Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Kim Tae Woo di Super Junior Kiss The Radio

with one comment

Pada 7 September yang lalu, Kim Tae Woo muncul di program radio Super Junior Kiss The Radio. Ini merupakan sesi radio yang dihadiri oleh Kim Tae Woo selepas tamat khidmat negara dan juga untuk mempromosikan album terbarunya.

Image Hosted by ImageShack.us

Turut serta ialah kumpulan baru perempuan f(x). Dalam sesi temubual bersama DJ Eeteuk dan Eunhyuk menanyakan pendapat Kim Tae Woo mengenai kumpulan f(x). Kim Tae Woo berkata, “Kini penyanyi baru amat bagus sekali dalam apa bidang sekaligus”. Ini bukan pertama kali mereka bertemu sebelum ini mereka pernah bertemu di satu stesen tv semasa membuat persembahan.

Image Hosted by ImageShack.us

Semasa sesi radio ini, peminat boleh menyaksikan secara langsung melalui komputer dan terdapat video yang telah mempunyai sari kata yang disediakan oleh peminat. Barulah saya dapat memahami apa yang dibualkan.

Klip 1 : Kim Tae Woo menyanyikan lagu terbaru “Love Rain” secara langsung.

Image Hosted by ImageShack.us
Klip 2 :

Sesi radio ini pada waktu malam dan sebab itulah pakaian mereka agak santai. Kalau di studio ini, peminat boleh melihat siaran ini secara langsung di luar tingkap konti sebab stesen radio ini berada di tingkat bawah. Jika nasib baik kamera akan menyiarkan gambar penonton. Sebab itu semasa, para artis mula sampai mereka akan melambai ke arah tingkap kerana terdapat peminat.

Klip 3 : Kim Tae Woo menyanyikan lagu “Gee” secara accapella

Image Hosted by ImageShack.us

Klip 4 : Sebuah lagu lagi dinyanyikan oleh Kim Tae Woo

Memang terdapat peminat yang setia menunggu walaupun sehingga pukul 12 pagi. Tapi semasa sesi ini, Kim Tae Woo hanya berada untuk satu jam pertama sahaja.

Klip 5 : Di penghujung rancangan dan sesi bergambar.

Kim Tae Woo memang tinggi. Dengan ketinggian 190cm, dia merupakan penyanyi yang paling tinggi di Korea. Dia juga mempunyai suara yang bagus sekali. Memanglah dia penyanyi kegemaran saya.

Written by Langit Biru

September 26, 2009 pada 9:06 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , ,

Satu Respons

Subscribe to comments with RSS.

  1. thanx a lot…i’m big fan of kim tae woo..best sangat dapat tgk dia nyanyi lagu love rain…thanx

    norasmah

    Januari 2, 2010 at 10:21 pm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: