Langit Biru

Semua orang sudah tahu

H1N1 tak gugat Jin Notti

leave a comment »

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

KRU Studios sasar kutipan RM3 juta, yakin tarikan Mawi dan Fara Fauzana.

Image Hosted by ImageShack.us

FARA dan Mawi melayan anak yatim berbuka puasa.

KRU Studios berkeyakinan tinggi orang ramai akan tetap keluar menonton filem terbitan mereka, Jin Notti, yang akan menemui peminat bermula pada 20 September walaupun wabak Influenza A (H1N1) yang melanda negara ketika ini mungkin membuatkan sesetengah orang cuba menjauhkan tempat kunjungan ramai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norman Abdul Halim, berkata dengan kempen yang giat dijalankan, dia berasakan peminat tetap akan keluar menonton pada musim perayaan ini.

“Sudah tentulah saya berasakan wabak ini muncul sebagai ancaman kepada sambutan peminat terhadap filem kami yang ditayangkan Aidilfitri nanti. Bagaimanapun, saya percaya, dengan sikap orang ramai yang lebih mengutamakan kebersihan ketika ini, mereka tidak teragak-agak untuk keluar menonton.

“Harapan saya, mereka keluar memberikan sokongan bukan hanya kepada Jin Notti, malah filem lain juga,” kata Norman ketika ditemui pada majlis berbuka puasa pelakon Jin Notti bersama 300 kanak-kanak daripada lima rumah anak yatim sekitar Lembah Klang anjuran penaja filem berkenaan, Telekom Malaysia Berhad (TM) bersama KRU Studios.

Image Hosted by ImageShack.us

ANAK yatim menerima duit raya.

Selain pelakon utama filem itu, hadir sama memeriahkan acara ialah Yusry dan Edry, kumpulan Fabulous Cats, Ruffedge, Dafi serta Adibah Noor. Tidak ketinggalan Naib Presiden Pemasaran Kumpulan TM, Sherene Azura Azli; Naib Presiden Produknya, Azizi A Hadi; dan Naib Presiden Eksekutif Konsumer jenama itu, Jeremy Kung.

Kata Norman, menjadi harapan syarikat terbabit untuk melihat Jin Notti meneruskan kesinambungan kejayaan filem terbitan mereka yang lain dari segi kutipan.

“Harap-harapnya, ia boleh mencatat pungutan sehingga RM3 juta kerana setakat ini, semua filem kami (Cicak-Man 1 & 2, Duyung) tidak mengecewakan apabila memasuki panggung. Lagipun, banyak faktor yang mampu menarik orang ramai menonton filem ini, termasuk kemunculan Mawi dan Fara Fauzana. Mereka tentunya tarikan besar buat peminat hari ini.

Image Hosted by ImageShack.us“Tambahan pula, filem ini mengetengahkan kisah fantasi mengenai jin yang belum pernah ditonton sebelum ini,” katanya.

Mengaku wujudnya cabaran daripada wabak terbabit serta filem lain, namun Norman percaya, kelebihan tetap berpihak kepada filem yang menelan belanja RM1.8 juta untuk dihasilkan itu.

Pada musim perayaan Aidilfitri ini, selain filem arahan Azhari Zain (Zack) yang turut dilakonkan Cat Farish, Sazzy Falak dan Chermaine Poo itu, sebuah lagi filem Melayu yang memasuki panggung bermula 20 September ialah judul seram komedi arahan M Jamil, Momok The Movie.

Menurut Norman, dia juga mendapat perkhabaran gembira apabila pihak pempamer turut teruja dengan kehadiran filem berkenaan.

“Pada awalnya, kami hanya merancang untuk menyediakan 55 salinan bagi filem ini. Bagaimanapun, akibat permintaan yang baik, kini lebih daripada 65 salinan sudah pun disediakan. Kami turut berbangga apabila filem ini juga dapat ditayangkan serentak di Singapura,” ujar Norman.

Katanya, pelakon utama filem itu, Mawi dan Fara pula memberikan persembahan memberangsangkan menerusi filem berkenan.

“Mawi tidak pernah berlakon filem lain sebelum ini. Jin Notti muncul filem pertamanya yang bakal ditayangkan. Dia menunjukkan prestasi cemerlang menerusi penampilan sulungnya di layar lebar. Malah, persembahannya kelihatan lebih meningkat apabila dia membintangi filem kami seterusnya, Magika (tayangan 2010).

“Pada saya, walaupun sesetengah peminat mungkin tidak menyokong penyanyi ini, namun dia tetap selebriti lelaki paling dikenali di Malaysia. Faktor itu memberikan keyakinan peminat akan datang menyaksikan lakonan baiknya dalam filem ini. Mawi membuktikan dia mampu melakukannya menerusi Jin Notti,” kata Norman.

Penerbit itu turut memuji Fara yang dianggapnya berjaya menghidupkan lima watak berbeza dalam filem terbabit. Fara berjaya meletakkan dirinya dalam kelima-lima karakter yang diberikan kepadanya. Penyampai Hot FM itu sememangnya pelakon yang sesuai dengan filem komedi ringan.

“Lebih penting daripada itu, saya amat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan kesemua artis yang terbabit menjayakan filem ini. Selepas penggambaran selesai sekali pun, mereka tetap memberikan kerjasama yang terpuji apabila siri promosi filem ini diadakan. Dengan komitmen yang baik seperti ini, tidak mustahil kami akan terus bekerjasama dengan mereka pada masa akan datang,” kata Norman.

Written by Langit Biru

September 9, 2009 pada 9:23 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: