Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Carta K-Pop untuk minggu ketiga September 2009

leave a comment »

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Di 8TV semasa Hari Raya kedua ada disiarkan anugerah muzik Korea MKMF 2007. Punyalah lama baru nak tayang di Malaysia. Tapi elok lah ada dari tiada kan.

Semua persembahan direkodkan dari TV. Ya, di Korea memang menggunakan HDTV. Oleh sebab itu kita dapat melihat kualiti gambar yang amat bagus. Tapi sebab itulah terpaksa komputer mempunyai kapasiti yang bagus untuk menampung spesifikasi yang diperlukan. Sebab tu tengok kat Youtube pun dah puas.


Juara carta yang baru untuk minggu ini ialah G-Dragon. Saya tak lah minat sangat tapi dia terkenal kerana kontroversi baik dari berpakaian dan juga plagiat. Tapi tidak dinafikan yang dia memang berbakat cuma pujian atau perhatian yang diberikan oleh peminat kadang-kala melampau.

1. G-Dragon – Heartbreaker
Genre
: R&B / Hip-hop
Album: Trek 2 – Vol. 1 Heartbreaker
Lihat: Persembahan
Komen: Seperti yang dijangkakan, lagu Heartbreaker oleh G-Dragon telah menjadi juara carta yang baru. Lagu popular ini telah mendapat tempat pertama di setiap carta muzik di Korea. Walaupun lambat menjadi juara tetapi telah dapat menjadi juara. “Heartbreaker” dimulakan dengan penceritaan oleh G-Dragon yang pantas menjadi perhatian tambahan pula dengan melodi lagu yang membuatkan pendengar mendengar berulang kali menjadikan ia hit.

2. Brown Eyed Girls – Abracadabra
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Hitchhiker, Lee Min Soo / Lirik: Kim Lee Na, Miryo
Album: Trek 2 – Brown Eyed Girls Vol. 3 Sound G
Lihat: Persembahan
Komen: Setelah menjadi juara carta selama empat minggu, Brown Eyed Girls telah jatuh ke tangga kedua. Mereka berempat telah mencapai kejayaan setelah beralih kepada lagu yang lebih rancak. “Abracadabra” dicipta oleh Jinu dari kumpulan Rollercoaster dan Lee Min Soo. Lagu ini yang berentak pop elektronik beserta dengan persembahan bertenaga ahli kumpulan dan juga tarian yang kini menjadi sebutan ramai.

3. Baek Ji Young (feat. 2PM Taec Yeon) – 내 귀에 캔디 (Candy On My Ear)
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Bang Shi Hyuk
Album: Trek 1 – Album mini “Ego”
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu Candy On My Ear nyanyian Baek Ji Young kekal di tangga ketiga pada minggu ini. Ia mempunyai gaya muzik Elektropop dari Eropah. Taek Yeon dari 2PM membuat penampilan dalam lagu ini, turut muncul dalam video muzik dan membuat persembahan bersama.

4. Jewelry – Vari2ty
Genre
: Pop / Dance
Muzik: Park Keun Tae / Lirik: Jung Bong Ki
Album: Trek 3 – Vol. 6 Sophisticated
Lihat: Persembahan
Komen: Dengan ahli kumpulan yang baru iaitu Kim Eun Jung dan Ha Joo Won, kumpulan Jewelry telah mendapat pencapaian yang baru dengan lagu hit “One More Time”. Mereka berempat kini kembali dengan album keenam berjudul “Sophisticated”. Melalui album ini, mereka menunjukkan imej seksi dan comel mereka. Tajuk lagu “Vari2ty” ialah trek tarian dan terus melonjak ke tangga kelima minggu ini.

5. T-Ara – 거짓말 (Lie)
Genre
: Pop
Muzik: Cho Young Soo / Lirik: Ahn Young Min
Album: Trek 1 – Single Digital “Lie”
Lihat: Persembahan
Komen: Ini ialah lagu dari album single digital debut kumpulan T-ara. Lagu ini berentak retro elektronik dan mempunyai korus yang berulang. Nyanyian mereka yang membanggakan dan harmoni dengan suara Davichi, menghasilkan bunyi yang mantap. Pelakon lelaki popular Yoo Seung Ho berlakon dalam video muzik ini di mana dia memegang watak sebagai lelaki yang mempunyai hubungan dengan setiap ahli kumpulan T-ara.

6. 4minute – MUZIK
Genre
: Pop / Dance
Muzik + Lirik: Shin Sa Dong Tiger, Lee Sang Ho
Album: Trek 2 – Album Mini “For Muzik”
Lihat: Persembahan
Komen: Selepas berjaya debut dengan lagu “Hot Issue”, kumpulan baru 4minute telah mengeluarkan album mini pertama mereka. Tajuk lagu “MUZIK” ialah trek yang berentak ‘euro beat street sound’. Genre yang baru dan telah menjadi popular kebelakangan ini.

7. Mighty Mouth (feat. Han Ye Sul) – 연애특강 (Crash Course In Love)
Genre
: Hip-hop
Muzik + Lirik: Lee Hyun Do
Album: Trek 2 – Album Mini “Crash Course In Love”
Lihat: Persembahan
Komen: Mighty Mouth telah muncul pada 2008 dan membawakan unsur baru dalam muzik hip hop melalui lagu hit mereka seperti “I Love You”, “Energy” dan “Family” dari album pertama mereka. Album mini terbaru mereka menampilkan lagu “Crash Course In Love” berada di tangga ketujuh 10 minggu ini. Lagu ini yang mempunyai gaya terkini dan rentak hip hop elektro yang bergabung sesuai dengan gaya rap Mighty Mouth dan melodi. Lagu ini juga menampilkan suara bintang popular Han Ye Seul, yang turut mengandakan lagi keseronokan.

8. FT Island – 바래 (I Hope)
Genre
: Rock
Muzik: Kim Do Hoon, Kim Se Jin / Lirik: Kim Do Hoon, Han Sung Ho
Album: Trek 2 – FT Island Vol. 3 Cross & Change
Lihat: Persembahan
Komen: Lagu ini dari album ketiga mereka yang berjudul “Cross And Change”. Seperti judul album baru mereka, FT Island telah mengalami perubahan. Jika album sebelum ini mempunyai lagu yang berunsurkan balada rock, kali ini lebih kepada yang berunsurkan lagu yang ceria. Lagu I Hope ialah gabungan rock eletronik dan mempunyai melodi yang kuat serta rapping. Apa yang membuatkan ia membanggakan ialah bunyi yang ceria beserta dengan lirik yang positif.

9. Bada – MAD (feat. Untouchable)
Genre
: Pop / Dance
Album: Trek 3 – Vol. 4 See The Sea
Lihat: Persembahan
Komen: Masih kekal di tangga kesembilan, Bada dengan lagunya MAD. Selepas berjaya dengan album ketiga pada tahun 2006, dia terlibat aktif dengan teater muzikal seperti “Notre Dame De Paris” dan “200 Pounds Beauty” yang menjadi perhatian ramai. Dia juga memenangi anugerah untuk kategori aktress terbaik di anugerah “2009 Musical Awards”. Dengan karier sebagai pelakon muzikal sepanjang dua tahunyang lepas, kini dia kembali sebagai penyanyi solo. Album ini mengandungi bunyi pop sintesis yang popular era 80-an dan bunyi elektronik moden.

10. Cherry Filter – 피아니시모 (Pianissimo)
Genre
: Rock
Album: Trek 2 – Vol. 5 – Rocksteric
Lihat: Persembahan
Komen: Cherry Filter antara kumpulan rock yang paling unik di Korea. Kebanyakan band yang mempunyai vokalis perempuan mempunyai gaya rock moden. Tetapi Cherry Filter menggabungkan irama tekno moden, bunyi gitar dan imej pop yang mesra. Kembali dengan album yang dinanti ramai, tajuk album yang berjudul Rocksteric ialah gabungan antara “Rock” dan “Hysteric”. Tahuk lagu “Pianissimo” ialah contoh terbaik untuk gabungan ini. Lagu ini terus memasuki carta sebaik sahaja dikeluarkan. Cherry Filter tidak selalu menghasilkan album tetapi semua album sebelum ini menghasilkan sekurang-kurangnya satu lagu hit. Memang bagus jika ini berterusan.

Written by Langit Biru

September 23, 2009 pada 9:09 pm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: