Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Misteri kumpulan JYPE -1 – god, Wonder Girls, 2PM

with one comment

Kumpulan penyanyi dari JYP Entertainment dimana telah dilatih oleh Park Jin Young sendiri telah didapati mempunyai persamaan yang misteri.

Di saat kumpulan tersebut berada di puncak popularity, seorang ahli akan meninggalkan kumpulan mereka. Dari god, ialah Yoon KyeSang, Wonder Girls pula ialah Hyuna dan terbaru JaeBum yang telah meninggalkan 2PM.

* 2004: Yoon Kyesang dari kumpulan nasional god keluar, god kekal dengan 4 ahli
Dikenali sebagai ‘Kumpulan Nasional’ dan dengan imej Idola JYP, god ialah kumpulan pertama yang dibentuk oleh Park Jin Young. Kumpulan ini meraih populariti sebagai ‘kumpulan yang dibentuk oleh Park Jin Young’ dan juga dikenali sebagai ‘Abang Besar’ JYP.

Kumpulan ini mempunyai lima ahli terdiri daripada Park JoonHyung, Son HoYoung, Danny Ahn, Kim TaeWoo dan Yoon KyeSang. Pada 2001, terdapat khabar angin iaitu ahli yang paling tua iaitu Park Joon Hyung akan keluar dari kumpulan, tetapi pada 2004 Yoon KyeSang meningggalkan kumpulan ini dengan alasan untuk menceburi bidang lakonan. Ini telah menyebabkan ramai peminat keliru dan terkejut.

Selepas itu, god menghasilkan album keenam mereka dalam masa tiga tahun dengan empat ahli. Pada 2007, mereka menghasilkan album terakhir sebagai god.

Pada 2007, HyunA meninggalkan kumpulan Wonder Girls dengan alasan masalah kesihatan dan tempatnya diganti dengan YooBin. Kemudian kumpulan ini menjadi popular.

Pada 2009, selepas god dan Wonder Girls pula, kini 2PM menghadapi situasi yang sama. Ketua kumpulan 2PM iaitu, Jaebum meninggalkan kumpulan pada 8 September akibat kontroversi yang timbul akibat tulisan yang ditulis di laman Myspace dia sebelum dia menjadi artis. Dia meninggalkan kumpulan dalam masa tiga hari selepas semua berlaku dan pulang ke Seattle pada 8 September.

god tetap meneruskan perjuangan dengan 4 ahli, dan Wonder Girls mempunyai ahli baru dan mereka masih tetap popular dan berjaya. Peminat melihat persamaan yang berlaku dan bimbang apa yang akan berlaku kelak.

Written by Langit Biru

September 25, 2009 pada 3:03 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , ,

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. saya lbih suka yoobin drpda hyuna

    ainas

    Oktober 5, 2009 at 1:44 am


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: