Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu kedua September 2009

leave a comment »

Setiap kali penyanyi keluarkan lagu baru mesti ada video muzik sekali. Kira macam pakej lah. Selalunya video muzik ini akan disiarkan beberapa hari lebih awal sebelum album dijual. Mereka sanggup berhabis lah untuk membuat video muzik terbaik untuk menarik minat. Antara lain membuat penggambaran di luar negara atau menampilkan pelakon Korea yang terkenal.

Tapi dalam carta kali ini hampir semua video muzik mempunyai jalan cerita yang sama. Penyanyi menyanyi dan turut berada di dalam video muzik.

Image Hosted by ImageShack.us

Ini ialah Baek Ji Young yang kini popular dengan lagu My Ear Candy. Sukanya kat lagu tu sebab menampilkan Taekyeon dari 2PM. :) Lagu ini rancak dan berada di dalam carta minggu ini. Gambar ini untuk promosi mini album terbaru dia.

Carta K-Pop untuk minggu kedua September 2009

1. Brown Eyed Girls – Abracadabra
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Hitchhiker, Lee Min Soo / Lirik: Kim Lee Na, Miryo
Album: Trek 2 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu Brown Eyed Girls ini masih di tempat pertama selama empat minggu berturut-turut. Mereka berempat telah mencapai kejayaan setelah beralih kepada lagu yang lebih rancak. “Abracadabra” dicipta oleh Jinu dari kumpulan Rollercoaster dan Lee Min Soo. Lagu ini yang berentak pop elektronik beserta dengan persembahan bertenaga ahli kumpulan dan juga tarian yang kini menjadi sebutan ramai.

2. Kara – Wanna
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Han Jae Ho + Kim Seung Soo / Lirik: Song Soo Yoon
Album: Trek 2 – Vol. 2 Revolution
Lihat: Video Muzik
Komen: Tajuk lagu yang berjudul “Wanna” terus menjadi hit dalam carta. Lagu ini yang dihasilkan bersama oleh Han Jae Ho dan Kim Seung Soom merupakan trek dance pop dengan irama dan bunyi yang bertenaga. Ia juga mempunyai korus yang menarik. Kara tampil dengan imej yang lebih matang dan comel kali ini.

3. Baek Ji Young (feat. 2PM Taec Yeon) – 내 귀에 캔디 (Candy On My Ear)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Bang Shi Hyuk
Album: Trek 1 – Album mini “Ego”
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu Candy On My Ear nyanyian Baek Ji Young naik tiga anak tangga pada minggu ini. Ia mempunyai gaya muzik Elektropop dari Eropah. Taek Yeon dari 2PM membuat penampilan dalam lagu ini, turut muncul dalam video muzik dan membuat persembahan bersama.

4. G-Dragon – Heartbreaker
Genre
: R&B / Hip-hop
Album: Trek 2 – Vol. 1 Heartbreaker
Lihat: Video Muzik
Komen: Mungkin ini akan menjadi hits yang paling popular untuk 2009. G-Dragon iaitu ketua kumpulan Big Bang, yang terkenal kerana mencipta lagu popular seperti “Lies”, “Last Farewell”, “Day By Day” dan “Sunset Glow” tiba dengan album solo. Lagu ini telah naik enam anak tangga. Tajuk lagu berjudul “Heartbreaker” dimulakan dengan penceritaan oleh G-Dragon yang pantas menjadi perhatian tambahan pula dengan melodi lagu yang membuatkan pendengar mendengar berulang kali menjadikan ia hit. Album ini juga menjadi salah satu album yang mencatatkan jualan tertinggi walaupun baru sahaja dipasarkan.

5. T-Ara – 거짓말 (Lie)
Genre
: Pop
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Ahn Young Min
Album: Trek 1 – Single Digital “Lie”
Lihat: Video Muzik
Komen: Ini ialah lagu dari album single digital debut kumpulan T-ara. Lagu ini berentak retro elektronik dan mempunyai korus yang berulang. Nyanyian mereka yang membanggakan dan harmoni dengan suara Davichi, menghasilkan bunyi yang mantap. Pelakon lelaki popular Yoo Seung Ho berlakon dalam video muzik ini di mana dia memegang watak sebagai lelaki yang mempunyai hubungan dengan setiap ahli kumpulan T-ara.

6. Mighty Mouth (feat. Han Ye Sul) – 연애특강 (Crash Course In Love)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: Lee Hyun Do
Album: Trek 2 – Album Mini “Crash Course In Love”
Lihat: Video Muzik
Komen: Mighty Mouth telah muncul pada 2008 dan membawakan unsur baru dalam muzik hip hop melalui lagu hit mereka seperti “I Love You”, “Energy” dan “Family” dari album pertama mereka. Album mini terbaru mereka menampilkan lagu “Crash Course In Love” yang menjadi lagu terbaru dalam carta 10 minggu ini. Lagu ini yang mempunyai gaya terkini dan rentak hip hop elektro yang bergabung sesuai dengan gaya rap Mighty Mouth dan melodi. Lagu ini juga menampilkan suara bintang popular Han Ye Seul, yang turut mengandakan lagi keseronokan.

7. FT Island – 바래 (I Hope)
Genre
: Rock
Muzik: Kim Do Hoon, Kim Se Jin / Lirik: Kim Do Hoon, Han Sung Ho
Album: Trek 2 – FT Island Vol. 3 Cross & Change
Lihat: Video Muzik
Komen: Lagu ini dari album ketiga mereka yang berjudul “Cross And Change”. Seperti judul album baru mereka, FT Island telah mengalami perubahan. Jika album sebelum ini mempunyai lagu yang berunsurkan balada rock, kali ini lebih kepada yang berunsurkan lagu yang ceria. Lagu I Hope ialah gabungan rock eletronik dan mempunyai melodi yang kuat serta rapping. Apa yang membuatkan ia membanggakan ialah bunyi yang ceria beserta dengan lirik yang positif.

8. MC Mong (feat. Jang Geun Ee, B.I) – 인디언 보이 (Indian Boy)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: MC Mong
Album: Trek 2 – MC Mong Vol. 5 “Humanimal”
Lihat: Video Muzik
Komen: Ini merupakan judul lagu dari album kelima MC Mong. Ia mempunyai gaya lagu Indian serta tenaga yang kuat, bunyi muzik Afrika. Lagu ini yang ditulis sendiri oleh MC Mong dan jelas menunjukkan identiti unik MC Mong. Liriknya mengisahkan bagaimana untuk melindungi insan yang tersayang walaupun dalam keadaan tidak menentu.

9. Bada – MAD (feat. Untouchable)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 3 – Vol. 4 See The Sea
Lihat: Video Muzik
Komen: Masih kekal di tangga kesembilan, Bada dengan lagunya MAD. Selepas berjaya dengan album ketiga pada tahun 2006, dia terlibat aktif dengan teater muzikal seperti “Notre Dame De Paris” dan “200 Pounds Beauty” yang menjadi perhatian ramai. Dia juga memenangi anugerah untuk kategori aktress terbaik di anugerah “2009 Musical Awards”. Dengan karier sebagai pelakon muzikal sepanjang dua tahunyang lepas, kini dia kembali sebagai penyanyi solo. Album ini mengandungi bunyi pop sintesis yang popular era 80-an dan bunyi elektronik moden.

10. 2NE1 – I Don’t Care
Genre
: Hip-hop / R&B
Muzik + Lirik: Teddy + Kush
Album: Trek 2 – Album Mini pertama 2NE1
Lihat: Video Muzik
Komen: Ini ialah lagu utama dari album mini pertama 2NE1. Lagu ini mempunyai sentuhan melodi reggae, pop dan R&B. Lagu yang dicipta bersama oleh Teddy dan Kush dari Stonyskunk. Melodi lagu yang menarik perhatian membuatkan lagu ini lebih menarik.

Written by Langit Biru

September 15, 2009 pada 11:42 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: