Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal Tahir Pun Beramal

leave a comment »

Miss Ayu | 4 Sep 2009 (gua.com.my)

Setiap kali bulan Ramadhan menjelma, pasti ramai di antara artis kita sibuk dengan aktiviti amal. Terutama yang melibatkan anak-anak yatim. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja majlis berbuka puasa bersama artis dan anak yatim yang dianjurkan oleh badan korporat mahupun syarikat rakaman.

Image Hosted by ImageShack.us

Salah seorang artis yang tidak ketinggalan dengan kerja-kerja amal ini ialah Faizal Tahir. Baru-baru ini dia telah meluangkan masa dengan berbuka puasa dengan ibu-ibu tunggal yang dinaungi oleh Majlis Aids Malaysia (MAM). Keprihatinan Faizal harus diberi pujian kerana dia sanggup terbang ke Kuala Terengganu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan golongan ini, sedangkan pada hari sama dia mendapat undangan ke rakaman Melodi Raya di Sunway Lagoon Surf Beach.

Faizal yang ditemui selepas majlis berbuka puasa tersebut berkata, dia cukup berbesar hati kerana dapat meluangkan masa dengan mereka yang memerlukan sokongan.

“Sebagai seorang artis saya rasa saya ada tanggungjawab agak besar untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang HIV dan Aids. Dengan menyertai aktiviti amal sebegini saya boleh sampaikan mesej kepada peminat saya di luar sana bahawa golongan ini tidak perlu disisihkan daripada masyarakat.

“Ini kerana mereka berhak menjalani hidup seperti orang lain. Memang benar saya tidak memberi sebarang ceramah atau penjelasan tentang HIV dan Aids setiap kali bertemu dengan peminat, tetapi kehadiran saya dalam acara ini sedikit sebanyak akan membuka mata peminat dan mereka pasti terfikir, kalau saya boleh menyokong, mengapa tidak mereka,” ujar Faizal yang merupakan salah seorang Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis Aids Malaysia.

Ditanya tentang jadual kerjanya pada bulan puasa ini pula, menurut Faizal walaupun pada awalnya dia bercadang untuk berehat sepuas-puasnya tetapi perkara sebaliknya pula berlaku.

“Bulan puasa ini saya sibuk dengan pembikinan album kedua. Setakat ini saya sudah pun rakamkan dua single dan satu daripadanya akan dilancarkan selepas raya ini. Judulnya masih belum ditentukan tetapi ia adalah ciptaan Audi Mok dan liriknya ditulis oleh saya sendiri. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, album terbaru ini akan berada di pasaran pada tahun ini juga.

“Saya masih mengekalkan genre rock tetapi ada sedikit eksperimen yang menimbulkan kelainan. Apa yang boleh saya katakan, muzik saya kali ini lebih matang dan moden. Tentang jumlah lagu pula, ia masih dalam peringkat perbincangan. Mungkin lapan atau 10 lagu. Semua ini akan diputuskan oleh syarikat rakaman saya, Monkey Bone Records.”

Mahu adakan konsert
Terlanjur bercerita tentang perjalanan karier pelantun lagu “Mahakarya Cinta” ini, pasti ramai yang ingin tahu bila agaknya ‘papa rock’ ini ingin mengadakan konsert buat peminatnya.

Menurut Faizal, dia memang ada merancang untuk mengadakan konsert tetapi dia mahu peminat muzik di Malaysia bersedia terlebih dahulu. Maksud Faizal, dia hanya akan mengadakan konsert sekiranya rakyat Malaysia sanggup mengeluarkan sedikit wang untuk menonton konsertnya.

“Bukan saya ban konsert-konsert yang diadakan secara percuma, tetapi saya tidak mahu ia menjadi trend. Kalau konsert artis luar negara, mengapa ada yang sanggup berhabisan sehingga ratusan ringgit, tetapi untuk artis tempatan semuanya mahu percuma. Saya mahu konsert saya berbayar kerana itu sebagai tanda karya saya dihargai peminat. Ini tidak bererti saya akan mengenakan caj yang mahal, RM10 pun sudah mencukupi. Sekurang-kurangnya karya saya itu ada nilainya di mata peminat muzik tanahair.

“Selain daripada sebab di atas, saya juga menunggu sehingga saya benar-benar cukup material. Saya sedar, saya baru ada satu album dan bukan semua lagu saya ini orang kenal. Mungkin selepas tampil dengan album kedua nanti, barulah saya boleh adakan konsert. Bukan tidak ada yang tawarkan peluang untuk adakan konsert, cuma saya perlukan masa untuk merealisasikannya. Alang-alang hendak mengadakan konsert, biarlah ia dilakukan dengan sebaik mungkin,” terang Faizal lagi.

Seronok duet dengan Datuk Siti
Tahun ini kedatangan Syawal mengundang kegembiraan yang tidak terkata buat Faizal. Ini kerana dia telah diundang menyertai program raya bersama Datuk Siti Nurhaliza. Program yang dinamakan ‘Lentera Aidilfitri’ itu akan menemui peminat pada Hari Raya nanti di saluran Astro.

“Sebenarnya sudah lama saya nantikan peluang ini. Mendapat peluang muncul dalam persembahan beliau sudah cukup memberi kepuasan kepada saya. Tetapi apabila saya dimaklumkan akan berduet dengan beliau, ia sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan. Tetapi saya puas kerana akhirnya impian saya tercapai.”

Dalam program itu, Faizal dan Siti bergandingan mempersembahkan lagu “Lucky”, medley “Mahakarya Cinta” dan “Dialah Dihati” secara duet. Selain itu, Faizal sendiri membuat persembahan secara solo dengan menyampaikan lagu popularnya, “Sampai Syurga” dan “Bencinta”.

Komen:
Saya akan pergi ke konsert Faizal Tahir. Tiket paling mahal sekali. Tak sabar nak beli album baru dan nak tengok persembahan raya.

Written by Langit Biru

September 4, 2009 pada 9:21 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: