Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Raihan artis tempatan pertama diterbangkan AirAsia ke London

leave a comment »

Jumaat September 11, 2009
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ (mStar Online)

PENERBANGAN Raihan ke London bukanlah kali pertama kerana kumpulan nasyid ini telah tujuh kali mengadakan persembahan di sana termasuk di Royal Albert Hall pada Mac 2008.

Image Hosted by ImageShack.us

Raihan tampil bertiga tanpa Amran di London selepas raya nanti.

Namun, jika diterbangkan ke luar negara oleh AirAsia, Raihan merupakan artis pertama.

Mulai raya keempat nanti, Raihan akan diterbangkan ke London untuk menjayakan Konsert ‘Eid Celebration di London’ anjuran Leicester Centre.

Seperti yang dijadualkan, Raihan akan mengadakan persembahan di Leicester Hall selama tiga malam berturut-turut dengan menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab seperti ‘Assolatuwassalam’, ‘Asmaul Husna’, ‘Thank You Allah’, ‘Allahu’, ‘Puji-Pujian’, ‘Syukur’, ‘Your Face Is Bright’, dan ‘Rakan Selawat’. Aktiviti Raihan selama enam hari di sana tidak tertumpu setakat konsert sahaja malah mereka akan terlibat dengan tazkirah, temubual dengan media di sana dan bertemu dengan pelajar Malaysia di sana dalam sebuah majlis khas.

Dimaklumkan Raihan mendapat penajaan ini atas bantuan Pembantu Khas kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Edd Razhe memandangkan mereka mengenali rapat sejak bekerjasama di bawah label Warner Music Malaysia sebelum ini. “Raihan merupakan artis pertama Malaysia yang diterbangkan khas ke London selama enam hari mulai 23 hingga 28 September ini sebab dulu kumpulan ini pernah bersama Warner Music.

“Saya berbangga untuk Raihan. AirAsia akan menawarkan kelas business untuk Raihan, ahli muzik, wakil media dan wakil syarikat AirAsia yang akan mengiringi mereka di sana berjumlah 15 orang semuanya.

Image Hosted by ImageShack.us

“Kita harap selepas ini hubungan Raihan dan AirAsia akan lebih erat. Sebelum ini pun, Raihan sentiasa bekerjasama dalam beberapa aktiviti AirAsia. “Kami tak rasa asing dengan Raihan dan bukannya kami baru kenal kerana mereka telah bekerjasama dengan AirAsia sejak 2001 dengan membuat klip video pertama bersama Raihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya mewakili Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Seri Tony Fernandes dalam majlis sidang media di Kelana Sentral, Kelana Jaya.

Jelas Edd, AirAsia membuat keputusan untuk menaja penerbangan Raihan agak singkat iaitu lebih kurang dua minggu selepas syarikat penerbangan lain tidak dapat menerbangkan Raihan ke sana. “Semuanya mula dirancang ketika Raihan hadir ke majlis berbuka puasa anjuran AirAsia baru-baru ini,” tambahnya.

Sementara itu, dari segi pengangkutan dan penginapan akan ditanggung oleh Raihan Events and Management dan pihak penganjur. Namun selepas ini, Edd berkata AirAsia akan membawa lebih ramai artis tempatan ke peringkat luar negara.

“Selain artis nasyid, kita akan bawa artis-artis lain ke peringkat luar negara bagi menunjukkan yang artis kita ada yang layak dibawa ke sana. Insya-Allah, kita juga akan memberi sokongan kepada Raihan lagi selepas ini,”tuturnya.

Raihan buat persembahan tanpa Amran

Raihan bukan sahaja pernah membuat persembahan di London, malah mereka telah menjelajah ke seluruh enam benua iaitu Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Australia.

Image Hosted by ImageShack.us

Raihan ketika mengadakan persembahan di Kelana Sentral, Kelana Jaya.

Sekarang ini, Raihan juga telah berjaya mengumpul jutaan peminat yang kebanyakannya beragama Islam dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Pakistan, India, Sri Lanka, Timur Tengah dan lain-lain negara. Perkara ini disedari oleh salah seorang anggota Raihan iaitu Abu Bakar Md Yatim. Katanya, hampir jutaan penonton yang menonton klip video lagu-lagu Raihan di YouTube.

“Ada juga yang datang dari Perancis kerana kita melihat ada komen dalam bahasa Perancis dan ramai lagi,” ujarnya. Itulah kelebihan Raihan dan kerjasama yang erat antara Raihan dengan AirAsia membuatkan syarikat penerbangan tambang murah itu mahu menaja penerbangan kumpulan yang turut dianggotai oleh Che Amran Idris, Zulfadli Mustaza dan Amran Ibrahim.

Namun, penerbangan mereka kali ini bukanlah berempat tetapi bertiga kerana Amran tidak dapat menyertainya kerana mahu bersama isterinya menemani bapa mertuanya yang sedang sakit. Selepas Amran membuat keputusan ini, kita akan mengajak seorang lagi penyanyi nasyid ‘sessionist’ tetapi saya belum boleh beritahu siapa orangnya.

“Sebelum ini, kami dah biasa membuat persembahan bertiga atau berdua,” jelasnya mengenai ketiadaan Amran dalam konsert berharga 30, 60 dan 150 pounds itu. Che Amran atau mesra dengan nama Che Am ini juga mempunyai perancangan untuk melebarkan sayap ke Amerika Syarikat pula.

Written by Langit Biru

September 11, 2009 pada 4:19 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: