada kali ini.

4. FT Island – 바래 (I Hope)
Genre
: Rock
Muzik: Kim Do Hoon, Kim Se Jin / Lirik: Kim Do Hoon, Han Sung Ho
Album: Trek 2 – FT Island Vol. 3 Cross & Change
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini berada di tempat keempat pada minggu ini. Lagu ini dari album ketiga mereka yang berjudul “Cross And Change”. Seperti judul album baru mereka, FT Island telah mengalami perubahan. Jika album sebelum ini mempunyai lagu yang berunsurkan balada rock, kali ini lebih kepada yang berunsurkan lagu yang ceria. Lagu I Hope ialah gabungan rock eletronik dan mempunyai melodi yang kuat serta rapping.

5. T-Ara – 거짓말 (Lie)
Genre
: Pop
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Ahn Young Min
Album: Trek 1 – Single Digital “Lie”
Lihat: Video Muzik (Versi Musim Panas)
Komen: Satu lagi kumpulan perempuan baru yang berjaya ke kedudukan lima terbaik dengan lagu pertama mereka. Tahun ini dalam K-Pop kita dapat menyaksikan persaingan paling hebat bagi kumpulan perempuan yang membuat penampilan pertama. 2NE1, 4 minute, After School telah memberi impak utama kepada pendengar, sekarang kumpulan keempat yang akan memberi saingan. Mereka ialah kumpulan T-Ara terdiri daripada enam ahli. Lagu debut mereka “Lies” telah melonjak ke tangga ke enam. “Lies” dicipta oleh Cho Young Soo iaitu komposer terkenal Korea, di mana lagu ini yang membuatkan para pendengar mahukan lagi. Terdapat dua versi lagu ini iaitu berentak balada dan rancak. Versi rancak mempunyai perasaan ‘bokgo’ dan bunyi elektronik bereza dengan versi balada yang mempunyai lebih bunyi akustik.

6. 2NE1 – I Don’t Care
Genre
: Hip-hop / R&B
Muzik + Lirik: Teddy + Kush
Album: Trek 2 – Album Mini pertama 2NE1
Lihat: Video Muzik
Komen: Ini ialah lagu utama dari album mini pertama 2NE1. Lagu ini mempunyai sentuhan melodi reggae, pop dan R&B. Lagu yang dicipta bersama oleh Teddy dan Kush dari Stonyskunk. Melodi lagu yang menarik perhatian membuatkan lagu ini lebih menarik.

7. 4minute – Hot Issue
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 Single Digital “Hot Issue”
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini dari single utama kumpulan 4minute. Ini ialah lagu “hook” yang mempunyai irama funky dari tahun 1980-an dan ini membuatkannya berbeza dari lagu lain yang lebih kepada lirik yang mempunyai cerita. Tafsiran mengenai warna yang terang dalam lagu ini memberikan lebih unsur bergaya. Mempunyai melodi yang bebas dan gaya rap yang mengagumkan.

8. Mighty Mouth (feat. Han Ye Sul) – 연애특강 (Crash Course In Love)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: Lee Hyun Do
Album: Trek 2 – Album Mini “Crash Course In Love”
Lihat: Video Muzik
Komen: Mighty Mouth telah muncul pada 2008 dan membawakan unsur baru dalam muzik hip hop melalui lagu hit mereka seperti “I Love You”, “Energy” dan “Family” dari album pertama mereka. Album mini terbaru mereka menampilkan lagu “Crash Course In Love” yang menjadi lagu terbaru dalam carta 10 minggu ini. Lagu ini yang mempunyai gaya terkini dan rentak hip hop elektro yang bergabung sesuai dengan gaya rap Mighty Mouth dan melodi. Lagu ini juga menampilkan suara bintang popular Han Ye Seul, yang turut mengandakan lagi keseronokan.

9. Girls’ Generation – 소원을 말해 봐 (Tell Me Your Wish, Genie)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 1 – Album Mini kedua Genie
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini dari album mini yang kedua. Dicipta oleh komposer terkenal Yoo Young Jin, Yoo Han Jin serta komposer Eropah iaitu ‘Dsign Music’. Lagu yang rancak ini membawa maksud gembira dan sesuai untuk didengar ketika rasa sedih atau pun sibuk.

10. Drunken Tiger – Monster
Genre
: Hip-hop
Muzik: Ann1 / Lirik: Tiger JK
Album: Trek 1 – CD 2 Album kelapan “Feel Ghood Muzik : the 8th wonder”
Lihat: Video Muzik
Komen: Salah seorang penyanyi hip hop terunggul dari Korea telah kembali. Tiger JK kini kembali dengan album kelapan Drunken Tiger. Selepas dua tahun tanpa album baru kini dia kembali dengan “feel ghood muzik: the 8th wonder” untuk peminat hip-hop Korea. Tidak mengejutkan kerana album ini lantas menjadi album terlaris sebaik sahaja dijual. Terdapat 27 lagu baru dalam edisi dua CD. Dalam CD 1, berjudul “Feel Good Side”, menawarkan bunyi hip hop yang lebih kepada arus perdana, sementara CD 2 pula berjudul “Feel Hood Side”, [adat dengan irama keras dari guru hip hop ini. Lagu Monster yang merupakan judul lagid dari CD 1 akhirnya berjaya memasuki carta 10 pada minggu ini.

Written by Langit Biru

September 2, 2009 pada 9:04 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: