Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Maaf dipohon, salam dihulur

leave a comment »

Bintang Popular 20 September 2009
Oleh Zubir Mohd Yunus

Baru perasan ada berita Faizal Tahir. Tapi kenapa tiada gambar diletakkan untuk edisi online. Sudah lah artikel ini panjang. Kemahiran mengambil gambar saya tidak bagus. Harap dimaafkan.

Image Hosted by ImageShack.us
18 artis popular rai Syawal atas feri mewah

APABILA beduk berbunyi, takbir bergema, tanda 1 Syawal sudah tiba. Seluruh umat Islam meraikan hari lebaran dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, justeru salam dihulur, maaf dipinta agar segala silap dan dosa diberi keampunan.

Sesuatu yang istimewa mengenai Aidilfitri kali ini apabila 18 artis popular dan sensasi berjaya dihimpunkan untuk meraikan Syawal di atas feri mewah, aboard DME Cruise (dining, meeting & entertainment on water) apabila buat pertama kalinya barisan selebriti dan personaliti terkenal tanah air diberi peluang meraikan hari lebaran sambil mengelilingi Tasik Mines dekat Seri Kembangan, Selangor.

Feri dua tingkat yang boleh memuatkan 100 tetamu dalam satu masa ini diberi gelaran Venice of the East. Bersesuaian mood hari raya, bahagian dek atas kaunter bar Venice of the East ini dihias indah berkonsepkan semangat hari lebaran. Hidangan wajib Aidilfitri seperti lemang, ketupat, serunding, dan kuih muih tradisional nyata membangkitkan selera Nora Danish, Fara Fauzana, Mawi, Ekin, Scha Al-Yahya dan Iqram Dinzly. Mereka belayar sambil berhari raya!

Manakala ‘kapten’ atau ‘skipper’ yang diberi tanggung jawab sementara mengemudi Venice of the East mengelilingi Tasik Mines dengan pemandangan padang golf bertaraf dunia itu ialah Aizat sambil dibantu penyanyi terkenal, Faizal Tahir. Turut bersama mereka di panel pengendalian atau rudder Venice of the East itu ialah Farah AF2, Kamal Adli dan kekasihnya yang juga aktres cantik, Intan Ladyana.

Image Hosted by ImageShack.us

Tidak mahu melepaskan peluang menghirup udara nyaman di pagi Syawal sekitar upper deck & view zone ialah aktres comel, Lisa Surihani, Fouziah Gous, Liyana Jasmay, Dafi AF5, Faezah Elai dan anggota Fabulous Cats, Wangi Julianda.

Di lantai bawah Venice of the East juga turut menyediakan kelengkapan sistem bunyi dan boleh berkaraoke sepanjang pelayaran anda! Tidak melepaskan peluang berkaraoke menghiburkan tetamu yang bertandang di Venice of the East ialah Mawi dan Faizal Tahir. Turut bersama mereka ialah aktres baru yang sedang menempa nama menerusi drama bersiri Impian Sunsilk, Diana Amir. Tidak ketinggalan ialah Farah Halim dari POTGH.

Di aras bawah juga disediakan kaunter bar yang menjadi pilihan Nora Danish, Fouziah Gous, Farah AF2, Diana Amir, Dafi dan Iqram untuk bersantai selepas menjamu selesa di ruang makan atau dining area Venice of the East yang luas dan selesa.

Image Hosted by ImageShack.us

Selain ruang makan, Venice of the East juga boleh ‘bertukar’ kepada dewan persidangan, justeru Faizal Tahir, Nora Danish, Mawi dan Fara Fauzana menyatakan minat untuk mengadakan sidang akhbar atau pelancaran drama, filem atau album mereka sambil belayar!

Apabila Venice of the East boleh memuatkan sehingga 100 tetamu, selain jamuan rumah terbuka Aidilfitri, tidak mustahil Liyana Jasmay, Aizat, Intan Ladyana dan Kamal Adli atau sesiapa saja pasangan artis yang sedang bercinta, boleh mengimpikan mengadakan majlis eksklusif persandingan mereka di sini!

Pada kesempatan menyambut kedatangan Syawal sambil belayar, semua 18 artis yang hadir dalam majlis hari raya ini mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pembaca B*Pop beragama Islam dengan lafaz maaf zahir dan batin!

Image Hosted by ImageShack.us

Sementara itu, Mawi ketika ditemui berkata, Aidilfitri kali ini begitu bermakna buat dirinya apabila hari ini dia pertama kali beraya dengan kehadiran seorang wanita bernama isteri di sisinya.

“Seronok beraya kali ini! Segala persiapan raya termasuk baju, kuih muih, menghias rumah, semuanya dilakukan Ekin. Pagi raya saya akan ke rumah keluarga Ekin di Johor Bahru, menjelang tengah hari pula, saya akan pulang ke Kulai. Perkara wajib setiap kali menjelang Syawal ialah menziarahi pusara arwah ayah yang sudah tiga tahun meninggalkan kami sekeluarga,” kata Mawi yang bercuti raya selama seminggu.

Menyedari nama dan popularitinya tidak selama-lamanya berada di atas, sebagai persiapan masa depan, Mawi bersama Ekin mengusahakan ME World Collections di Danga Bay, Johor Bahru, iaitu menjual baju Melayu, pakaian muslimah, tudung dan pelbagai aksesori.

Image Hosted by ImageShack.us

Selain itu, Mawi juga memiliki MW Entertainment dan produk pertamanya ialah telemovie raya, Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya yang akan disiarkan pada hari raya kedua, menerusi Astro Prima mulai jam 12 tengah hari.

Bagi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22), Liyana Jasmay, yang ketika ini dikatakan hangat bercinta dengan Aizat, memberitahu dia menyambut hari lebaran di Kuala Lumpur dan Melaka.

“Saya sangat teruja menyambut Syawal kali ini apabila filem Papadom akan menemui penonton di pawagam pada 8 Oktober depan. Justeru, bolehlah peminat menilai sendiri kemampuan lakonan saya. Selesai cuti raya, saya akan memberi tumpuan pula kepada latihan nyanyian apabila akan melancarkan album mini pertama pada 30 November depan,” katanya yang bakal muncul dalam filem Pisau Cukur, Duhai Si Pari-Pari dan Niang Rapik The Movie pada penghujung tahun ini dan awal tahun depan .

Liyana seorang yang terbuka apabila bercakap soal peribadi, justeru apabila ditanya mengenai Aizat, tanpa berselindung dia mengaku berkawan rapat dengan penyanyi remaja itu, namun tidak mahu perkara berkenaan digembar-gemburkan.

“Saya berserah pada takdir, andai kata jodoh saya bersama Aizat, saya reda. Tapi, ketika ini tumpuan kami hanyalah terhadap karier,” kata Liyana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: