Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Park Jae Bum keluar dari 2PM

with 2 comments

Pada 7 September yang lalu, ketua kumpulan 2PM telah membuat pengumuman yang dia akan keluar dari kumpulan itu. Ini kerana dia telah menimbulkan kontroversi akibat tulisan yang dibuat di Myspace dia empat tahun yang lepas sebelum dia menjadi artis dan hanya seorang pelatih ketika itu.

Image Hosted by ImageShack.us

Park Jae Bum yang hanya berusia 18 tahun ketika itu, merupakan warga Amerika Syarikat berketurunan Korea datang ke Korea Selatan untuk menjalani latihan menjadi seorang artis. Mungkin kerana kesukaran yang dihadapi seperti tidak fasih berbahasa Korea, kurang memahami budaya tempatan dan rindu terhadap keluarga yang ditinggalkan membuatkan dia menulis seperti “I wanna come back but iono sh*t”, “Korea is gay… I hate Koreans“, dan “yea man Korea is whack“.

Ekoran daripada itu, pengguna internet di Korea atau lebih dikenali sebagai netizen telah menyelar perbuatan Jae Bum itu dengan menulis di Internet. Terdapat juga pungutan suara agar Jae Bum membunuh diri. Pada 7 September, Jae Bum telah meminta maaf dengan menulis di laman rasmi kelab peminat kumpulan 2PM.

Image Hosted by ImageShack.us

Keesokan harinya dia telah pulang ke rumahnya di Seattle, Amerika Syarikat. Perkara ini memang mengejutkan semua pihak. Kelab peminat 2PM iaitu Hottest telah mengadakan pelbagai kempen untuk menunjukkan sokongan kepada Jae Bum seperti mengadakan tunjuk perasaan secara senyap di hadapan pejabat JYPE, memulangkan CD 2PM (baru, mempunyai tandatangan artis), membuat iklan di suratkahbar dan lain-lain.

Hampir tiga minggu berlalu dan pelbagai persoalan telah muncul kerana tiada penjelasan rasmi diberikan oleh syarikat pengurusan 2PM iaitu JYPE mengenai masa depan kumpulan ini dan apakah nasib JaeBum seterusnya.

Secara jujurnya, saya tidak menyokong perbuatan peminat yang melakukan protes dan boikot terhadap kumpulan 2PM. Ini kerana peminat secara tidak langsung menunjukkan yang mereka hanya mengambil berat terhadap Jae Bum dan tidak terhadap ahli yang lain.

Kelakuan peminat satu hal, tetapi perbuatan melampau netizen juga tidak kurang pentingnya juga. Disebabkan netizen jugalah terdapat beberapa bintang Korea yang membunuh diri akibat cemuhan dan kutukan netizen di Internet.

Saya rasa kasihan terhadap Jae Bum kerana dia datang ke Korea untuk mencari sumber rezeki untuk membantu keluarganya di Amerika Syarikat. Sekarang dia berada di samping keluarga di sana dan saya berharap dia dapat berehat dan memikirkan perjalanan seterusnya untuk kerjaya seninya. Para peminat mengharapkan yang dia dapat kembali bersama dengan 2PM. Tetapi walau apa pun keputusan Jae Bum dan JYPE, saya akan menyokongnya.

Written by Langit Biru

September 25, 2009 pada 9:05 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with

2 Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. kenapa??????????????????????????????????????

    manzalina

    Oktober 7, 2009 at 11:30 am

  2. boleh saya tahu ape laman web rasmi 2pm..??

    2PM lover

    November 20, 2009 at 11:36 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: