Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu pertama September 2009

leave a comment »

Selamat bulan September. Minggu ini tiga tempat teratas diungguli dengan kumpulan perempuan. Bila lah nak ada juara penyanyi lelaki pula ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Kumpulan yang comel ini ialah T-Ara. Terdiri daripada enam orang ahli dan berumur di antara 19-23 tahun. Vokal mereka boleh tahan juga. Kumpulan baru ini tetapi lagu mereka telah berada di dalam carta.

Carta K-Pop untuk minggu pertama September 2009

1. Brown Eyed Girls – Abracadabra
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Hitchhiker, Lee Min Soo / Lirik: Kim Lee Na, Miryo
Album: Trek 2 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G
Lihat: Persembahan
Komen: Brown Eyed Girls tetap unggul di tempat pertama untuk minggu ketiga. Mereka berempat telah mencapai kejayaan setelah beralih kepada lagu yang lebih rancak. “Abracadabra” dicipta oleh Jinu dari kumpulan Rollercoaster dan Lee Min Soo. Lagu ini yang berentak pop elektronik beserta dengan persembahan bertenaga ahli kumpulan dan juga tarian yang kini menjadi sebutan ramai.

2. Kara – Wanna
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Han Jae Ho + Kim Seung Soo / Lirik: Song Soo Yoon
Album: Trek 2 – Vol. 2 Revolution
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu ini naik satu tempat lagi. Tajuk lagu yang berjudul “Wanna” terus menjadi hit dalam carta. Lagu ini yang dihasilkan bersama oleh Han Jae Ho dan Kim Seung Soom merupakan trek dance pop dengan irama dan bunyi yang bertenaga. Ia juga mempunyai korus yang menarik. Kara tampil dengan imej yang lebih matang pada kali ini.

3. T-Ara – 거짓말 (Lie)
Genre
: Pop
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Ahn Young Min
Album: Trek 1 – Single Digital “Lie”
Lihat: Persembahan
Komen: Kumpulan baru yang berjaya menduduki tempat ketiga pada minggu ini. Tahun ini dalam K-Pop kita dapat menyaksikan persaingan paling hebat bagi kumpulan perempuan yang membuat penampilan pertama. 2NE1, 4 minute, After School telah memberi impak utama kepada pendengar, sekarang kumpulan keempat yang akan memberi saingan. Mereka ialah kumpulan T-Ara terdiri daripada enam ahli. Lagu debut mereka “Lies” telah melonjak ke tangga ke enam. “Lies” dicipta oleh Cho Young Soo iaitu komposer terkenal Korea, di mana lagu ini yang membuatkan para pendengar mahukan lagi. Terdapat dua versi lagu ini iaitu berentak balada dan rancak. Versi rancak mempunyai perasaan ‘bokgo’ dan bunyi elektronik bereza dengan versi balada yang mempunyai lebih bunyi akustik.

4. FT Island – 바래 (I Hope)
Genre
: Rock
Muzik: Kim Do Hoon, Kim Se Jin / Lirik: Kim Do Hoon, Han Sung Ho
Album: Trek 2 – FT Island Vol. 3 Cross & Change
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu ini dari album ketiga mereka yang berjudul “Cross And Change”. Seperti judul album baru mereka, FT Island telah mengalami perubahan. Jika album sebelum ini mempunyai lagu yang berunsurkan balada rock, kali ini lebih kepada yang berunsurkan lagu yang ceria. Lagu I Hope ialah gabungan rock eletronik dan mempunyai melodi yang kuat serta rapping. Persembahan kali ini diubah kepada rentak soft-rock.

5. MC Mong (feat. Jang Geun Ee, B.I) – 인디언 보이 (Indian Boy)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: MC Mong
Album: Trek 2 – MC Mong Vol. 5 “Humanimal”
Lihat: Persembahan
Komen: Ini merupakan judul lagu untuk album kelima MC Mong. Ia mempunyai gaya lagu Indian serta tenaga yang kuat, bunyi muzik Afrika. Lagu ini yang ditulis sendiri oleh MC Mong dan menampilkan kawan baiknya Jang Geun Ee serta B.I.

6. Baek Ji Young (feat. 2PM Taec Yeon) – 내 귀에 캔디 (Candy On My Ear)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Bang Shi Hyuk
Album: Trek 1 – Album mini “Ego”
Lihat: Persembahan
Komen: Ini merupakan lagu baru dalam carta. Ia mempunyai gaya muzik Elektropop dari Eropah. Taek Yeon dari 2PM membuat penampilan dalam lagu ini, turut muncul dalam video muzik dan membuat persembahan bersama.

7. 2NE1 – I Don’t Care
Genre
: Hip-hop / R&B
Muzik + Lirik: Teddy + Kush
Album: Trek 2 – Album Mini pertama 2NE1
Lihat: Persembahan
Komen: Ini ialah lagu utama dari album mini pertama 2NE1. Lagu ini mempunyai sentuhan melodi reggae, pop dan R&B. Lagu yang dicipta bersama oleh Teddy dan Kush dari Stonyskunk. Melodi lagu yang menarik perhatian membuatkan lagu ini lebih menarik.

8. Mighty Mouth (feat. Han Ye Sul) – 연애특강 (Crash Course In Love)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: Lee Hyun Do
Album: Trek 2 – Album Mini “Crash Course In Love”
Lihat: Persembahan
Komen: Mighty Mouth telah muncul pada 2008 dan membawakan unsur baru dalam muzik hip hop melalui lagu hit mereka seperti “I Love You”, “Energy” dan “Family” dari album pertama mereka. Album mini terbaru mereka menampilkan lagu “Crash Course In Love” yang menjadi lagu terbaru dalam carta 10 minggu ini. Lagu ini yang mempunyai gaya terkini dan rentak hip hop elektro yang bergabung sesuai dengan gaya rap Mighty Mouth dan melodi. Lagu ini juga menampilkan suara bintang popular Han Ye Seul, yang turut mengandakan lagi keseronokan.

9. Bada – MAD (feat. Untouchable)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 3 – Vol. 4 See The Sea
Lihat: Persembahan
Komen: Bada kembali dengan album keempat berjudul MAD. Selepas berjaya dengan album ketiga pada tahun 2006, dia terlibat aktif dengan teater muzikal seperti “Notre Dame De Paris” dan “200 Pounds Beauty” yang menjadi perhatian ramai. Dia juga memenangi anugerah untuk kategori aktress terbaik di anugerah “2009 Musical Awards”. Dengan karier sebagai pelakon muzikal sepanjang dua tahunyang lepas, kini dia kembali sebagai penyanyi solo. Album ini mengandungi bunyi pop sintesis yang popular era 80-an dan bunyi elektronik moden.

10. G-Dragon – Heartbreaker
Genre
: R&B / Hip-hop
Album: Trek 2 – Vol. 1 Heartbreaker
Lihat: Persembahan
Komen: Mungkin ini akan menjadi hits yang paling popular untuk 2009. G-Dragon iaitu ketua kumpulan Big Bang, yang terkenal kerana mencipta lagu popular seperti “Lies”, “Last Farewell”, “Day By Day” dan “Sunset Glow” tiba dengan album solo. Tajuk lagu berjudul “Heartbreaker” dimulakan dengan penceritaan oleh G-Dragon yang pantas menjadi perhatian tambahan pula dengan melodi lagu yang membuatkan pendengar mendengar berulang kali menjadikan ia hit. Album ini juga menjadi salah satu album yang mencatatkan jualan tertinggi walaupun baru sahaja dipasarkan.

Written by Langit Biru

September 9, 2009 pada 6:54 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: