Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Faizal tetap balik kampung beraya selepas jalani pembedahan

leave a comment »

Khamis September 17, 2009
Oleh AU YEONG HOW (mStar Online)

PETALING JAYA: Artis yang terkenal dengan lagu popular ‘Bencinta’, Faizal Tahir tetap berharap dapat beraya di kampung halamannya di Pulau Pinang selepas menjalani pembedahan lutut kanannya pagi ini.

Image Hosted by ImageShack.us

Faizal suka bermain futsal walaupun pernah cedera sebelum ini.

Pengurusnya, Haryadi Rusli berkata, Faizal telah dimasukkan wad ke Hospital Prince Court, Kuala Lumpur sejak semalam dan sedang menjalani pembedahan pada pagi ini.

“Sebelum ini, dia memang mempunyai kecederaan lutut kanannya kerana bermain futsal. Pada Selasa lalu, dia bermain futsal di One Utama dan selepas terjatuh, dia tidak dapat berjalan.

“Dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan. Doktor menasihatkannya untuk menjalani pembedahan segera. Menurut doktor, kecederaan itu tidak boleh dibiarkan lama. Jika selepas raya, kecederaan lutut kanannya mungkin melarat,” kata Haryadi ketika dihubungi di sini hari ini. Oleh itu kata Haryadi yang mesra disapa Eddy, Faizal mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan itu sebelum Raya itu.

“Doktor-doktor berjanji akan memberi perhatian perubatan sepenuhnya kepada Faizal. Doktor-doktor memberitahu Faizal boleh jalan dalam tempoh dua atau tiga hari kalau tak ada apa-apa. “Moga-moga, Faizal boleh keluar pada pagi Ahad ini,” tambahnya.

Haryadi memberitahu, pembedahan itu tidak akan menjejaskan rakaman albumnya. “Untuk persembahan, mungkin dia perlu berehat beberapa bulan tetapi kesemuanya bergantung kepada sejauh mana cepatnya dia sembuh.

“Dia perlukan rehat dan semoga pembedahan itu berjalan lancar. Jika tiada aral, doktor beritahu Faizal boleh balik pada Ahad ini dan dia ingin terus pulang ke Pulau Pinang untuk beraya sambil berehat,” katanya.

Komen:
Tulah, orang pergi sembahyang Terawih ni main futsal pula. Menang tak lawan futsal tu. Harap-harap tak bergaduh pula masa lawan tu. Moga cepat sembuh.

Written by Langit Biru

September 18, 2009 pada 2:46 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: