Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Konsert Raihan Di UK Kena Tangguh

leave a comment »

17-Sep-2009 | Oleh: Haswari Ali
Murai.com.my

KUALA LUMPUR, 17 SEPTEMBER 2009: Atas sebab-sebab keselamatan, konsert EID Extravaganza di Leicester Exhibition Centre, United Kongdom (UK) yang membabitkan kumpulan nasyid Raihan terpaksa ditangguhkan.

Image Hosted by ImageShack.us

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Pengurus Raihan, Haji Abdul Mubbin Abdul Latiff, konsert yang sepatutnya diadakan pada 24 hingga 26 September ini akan ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak kerana peningkatan aktiviti anti-Islam yang sedang melanda kota London dan sekitarnya kebelakangan ini.

Katanya, berdasarkan perkembangan terbaru itu, pihak penganjur iaitu Liecentre.co.org.uk telah mengambil langkah berjaga-jaga terhadap ancaman yang melanda daripada pihak anti Islam terutama tempat umat Islam berkumpul.

“Baru-baru ini London telah dikejutkan dengan isu anti-Islam dengan slogan Stop Islamisation of Europe. Beberapa buah masjid telah dibakar dan beberapa demonstrasi dilakukan.

“Oleh itu pihak penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu persembahan Eid Celebration kerana berdekatan dengan kawasan yang berisiko. Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan itu.

Konsert Raihan di Leicester Exhibition Centre telah mendapat sokongan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X sebagai penaja penerbangan rasmi, manakala Liencentre.co.org.uk selaku penaja penginapan.

Bukan setakat Raihan, beberapa kumpulan dan penyanyi nasyid dari negara luar yang turut serta juga terpaksa menangguhkan kunjungan mereka ke sana dan menunggu sehingga tarikh konsert berkenaan diumumkan kelak. Portal murai.com.my juga antara pihak media yang diundang membuat liputan selain Melodi, Harian Metro dan Utusan Malaysia.

Raihan yang dianggotai Che Amran, Abu Bakar dan anggota baru Zulfadli Mustaza atau Afad, sepatutnya membuat persembahan di hadapan ribuan peminat irama nasyid di sana yang kebanyakannya berasal dari Timur Tengah, Pakistan selain penduduk tempatan.

Menurut Abdul Mubbin lagi, sebelum ini beberapa perhimpunan umat Islam telah diganggu oleh pihak anti-Islam, malah beberapa acara di tempat lain turut ditangguhkan kerana umat Islam takut untuk menghadiri acara seumpama itu.

Sehubungan itu, pihak penganjur telah meminta maaf kepada pihak Raihan dan AirAsia di atas kesulitan yang berlaku. Bagaimanapun pihak penganjur akan tetap mengadakan persembahan tersebut apabila kedaan kembali pulih kelak.

Written by Langit Biru

September 18, 2009 pada 4:40 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: