Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Lagu nasyid ‘makanan’ jiwa

leave a comment »

Kosmo Online
13 September 2009

TEBARAN muzik dan lirik keagamaan yang disampaikan oleh penggiat nasyid bukan sedikit pengaruh dan impaknya sebagai halwa telinga dan ‘makanan’ jiwa.

Image Hosted by ImageShack.us

Raihan

Dua kumpulan nasyid terkenal Malaysia berbicara tentang pengaruh dan kecenderungan muzik mereka dalam ruangan Kopitiam kali ini.

Nilai nasyid di mata khalayak sebenarnya?

RABBANI: Apabila kita sebut nasyid, ia merujuk pada lagu-lagu dakwah yang sarat nasihat dan unsur ketuhanan. Nasyid juga bertujuan membina rohani dan sahsiah. Penasyid-penasyid kebiasaannya menyentuh tentang semangat dan motivasi.

RAIHAN: Kami rasa masyarakat memerlukan nasyid terutama bagi membimbing anak-anak mereka dari kecil hinggalah remaja. Muzik yang mengandungi nasihat-nasihat yang baik adalah cara yang cepat dan mudah disampaikan berbanding ceramah atau syarahan.

Jadi melalui lagu dan lirik, mesejnya sampai tanpa disedari. Malah sambil menikmati lagu, mereka boleh menghafal nama nabi dan Allah dengan lebih mudah.

Kenapa kebanyakan orang hanya akan ingat nasyid pada bulan puasa?

RABBANI: Bagi kami, Rabbani ada pengikut setia yang tidak hanya tertumpu pada bulan Ramadan.

Tapi bagi peminat biasa, bulan Ramadan adalah bulan yang meriah dengan nasyid. Apatah lagi pada bulan ini pihak media dan bahagian promosi syarikat rakaman mengambil kesempatan untuk bercerita atau membuat promosi tentang aktiviti kumpulan nasyid.

Aktiviti Rabbani sendiri, contohnya, bukan hanya tertumpu pada bulan ini tetapi sudah tentulah bulan Ramadan lebih menonjol.

RAIHAN: Mungkin bila tiba bulan Ramadan, individu mempunyai mood untuk beribadat dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Bukan pahala puasa atau solat tarawih sahaja yang mereka kejar tetapi juga dari sudut hiburan. Mereka mahu mendekatkan diri dengan Tuhan. Jadi bila tiba bulan puasa, lagu-lagu nasyid dan dakwah mendapat sambutan yang lebih berbanding bulan lain.

Pasaran nasyid laris pada waktu bila?

RABBANI: Dari sudut pasaran, memang ada keutamaan dan kelebihan pada bulan-bulan Islam seperti Maulidur Rasul, Maal Hijrah, Ramadan atau Haji. Namun, Rabbani juga dipanggil mengadakan persembahan untuk bulan merdeka, malah pesta air dan bunga.

RAIHAN: Nasyid diperlukan pada setiap masa cuma mood masyarakat lebih menuju ketuhanan apabila tiba musim-musim tertentu. Graf jualan dan persembahan akan naik ketika Maal Hijrah, Maulidur Rasul, musim haji atau bulan puasa.

Image Hosted by ImageShack.us

Rabbani

Sokongan bagaimana yang diperlukan pemuzik nasyid?

RABBANI: Kita yakin peminat sekarang bijak memilih idola masing-masing. Kami memerlukan sokongan daripada semua golongan.

Rabbani tidak hanya diminati oleh golongan tertentu seperti golongan berkopiah atau bertudung tetapi yang tidak termasuk dalam kelompok itu juga meminati muzik kami. Nasyid di Malaysia boleh dikatakan sebagai satu bentuk hiburan yang diminati.

RAIHAN: Sudah tentu kami memerlukan ruang di dalam media cetak dan elektronik mahupun radio. Ada segolongan pihak yang menganggap nasyid itu adalah kelas kedua dalam hiburan. Jika kita lihat sekarang dalam surat khabar, paparan kerosakan akhlak remaja sebenarnya 99 peratus datang daripada kaum Melayu.

Jadi kami mahu menyalurkan sumbangan dan peranan kami dalam menghidangkan sesuatu buat mereka. Ini santapan buat jiwa mereka.

Muzik yang kebaratan memang sentiasa ada maka kita perlu seimbangkan bahan-bahan yang masuk ke dalam fikiran mereka. Bila ruang lebih banyak, maka mereka akan menikmati lagu-lagu dakwah dan mempelajarinya di samping berhibur.

Apa pandangan kalian tentang banyak grup Indonesia yang ada inisiatif untuk buat album keagamaan tetapi tidak bagi kita kecuali pejuang-pejuang nasyid.

RABBANI: Sekiranya artis Malaysia mahu menuju ke arah itu dengan mengambil kesempatan Ramadan untuk membuat album dakwah, tidak salah tapi mereka perlu tahu prinsip. Dalam menyanyi, mereka kena lakukan juga apa yang mereka sampaikan. Kalau tidak, peminat akan persoalkan.

RAIHAN: Setiap tahun Raihan akan ke Indonesia dan kami faham budaya di sana yang agak berbeza dengan Malaysia. Para pemuzik kita lebih berjaga-jaga sebenarnya. Mereka ada rasa takut dan hormat terhadap lagu keagamaan. Tidak main hentam atau buat sahaja.

Tapi dari segi lain, penyanyi solo atau grup perlu sedar bahawa ini bukan hanya kerja grup nasyid. Setiap penghibur itu ada peminatnya. Bayangkan dakwah yang boleh disebarkan dan kesan positifnya. Tidak perlu tukar melodi atau cara mereka persembahkan, cuma dari aspek lirik yang positif.

Written by Langit Biru

September 13, 2009 pada 11:08 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: